,
Highlights

PERINGATAN Buat Lelaki Dan Wanita – Nak Masuk 40 Tahun, Tumpukan 10 Perkara Ini. Semoga Bermanfaat.

Huda Hussain
20/06/2020
05:32 MYT
Life begins at 40… Itu antara pepatah yang cukup familiar dan seringkali kita dengar. Tetapi tahukah anda, ia bagaikan pintu gerbang yang membawa kalian melangkah ke fasa baru dalam peringkat kehidupan? Barangsiapa yang memanfaatkannya nescaya akan mendapat kebaikan dan merasai nikmat yang sebenar. Selagi masih dipinjamkan masa, kudrat yang ada dan usia yang masih bersisa rebutlah peluang ini.
BILA UMUR MASUK 40 TAHUN
  1. Hidupkan Malam Dengan Amal
Jika diizinkan Allah mencapai usia 40 tahun, manfaatkanlah masa yang ada sebaiknya. Tetapi bukanlah ia bermakna baru mahu mula belajar amalkan segala ibadat. Sebaiknya, tingkatkan amalan sedia ada dan perbanyakkan amalan sunat. Insya-Allah diberkati-Nya.
Kredit Foto: Google
  1. Ingat Kembali Usia Yang Telah Dilalui, Hitung Masa Yang Banyak Terbuang
Sesungguhnya masa itu bagaikan emas. Cukup berharga dan hanya yang benar-benar menghargainya akan memperoleh manfaat. Untuk itu, jangan banyak rehat dan membazirkan masa dengan hiburan yang melekakan. Jika boleh, kurangkan berbelanja untuk perkara yang kurang atau tidak penting. Misalnya membeli pakaian mahal. Cukup sekadar bersederhana kerana bukan ini masanya untuk menunjuk atau bermegah dengan apa yang dimiliki. Seperkara lagi, jangan banyak bersenang-lenang kerana kematian semakin hampir.
  1. Imam Shafie, Umur 40 tahun Berjalan Pakai Tongkat Supaya Ingat Diri Sedang Berjalan Ke Akhirat
Tetapi bukanlah bermakna anda perlu memakai tongkat walaupun tubuh masih cergas dan berupaya berjalan seperti biasa. Sebaliknya, teruskan beramal dan sentiasa ingatkan diri bahawasanya ajal semakin hampir menjemput kita.
Kredit Foto: Google
  1. Jika Masih Tidak Berubah Ketika Masuk 40 tahun...
Syaitan dah nobatkan anda sebagai rakannya untuk ke neraka. Allahu, nauzubillah himinzalik, semoga dijauhkan untuk kita semua. Suka diingatkan, bukan ini masanya untuk melakukan perkara yang melalaikan, menghiburkan. Sudah-sudahlah tu, frasa yang cukup ringkas tetapi bisa berbekas di hati sesiapa yang benar-benar menginsafi usia yang masih bersisa.
  1. Kurangkan Fikir Hal Dunia...Kumpul Amalan Untuk Mati
Jika anda seorang majikan, pemimpin atau mengetuai jawatan penting misalnya, keseimbangan antara tanggungjawab dan tugas hakiki serta kewajipan dalam mengejar tuntutan ibadah haruslah diseimbangkan. Ia bagaikan pecutan terakhir atau waktu bonus untuk kita siapkan bekalan meniti alam lain. Tuai pahala seboleh mungkin untuk kebaikan dan kesenangan kita di alam sana.
Kredit Foto: Google
  1. Pada Usia Ini...Tukarkan Niat Kerja Kerana Allah
Fokus urusan dunia untuk mendapat redha Allah. Bukan lagi kerana material, wang ringgit, keuntungan dan segala yang bersifat sementara. Jika mampu dan berupaya, usahakan untuk melakukan kebajikan serta membantu orang lain. Pasti bermanfaat dan memberi ganjaran untuk anda dan insan yang dibantu.
  1. Apa Harta Yang Ada Pada Umur Ini, Cukuplah Kerana Itu Saja Rezeki Yang Allah Beri
Tatkala masih bertenaga dan usia pun masih muda bekerjalah sesungguhnya. Kerana ketika melangkah ke fasa ini, seeloknya bukan ini waktu nak berkejar-kejar kumpul harta dan kekayaan. Tumpukan perhatian yang lebih kepada amal, kurangkan pesona kepada dunia. Kerana dibimbangi, jika tidak kesibukan mengejar dunia akan membuatkan kita terlupa dan terus tertinggal akhirat.
Kredit Foto: Google
  1. Telitikan Pesan Ulama’ Ini
Kata Ulama’, ‘Aku dengar setiap pagi ada suara dari langit keempat yang berseru "Wahai anak yang berusia 40 tahun, kamu sudah hampir kepada kematian. Wahai anak umur 50 tahun, hitunglah apa yang kamu belum lakukan untuk mati. Wahai anak umur 60 tahun masa kamu sudah tiada." Betapa dituntut memanfaatkan masa dan usia yang masih ada, rebutlah ia. Selagi dipinjamkan kudrat dan kesihatan, gunakanlah je jalan yang diredhai-Nya.
  1. Amalkan Doa Ini
Semasa umur 40 tahun ke atas, cuba luangkan masa selepas solat dengan membaca doa ini. ‘Wahai Tuhanku, tolonglah lapangkan dalam diri aku rasa syukur atas nikmat yang telah kau beri, kepada kedua- dua ibu bapaku dan redai mereka.’ Insya-Allah semoga dimakbulkan-Nya.
Kredit Foto: Google
  1. Jaga Dan Bersihkan Hati. Reda Dengan Ketentuan Dan Berbaik Sangka Dengan Allah
Tingkatkan iman dan ibadah, amalan sunat, pelajari bagaimana untuk meraih khusyuk dalam solat. Solat awal waktu, tunaikan solat berjemaah dan laksanakan semua ibadah dengan lebih berkualiti. Amalkan sifat-sifat mahmudah, jauhi dan hindari sifat-sifat Mazmumah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Hebat! Wanita Kudung Tangan Raih Perfect 10, Atlet Memanah Paralimpik Ini Curi Perhatian Dunia

gempak
06/09/2024
18:55 MYT
Hebatnya atlet memanah paralimpik India, Sheetal Devi, 17, yang mencuri perhatian dunia apabila berjaya menampilkan persembahan cemerlang dalam Sukan Paralimpik Paris 2024.
Viral

Lelaki Selamba Kencing Depan Kedai Mixue

gempak
06/09/2024
07:25 MYT
Perbuatan seorang lelaki di Kupang, wilayah Nusa Tenggara Timur yang selamba membuang air kecil di hadapan sebuah kedai mengundang kecaman orang ramai.
Hiburan

“Kalau Pandai Masak Itu Satu Bonus” - Hun Haqeem Dedah Ciri-Ciri Wanita Pilihan Hati

gempak
06/09/2024
04:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem mendedahkan kriteria wanita pilihan yang bakal menjadi suri hatinya.
Viral

Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

gempak
05/09/2024
11:20 MYT
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.