,
gaya hidup

Perkahwinan, Kelahiran & Kematian – Inilah Fasa Kehidupan, Hukum Alam Yang Telah Tertulis, Takkan Bisa Ditepis.

Huda Hussain
25/10/2021
00:00 MYT
Sama ada perasan atau tidak dan mungkin berlaku secara kebetulan, apabila penulis cuba berfikir sedalamnya mencari makna disebalik peristiwa yang tular dan menjadi buah mulut industri hiburan, bagaikan terkedu seketika.
Kredit Foto: Google
Tiga peristiwa yang cukup bermakna bagi selebriti dan yang terakhir sekali meninggalkan kesan mendalam dilubuk sanubari pencinta seni. Dalam pada kita semua teruja dengan perkhabaran gembira Fizo Omar yang menikahi gadis dari Sarawak langsung bertebaran di media sosial dengan paparan foto pernikahannya, aksi comel puterinya Maryam pantas sekali melirik tumpuan kita.
Kredit Foto: IG Elly Mazlein
Dan tidak lama selepas itu, pengacara, pelakon dan penyanyi berbakat Elly Mazlein pula berkongsi juga khabar gembira apabila selamat melahirkan zuriat lelakinya pada tengah malam Sabtu. Cahaya mata yang dinanti selama ini akhirnya diizinkan Ilahi lahir ke bumi.
Kredit Foto: Google
Ya, semuanya indah dan gembira belaka. Tumpang seronok kata orang melihat perkhabaran gembira bersilih ganti. Namun kegembiraan kita tidak lama. Berita pemergian Allahyarham Mamat Khalid bagaikan merentap jiwa. Terkejut… Ya, kerana usai celik mata semalam, bertalu-talu kiriman takziah memenuhi media sosial. Walau tidak pernah berpeluang mengenali secara dekat figura hebat yang dilabelkan P Ramlee zaman kini tetapi pemergiannya tetap dirasai. Kerana apa? Buah tangan dan setiap hasil karya arwah cukup dekat dihati kita. Dalam setiap komedi ada mesej tersendiri. Sindiran, kiasan dipateri kemas dalam layar seni. Mengangkat martabat cerita orang kampung, bingkisan kisah masyarakat yang bukan sekadar rekaan tetapi realiti. Kehilangan sebutir permata berharga yang takkan ada galang gantinya sampai bila-bila.
Kredit Foto: Google
Begitulah hukum alam. Dimulakan dengan penyatuan dua jiwa menerusi ikatan pernikahan, melayari kehidupan suami isteri hingga Allah takdirkan merasai nikmat hamil dan kemudiannya melahirkan. Hinggalah meneruskan kehidupan sebagai insan. Melalui pahit getir dan berjuang, cabaran dan ujian, melayari setiap peringkat usia yang mematangkan akal fikiran – membuatkan seseorang itu kaya pengalaman; sampailah dipanggil pulang oleh Maha Pencipta.
Kredit Foto: Google
Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan melihat kepada peristiwa penting yang berlaku dalam industri hiburan beberapa hari ini cukup untuk membuatkan kita berfikir. Bahawasanya perjalanan meniti kehidupan ini sebenarnya terlalu singkat. Waktu yang selalu mencemburui. Masa yang ada serasa sekejap berlalu pergi.
Kredit Foto: Google
Sampailah menuju destinasi akhir dan abadi yang akan dilalui. Waima sayang dan cinta menggunung sekalipun, saat Dia pilih kita untuk merasai dan melalui momen itu; reda dan berdamailah dengan takdir. Kerana itulah hukum alam. Agar kita belajar dan ingat setiap satu peringkat peralihan kehidupan bukan sahaja mendidik kita untuk mensyukuri segala nikmat, tetapi sebagai peringatan dan azimat buat bekal menuju Akhirat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

”Muka Sama, Comel” – Nina Ismail Sabri Jadi Perhatian, Ramai Teka Nampak Macam Video ‘Pre-Wedding’

gempak
24/09/2024
13:55 MYT
Bekas isteri kepada pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, iaitu Nina Ismail Sabri sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila sebuah akaun di aplikasi Thread memuat naik video yang kelihatan seperti pre-wedding bersama jejaka dikenali sebagai Hafiz Osman.
Berita

Kes Kematian Nidza Afham Kekal Sebagai Mati Mengejut, Tiada Unsur Jenayah

gempak
22/09/2024
08:25 MYT
Kes kematian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang mayatnya dijumpai di sekitar Sungai Klang, 14 Ogos lalu, kekal diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).
Terkini

Suami Buat 100 Panggilan Gangguan Sehari Kerana Cemburu

gempak
18/09/2024
11:55 MYT
Semuanya terbongkar selepas wanita yang berusia 31 tahun dari wilayah Hyoga,Jepun telah membuat satu laporan polis.
Viral

Allahyarham Humaira Repost Hantaran Tentang Kematian 4 Hari Sebelum Maut Kemalangan

gempak
08/09/2024
04:25 MYT
Seakan-akan memberikan petanda awal, Allahyarham Humaira yang maut akibat kemalangan di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, pada Sabtu ada mengulang siar video TikTok berkaitan kematian beberapa hari lalu.
Hiburan

Masih Solo Di Usia 41, Luna Maya: “Kahwin Tidak Akan Sempurnakan Hidup Saya”

gempak
07/09/2024
13:55 MYT
Meski diketahui sedang hangat bercinta dengan aktor yang jauh lebih muda daripadanya, Maxime Bouttier, Luna mengaku tidak terburu-buru untuk berkahwin.
BorakSeeni