Pernah Bekerja Di Gerai Mihun Sup Demi Membantu Ibu, Tidak Diterima Masuk Ke Universiti Mengikut Jurusan Pilihan – Kini Bergelar Doktor Falsafah
Huda Hussain
03/10/2019 01:23 MYT
03/10/2019 01:23 MYT
Bakal berhijrah ke Oman November ini usai menerima tawaran bekerja sebagai pensyarah, dia tidak menyangka apa yang dirancangnya sebelum ini menjadi kenyataan. Sejak di tingkatan empat lagi, dia sudah memasang angan-angan mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Dan ya, berkat kesungguhan, ketekunannya selain restu ibu dan dengan izin-Nya satu persatu kejayaannya diraih dengan penuh gemilang.
Bergelar bapa kepada tiga cahaya mata, baca selanjutnya bagaimana kepayahan hidupnya dahulu jadi kobar semangat mengubah masa depan keluarganya.
Kredit foto: Facebook Noorul Shaiful Fitri
Kongsikan latar belakang pendidikan, bermula dari sekolah rendah hingga ke peringkat tertinggi?
Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Dato Demang Hussain, Melaka (1991-1995) kemudian dari Melaka berpindah ke Sekolah Kebangsaan Taiping (1996).
Seterusnya mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Dr. Burhanuddin, Taiping (1997-2001). Syukur Alhamdulillah, berbekalkan keputusan SPM (2001) saya diterima masuk ke Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu (2002-2005 Diploma).
Kemudian menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bermula pada tahun (2005-2007). Tidak lama selepas itu, saya teruskan pengajian Ijazah Sarjana di University of Antwerpen, Belgium (2008-2009).
Semangat untuk terus belajar diteruskan ke peringkat Doktor Falsafah di Liverpool John Moores University, United Kingdom (2009-2012) [Ph.D].
Dan saya dapatkan skrol Post-Doctorate di University of Liverpool (2015)

Keputusan PMR dan SPM, jika tidak keberatan boleh kongsikan?
Bermula dengan peperiksaan UPSR, saya hanya memperoleh (1A, 1B, 2C). Kemudian dalam PMR pula hanya mencapai (3A, 3B, 1D, 1E). Manakala keputusan SPM pula sekadar meraih (6A, 1B, 1C, 1E).
E adalah subjek Bahasa Inggeris. Boleh dikatakan semua keputusan dalam peperiksaan penting yang saya capai sederhana sahaja.

Mungkin pada pandangan Dr, keputusan yang dicapai dalam peperiksaan penting cuma biasa-biasa, tidak cemerlang mana. Lantas, apa yang membangkitkan semangat untuk terus melakar kejayaan selepas tamat persekolahan?
Kesedaran dan motivasi diri yang tinggi untuk mengubah kehidupan keluarga kepada yang lebih baik lagi. Itu yang membuatkan saya benar-benar terkesan. Pada suatu hari, saya sedang tonton sebuah rancangan di televisyen berkisarkan tentang Sarawak.
Entah kenapa, tiba-tiba terdetik dihati saya untuk pergi belajar di Sarawak. Alhamdulillah rezeki memihak kepada saya apabila dapat menyambung pengajian peringkat Diploma di UPM Kampus Bintulu, Sarawak.
Dan begitulah seterusnya hingga saya punya keinginan untuk belajar ke luar negara tanpa mengeluarkan duit poket sendiri.
Entah kenapa, tiba-tiba terdetik dihati saya untuk pergi belajar di Sarawak. Alhamdulillah rezeki memihak kepada saya apabila dapat menyambung pengajian peringkat Diploma di UPM Kampus Bintulu, Sarawak.
Dan begitulah seterusnya hingga saya punya keinginan untuk belajar ke luar negara tanpa mengeluarkan duit poket sendiri.
Kredit foto: Facebook Noorul Shaiful Fitri
Pernah memasang impian mahu tamatkan pengajian hingga ke peringkat tertinggi?
Ya, saya memasang impian untuk berjaya dalam pelajaran sejak di tingkatan empat lagi. Rentetan itu, saya telah lakarkan pelan kehidupan saya bermula dari tingkatan empat sehinggalah saya berumur 30 tahun.
Dan matlamat saya ialah untuk mendapatkan PhD sebelum usia 30 tahun. Alhamdulillah, syukur saya dapat capai target dua tahun lebih awal iaitu ketika saya berusia 28 tahun.

Ketika sedang menyambung pengajian PhD, saya teruskan pelan kehidupan sehingga umur saya 50 tahun.
Walaupun tidak semua perancangan mengikut jadual, bagi saya ia adalah motivasi kendiri yang tinggi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Walaupun tidak semua perancangan mengikut jadual, bagi saya ia adalah motivasi kendiri yang tinggi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Kredit foto: Facebook Noorul Shaiful Fitri
Rahsia kejayaan Dr Shaiful yang mahu dikongsi? Apa yang jadi pemangkin semangat dan kekuatan disebaliknya?
Melihat kesusahan ibu saya sewaktu membesarkan kami empat beradik cukup memilukan hati.
Ketika saya masih di sekolah rendah, waktu itu berumur 12 tahun (darjah enam), saya mula bekerja di sebuah gerai makanan mihun sup yang terletak di Stesen Keretapi Taiping sehinggalah saya berusia 16 tahun (tingkatan empat) sebelum saya menetap di asrama SMDB ketika tingkatan lima. Tujuannya untuk memberi tumpuan kepada pelajaran.

Saya masuk kerja bermula jam 6.45 petang sehingga jam 2.00 pagi. Hasil titik peluh itu, saya berikan kepada ibu untuk buat belanja harian. Sehingga suatu ketika terdetik di hati saya, “Sampai bila aku harus kerja macam ni? Adakah cara lain untuk aku bantu dan bahagiakan keluarga?”
Sejak itu, saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh bagi membolehkan saya mendapatkan keputusan cemerlang dan seterusnya mendapatkan pekerjaan yang baik dan bergaji lumayan.
Alhamdulillah, sesungguhnya Allah jua sebaik-baik perancang. Berat doa ibu, usaha dan ikhtiar saya; segalanya hampir sempurna sudah kini.
Alhamdulillah, sesungguhnya Allah jua sebaik-baik perancang. Berat doa ibu, usaha dan ikhtiar saya; segalanya hampir sempurna sudah kini.
Kredit foto: Facebook Noorul Shaiful Fitri
Apa kata keluarga saat melihat satu persatu kejayaan dicapai?
Alhamdulillah keluarga gembira dengan kejayaan saya dan terus menitipkan doa agar saya terus berjaya mengecapi impian saya.
Jika pelajar era kini tidak mampu kuasai pencapaian akademik dengan cemerlang, masih banyak lagi peluang dalam bidang kemahiran. Tetapi masih ramai yang tidak manfaatkan peluang ini. Komen?
Setiap manusia dilahirkan untuk berjaya. Cuma kita harus berusaha mengikut bidang dan kepakaran masing-masing. Bidang kemahiran juga kini menjadi perhatian masyarakat kerana mampu memberi pulangan yang lumayan berbanding hanya kerja di pejabat.
Kesedaran diri akan membawa kepada kejayaan pada setiap insan tanpa mengira usia dan pangkat. Percayalah kita sendiri yang mencorak gaya dan cara hidup serta kejayaan kita sendiri.
Walauapun saya hanya datang dari sekolah harian biasa, bukan dari sekolah berasrama penuh, tetapi saya buktikan bahawa sekolah biasa juga mampu menghasilkan pelajar yang cemerlang.
Semuanya bergantung pada usahasama antara guru-guru yang komited untuk mengajar dan pelajar yang bersungguh-sungguh untuk belajar.

Mengapa memilih bidang maritim sebagai fokus kerjaya?
Pada asalnya bidang maritim bukan bidang pilihan saya. Setelah mendapat keputusan 6A dalam SPM, saya mohon untuk kemasukan matrikulasi perakaunan, Diploma perakaunan, namun gagal. Akhirnya saya diterima masuk menyambung pengajian peringkat Diploma in Business Management di UPM Bintulu.
Berbekalkan keputusan diploma CGPA 3.793, saya mohon lapan pilihan program Ijazah Sarjana Muda menerusi sistem UPU, enam program perakaunan, satu program ekonomi dan satu program perniagaan.

Entah kenapa malangnya, satu pun tidak ‘sangkut’. Sudahnya, saya ‘dilelong’ untuk kos bukan pilihan iaitu Sarjana Muda Pengurusan (Maritim) di KUSTEM (sekarang dikenali UMT).
Sebaik sahaja saya mendaftar di KUSTEM pada ketika itu, saya berjumpa dengan Ketua Jabatan Perakaunan untuk menukar kos pengajian dari program maritim ke program perakaunan.

Disebabkan saya bekas pelajar diploma, program maritim menawarkan beberapa pengecualian kursus dan membolehkan saya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam tempoh dua tahun sahaja berbanding tiga tahun. Manakala program perakaunan dari tempoh empat tahun, saya ditawarkan belajar hanya tiga tahun sahaja.
Setelah berfikir panjang, dapatkan pandangan keluarga dan solat istikharah, akhirnya saya putuskan untuk meneruskan program pengajian maritim dan tamatkan dalam tempoh dua tahun sahaja dengan CGPA 3.75 (Kelas Pertama). Bermula dari itu, saya mula berkecimpung dalam bidang maritim dan telah menjalani latihan industri di JL Logistics di Port Klang.
Tidak lama selepas itu, Dekan Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin tawarkan saya tempat di UMT sebagai Tutor dengan syarat saya perlu menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Phd di luar negara.
Saya sahut cabaran tersebut. Alhamdulillah setelah tamat pengajian Phd, saya terus berkhidmat sebagai pensyarah bidang maritim di UMT sehingga kini.
Saya sahut cabaran tersebut. Alhamdulillah setelah tamat pengajian Phd, saya terus berkhidmat sebagai pensyarah bidang maritim di UMT sehingga kini.
Kredit foto: Facebook Noorul Shaiful Fitri
Bergelar pensyarah; apa cabaran dan kesukarannya?
Cintai kerjaya kita – ini antara intipati kejayaan saya dalam bidang pendidikan sebagai pensyarah. Setiap kerjaya pasti ada cabaran dan kesukarannya termasuklah pensyarah.
Cabaran utama ialah perlu sentiasa update ilmu dengan perkembangan industri menerusi berita, laporan tahunan, industrial meeting and discussion, hadiri persidangan dan lain-lain.
Jika ilmu tidak di kemas kini, maka pengajaran akan menjadi hambar. Kedua, cabaran dalam menghasilkan penyelidikan dan penerbitan jurnal/buku terkini dan mengikut arus perdana, supaya dapat memberi sumbangan kepada komuniti dan industri maritim.

Aktif menyertai persidangan, membentangkan kertas kerja baik didalam dan di luar negara; apa yang ingin Dr Shaiful buktikan?
Saya ingin menyebarluaskan kepakaran saya di peringkat antarabangsa dan sekali gus menjadi duta kecil Malaysia yang mampu membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pakar antarabangsa.
Alhamdulillah saya juga telah di jemput untuk memberi ucaptama dalam bidang maritim di peringkat antarabangsa seperti di China (2017), Korea (2018), Montenegro (2019)
Alhamdulillah saya juga telah di jemput untuk memberi ucaptama dalam bidang maritim di peringkat antarabangsa seperti di China (2017), Korea (2018), Montenegro (2019)
Kredit foto: Facebook Noorul Shaiful Fitri
Masa depan bidang pendidikan maritim di Malaysia, pada pandangan Dr Shaiful?
Masa depan bidang pendidikan maritim dilihat dari pelbagai aspek. Pertama, sokongan pendidikan dan jalinan industri. Jika adakan sesuatu projek kolaborasi universiti dan pihak industri perlu diutamakan.
Selain itu, tempatkan universiti berteraskan maritim di persekitaran industri maritime. Barulah suasana maritim akan jelas terlihat. Selain itu, perkasakan jalinan antarabangsa dengan negara maritim lain bagi menonjolkan kepakaran maritim di peringkat global.
Selain itu, tempatkan universiti berteraskan maritim di persekitaran industri maritime. Barulah suasana maritim akan jelas terlihat. Selain itu, perkasakan jalinan antarabangsa dengan negara maritim lain bagi menonjolkan kepakaran maritim di peringkat global.
Kredit foto: Facebook Noorul Shaiful Fitri
Harapan Dr Shaiful kepada anak muda di luar sana?
Sedar akan kemampuan dan keunikan yang ada dalam diri. Kerana setiap keunikan itu adalah peluang untuk mereka berjaya. Beranikan diri untuk menerokai dunia dengan tujuan mencari ilmu dan pengalaman kehidupan dengan cara belajar mahupun bekerja di luar negara.
Insya-Allah kamu akan berjaya dunia akhirat. Jangan sesekali takut pada realiti kehidupan, tempuhi dengan kekuatan, keyakinan dan keberanian.