Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Highlights

“Pernah Seorang Wanita Masuk NERAKA Kerana Mengikat Seekor Kucing dan Tidak Diberinya Makan” – Sabda Nabi.

Afiza Kamarulzaman 08/05/2020 | 07:17 MYT
Gila dan mereka yang mendera anak kucing tersebut mesti dicari sehingga ke lubang cacing! Tular baru-baru ini, tiga orang wanita di dalam rakaman video yang dimuatnaik itu menyeksa seekor anak kucing dengan memijaknya sehingga mati. Atas apa jua alasan, ia tidak boleh diterima akal. Apa dosa kucing itu? Sedangkan ia tidak berakal seperti manusia? Terdapat beberapa warganet sudah membuat laporan polis berkenaan video terbabit.
Kita berharap mereka ini berjaya ditangkap dan pihak berkuasa dapat menjatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Ternyata, manusia semakin psiko dan tidak siuman, hilang pertimbangan dan kemanusiaan sehingga sanggup membunuh binatang yang tidak berdosa. Ini harus dijadikan iktibar kepada semua bahawa ia bukan perkara main-main yang boleh dibanggakan untuk ditayan di media sosial.
Kredit Foto: Afiza Kamarulzaman
Kisah Rasulullah dan Kucing Peliharaannya
Seperti yang kita tahu, kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah. Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Pernah diceritakan pada satu ketika, ketika Nabi hendak mengambil jubahnya, didapati Mueeza sedang tidur diatas jubah baginda. Nabi tidak langsung menganggunya, malah Nabi bertindak memotong bahagian lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk sujud kepada tuannya itu. Nabi kemudiannya menyatakan kasih sayang baginda dengan mengusap lembut badan Mueeza sebanyak tiga kali. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, baginda selalu mendukung Mueeza dan diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengiau ketika mendengar azan. Kedengaran suaranya itu seperti mengikuti lantunan suara azan.
Dalam Islam, hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan jinak ini sangat serius. Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kepada kucingnya dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.
Dari Ibnu Umar ra bahwa Rasulullah saw bersabda, “Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka kerana seekor kucing yang diikatnya dan tidak diberikan makan bahkan tidak diperkenankan makan binatang-binatang kecil yang ada di lantai,” (HR. Bukhari).
Kredit Foto: Afiza Kamarulzaman
Keistimewaan Kucing Yang Tiada Pada Haiwan Lain
Kredit Foto: Afiza Kamarulzaman
#Kucing #Haiwan Peliharaan
;