Bagi mereka yang setia mengikuti program pertandingan realiti nyanyian yang menampilkan bakat baru daripada pelbagai latar belakang Suara Viral pasti mengenali susuk pemilik nama Jerry. Minggu ini dilaporkan Jerry atau nama sebenarnya Zamari Zakaria berhadapan dengan detik cemas apabila mengalami serangan anxiety semasa konsert berlangsung.

InTrend terpanggil untuk membawa pengetahuan pembaca dan pengikut setia mendalami isu ini kerana sejak kebelakangan ini semakin ramai generasi muda yang berhadapan dengan masalah anxiety.


Kredit Foto: Google


Definisi Anxiety

Rasa cemas adalah sistem amaran semula jadi tubuh yang berlaku ketika anda merasa terancam, berada di bawah tekanan atau menghadapi situasi yang membuatkan anda stres dan tidak tenteram. Umumnya, kecemasan bukanlah suatu perkara yang buruk. Rasa cemas bisa membantu anda untuk bertindak balas. Misalnya didorong rasa was-was dan fokus untuk melakukan apa yang perlu seterusnya. Secara tidak langsung ia akan menggerakkan anda untuk respond dan memotivasikan anda menyelesaikan masalah.


Kredit Foto: Google


Sebenarnya diselubungi rasa cemas adalah lebih daripada sekadar naluri biasa yang dialami seseorang. Ia bagaikan tindak balas atau reaksi “fight or flight” yang terhasil dari tubuh. Berikut adalah beberapa ciri dan simptom yang dikenal pasti berkaitan dengan gejala ini. Tanda dan gejala anxiety atau kecemasan adalah:

Kredit Foto: Google


Namun jika anda terus diselubungi rasa cemas dan ketakutan yang luar biasa dan bepanjangan hingga mengganggu rutin harian, inilah yang disebut sebagai gangguan kecemasan.

Gangguan kecemasan boleh jadi menakutkan, mengganggu dan melemahkan. Hal ini kerana banyak gejalanya yang serupa juga ditemui dalam kategori penyakit seperti jantung, masalah tiroid dan gangguan pernafasan.

Bagaimana Cara Tangani Anxiety?


Kredit Foto: Google


1. Dekatkan Diri Dengan Tuhan
Banyakkan solat, istighfar dan selawat. Insya-Allah beransur-ansur anda kembali pulih.

2. Jauhkan Diri Daripada Mereka Yang Negatif
Biar tak ramai kawan asalkan anda dikelilingi kawan yang mampu memberi aura positif dan berkualiti. Apabila berkawan dengan orang yang negatif, secara tidak langsung minda kita akan mudah stres dan anxiety bertambah parah.


Kredit Foto: Google


3. Tetapkan Pemikiran
Selalulah bercakap pada diri dan dalam hati untuk tukar pemikiran anda “Aku sihat, tak takut “. Hal ini kerana kadang kalanya anda diselubungi perasaan ini disebabkan mindset lemah.

4. Elakkan Berseorangan
Selalulah bergaul, berbual dan meluahkan masalah kepada orang yang memahami. Cerita dan kongsikan segalanya, pasti anda berasa lega.


Kredit Foto: Google



5. Cipta Aktiviti Yang Menyeronokkan
Sama ada bersama kawan-kawan, suami, anak-anak atau ahli keluarga, cuba cipta aktiviti yang menghiburkan untuk mengelakkan daripada anda terlalu berfikir dan sentiasa rasa cemas. Secara tidak langsung boleh membuatkan anda lupa tentang “benda” itu.

6. Jangan Tidur Berseorangan
Jika sebelum ini anda tinggal seorang dirumah, apa kata ajak rakan tinggal dan tidur bersama. Hal ini sekurang-kurangnya boleh bantu untuk anda tangani jika berlaku perkara yang tidak diingini. Contoh pesakit anxiety, lazimnya mereka kurang tidur dan cepat cemas, atau mungkin sesak nafas. Justeru itu, orang sekeliling memainkan peranan penting untuk membantu dalam situasi ini.


Kredit Foto: Google


7. Dapatkan Nasihat Doktor Psikologi.
Harus diingat, masalah anxiety bukan gila. Oleh itu, jangan takut untuk berjumpa dan dapatkan konsultasi mereka yang pakar dalam hal ini. Sedikit sebanyak ia boleh melegakan pesakit.

8. Makan Makanan Sihat
Perhatikan apa yang anda makan selama ini. Adakah banyak makan makanan segera dan sebagainya? Oleh itu, perbaiki kualiti dan amalkan diet seimbang. Banyakkan minum air masak, makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika perlu, ambil suplemen yang sesuai untuk tingkatkan daya imunasasi tubuh.

9. Cabar Diri Anda!
Pecahkan tembok yang selama ini membuatkan anda takut. Contohnya takut untuk keluar rumah. Cabar diri untuk keluar dan melangkah dengan penuh yakin. Apa yang penting, ubah cara anda berfikir. Daripada takut, ragu-ragu kepada pemikiran yang positif dan penuh yakin. Sokongan moral, mental dan fizikal daripada keluarga, suami, isteri, kawan-kawan dan mereka yang faham apa itu anxiety amat penting. Insya-Allah, lama kelamaan anda pasti boleh tangani masalah ini biarpun perlu mengambil masa.