gaya hidup

Persahabatan – Antara Lelaki Dan Perempuan, Siapa Lebih ‘Real’ Atau Acah-Acah Rapat Tapi Sebenarnya Biasa Aje?

gempak
Huda Hussain
08/06/2021
10:00 MYT
Sponsor Banner
Persahabatan – Antara Lelaki Dan Perempuan, Siapa Lebih ‘Real’ Atau Acah-Acah Rapat Tapi Sebenarnya Biasa Aje?
Lumrah kehidupan manusia pasti dikelilingi keluarga dan kawan-kawan. Tetapi kawan yang bagaimana mampu menerima buruk dan baik kita seadanya? Sedia menerima teguran kalau kita bersuara, selalu mengambil berat lebih daripada bertanya khabar, sudi menolong saat kita susah dan senang? Itulah namanya sahabat. Yang mengenali kita luar dan dalam hingga kita anggap mereka bagaikan keluarga sendiri.
Kredit Foto: Google
‘Aku kenal sangat dia tu. Semua pasal dia ada dalam tangan akulah’. Mungkin itu bait ayat untuk menggambarkan betapa seseorang itu akrab dan mengenali sahabatnya. Yang menjadi penyimpan mohor besar segala rahsia, yang akan back up andai kita berada di pihak yang benar, yang hulurkan tangan untuk kita bangkit saat jatuh terduduk dek caci maki dan hinaan orang lain. Bermacam pengertian mengenai sahabat.
Tetapi kalau mahu dibandingkan antara lelaki dan perempuan, siapa lebih genuine dan bukan acah-acah rapat tetapi sebenarnya tidak rapat sangatpun? Semuanya terpulang kepada keikhlasan dan ketulusan hati seseorang dalam menjalin persahabatan. Sama ada lelaki atau perempuan, andai niat kita ikhlas berkawan, tidak pernah sedikitpun berkira itu dan ini, menghormati perasaan masing-masing, saling membantu antara satu sama lain; nilai persahabatan itu akan kekal sepanjang hayat.
Kredit Foto: Google
Mungkin ada yang berpendapat, persahabatan sesama lelaki lebih lama jangka hayatnya kerana mereka lebih mudah untuk keluar, lepak bersama, berbual bermacam perkara hingga ke pagi pun takkan menjadi hal. Berbanding dengan geng-geng perempuan yang mungkin punya limitasi. Kekangan untuk berjumpa selalu lebih-lebih lagi selepas berkahwin dan mempunyai anak.
Tetapi itu semua mampu diatasi jika maksud persahabatan itu sendiri difahami. Walau tak berjumpa, tak boleh untuk berborak lama-lama hingga ke pagi tidak bermakna definisi akrab itu sekadar disitu sahaja. Titipkan mereka dalam doa-doa kita jauh lebih bernilai dan mahal harganya. Kerana ia terpulang kepada pendekatan masing-masing untuk meletakkan ukuran persahabatan. Siapa lebih real atau propa takkan wujud jika kita benar-benar mengenali sahabat baik kita. Bukan sahaja tahu apa yang menjadi kegemarannya, tetapi sedar dan faham apa yang menjadi pantangnya, yang tidak suka dan sebagainya. Bersahabatlah bukan cuma di dunia tetapi hingga ke akhirat lamanya.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live