Personaliti
Pesan FIZO – Komunikasi, Ilmu Itu Penting, Suami Jangan Anggap Semua Remeh, Bila Isteri Dah MELETUP...
“Tak betul semua telahan yang kata penceraian saya dan Mawar disebabkan oleh emak saya sendiri. Sebenarnya, sehingga kini tidak pernah sekali pun baik saya atau pihak Mawar yang mengeluarkan statement tentang itu,” luah Fizo di awal bicara.
Apabila ditanya bagaimana Fizo da Mawar mengekalkan hubungan baik selepas bercerai. Menurut Fizo, semuanya disebabkan anak. Jika tiada anak, mungkin mereka membawa haluan masing-masing. Lagi pula, seminggu sekali Fizo akan menjenguk anaknya dan mereka saling bergilir penjagaan Mariam.
Dan, sebelum memutuskan untuk berpisah pun, Fizo sudah bersedia mental dan fizikal. Tipulah kalau kata tidak pernah ‘tergigit lidah’. Namun, Fizo mengamalkan kaedah untuk berdiam saat sedang marah untuk elak perkara kecil menjadi besar.
Emak Tak Pernah Campur
Apabila ditanya siapa yang selalunya membuat keputusan dalam keluarga sebelum ini, dan adakah Fizo akan merujuk kepada emak sebelum memutuskan sesuatu?
Jawab Fizo, “Mak saya jenis yang tak campur tangan. Malah, kalau kami bergaduh pun, mak sendiri tak tahu walaupun kami duduk sekali. Cumanya, apabila sudah lama-lama tu, naluri mak tu boleh rasa, kan? Jadi, dia dapat syak.”
Sambung Fizo lagi, dia cuba elakkan untuk bercerita selagi boleh dan lebih suka simpan sendiri hal rumah tangganya. Dan, sebolahnya Fizo tidak akan bercerita dalam keadaan dirinya sedang marah. “Bagi sejuk dulu, muhasabah diri sendiri supaya kita tak tunding jari menyalahkan pihak sana saja.”
Mak Nak Perhatian, Isteri Mahu Bermanja
Kehidupan kita ini ada peringkat dan fasanya. Tidak dinafikan bagi seorang ibu tua apabila semakin meniti usia senja, dia akan kembali berperwatakan seperti keanak-anakan. Kongsi Fizo, ada kala seorang ibu itu mahukan lebih perhatian anaknya.
Dan, jika isteri mempunyai isteri, isteri pula mahu bermanja dan kasih-sayang suami. jadi, kedua-duanya menuntut fokus suami yang tak berbelah-bahagi. Itu biasa berlaku dalam sesebuah perkahwinan. Antara isteri dan ibu sendiri.
“Sesuatu yang saya belajar dari kesilapan saya sendiri, sebenarnya dalam perkahwinan ni, komunikasi itu sangat penting. Kemudian, kena perhalusi emotional intelligence, sandwich method dan lain-lainnya. Sebagai nakhoda kapal, seorang suami kena ada ilmu.
Banyak terjadi, suami selalu anggap remeh sesuatu perkara yang pada isteri besar. Apabila dibiarkan, lama-lama ia menjadi api dalam sekam dan jika dah meletup, memang tak dapat diselamatkan lagi,” nasihat Fizo mengakhiri bicara.
10 Nasihat Perunding Psikologi Keluarga, Puan Suzana Ghazali
- Syarak menyarankan suami isteri untuk duduk asing dengan mentua melainkan situasi yang tidak dapat dielakkan seperti mentua uzur dan sebagainya agar suami isteri dapat belajar berdikari.
- Menantu perlu persiapkan diri jika sudah tahu selepas kahwin akan duduk sekali dengan mentua.
- Kena selalu doa yang baik-baik. Doa itu mungkin tak dimakbulkan serta-merta tapi jangan putus memohon kepada Allah.
- Mengikut cara pendidikan Rasulullah, mak dan ayah boleh ambil tahu hal anak-anak selepas berkahwin. Sebagai contoh, kalau si ayah melihat ada masalah dalam rumah tangga anaknya, si ayah boleh memfailkan faraq di mahkamah kerana ayah wali si anak.
- Elakkan bercerita masalah rumah tangga dengan adik-beradik atau ibu bapa melainkan tiada pilihan lain atau pihak ke tiga untuk dirujuk. Jika mak ayah mahu masuk campur, pastikan mendengar daripada ke dua belah pihak tanpa pilih kasih.
- Menantu kena hormat mentua seperti ibu bapa sendiri. Harus diingat antara suami dan isteri ada talak tapi hubungan anak dan ibu bapanya tiada talak, kekal selamanya.
- Menjadi satu keuntungan memiliki suami yang mementingkan ibunya tanpa meminggirkan isteri. Namun, haruslah ada seimbang antara keduanya.
- Anak lelaki wajib taat kepada ibunya selagi tidak melanggar syariat.
- Suami berperanan penting dalam menyembuhkan hubungan isteri dan ibu. Cakaplah elok-elok antara keduanya agar mencapai kesepakatan dan elak perselisihan faham.
- Menantu kena kekal berlembut dengan mentua demi menjaga keharmonian.
Must-Watch Video