gaya hidup

Pilih Tempat Sesuai Bawa Anak Bersantai – Cari Lokasi Terbuka, Tak BERSESAK, Kerap Cuci Tangan, Elak Ke Mall

gempak
Afiza Kamarulzaman
13/09/2021
10:00 MYT
Sponsor Banner
Pilih Tempat Sesuai Bawa Anak Bersantai – Cari Lokasi Terbuka, Tak BERSESAK, Kerap Cuci Tangan, Elak Ke Mall
Kelonggaran yang diberikan kerajaan baru-baru ini disambut baik oleh kebanyakan masyakarat apabila penduduk di lembah klang sudah boleh merentas daerah, makan di restoran, keluar bersantai bersama anak-anak dan sebagainya.
Walaupun kes positif dicatatkan masih dalam angka yang tinggi, namun dengan peratusan mereka yang sudah divaksin juga mencapai ‘target’, ia dilihat sebagai satu perkembangan baik. Seperti yang disarankan kebanyakan penganalisis, kita harus belajar untuk hidup bersama virus ini.
Maksudnya, melalui kehidupan normal baharu bersama SOP yang ketat dan tanpa kecuaian. Sikap berhati-hati dan waspada masih perlu diterapkan walau di mana kita berada kerana walau sudah lengkap dua dos vaksin, jangkitan masih boleh berlaku.
Cuma, apabila orang dewasa sudah dilindungi dan diberi sedikit kelonggaran, menjadi persoalan pula apabila anak-anak turut dibawa menikmati kelonggaran yang sama. Ini kerana kanak-kanak masih belum dilindungi vaksin. Adakah ia berbahaya?
Jawapannya, ya. Pastinya anak-anak juga terdedah dengan bahaya virus tersebut yang semakin hari semakin membiak dengan pelbagai peningkatan penyebaran baru. Inilah yang menjadi dilema kebanyakan ibu bapa, antara kebimbangan dan kemahuan anak-anak yang mahu melalui zaman keseronokan yang normal seperti kita dulu.
Ini antara saranan jika mahu membawa anak keluar:
  • Pilihlah kawasan terbuka seperti taman dan elakkan ke premis tertutup seperti di pusat membeli-belah untuk aliran udara yang baik
  • Pergilah ke lokasi yang tidak menjadi tumpuan ramai, yang tidak perlu bersesak kerana penjagaan jarak fizikal harus dipraktikkan sepanjang masa
  • Batalkan saja rancangan jika didapati sesuatu kawasan itu sudah dikunjungi ramai orang
  • Rajin-rajinlah melihat perkembangan sesuatu lokasi sama ada mempunyai sejarah kes yang tinggi atau tidak
  • Bawa perkakas selengkapnya sebelum keluar seperti hand sanitizer, mask ekstra, tisu basah dan sebagainya
  • Untuk anak kecil, sebaiknya pakaikan mereka lampin pakai buang agar tidak perlu singgah ke tandas awam
  • Jadikan amalan untuk sentiasa membersihkan sesuatu barangan yang kemungkinan disentuh seperti meja, kerusi, troli dan sebagainya
  • Ajar anak cara menjaga SOP untuk diri mereka sendiri
  • Elakkan anak-anak bersentuhan atau berduduk rapat dengan kanak-kanak lain walau untuk bermain
  • Cukuplah membawa anak-anak hanya ke satu lokasi dalam satu masa, jangan amalkan sikap singgah-menyinggah. Elakkan juga mereka turun jika anda ke stesyen minyak, kedai dan sebagainya
  • Jika membawa anak-anak untuk dine in, pilihlah restoran yang tidak sesak dan terjamin kebersihannya dan mematuhi SOP

Kredit Foto: Google

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live