Umum mengetahui jumlah kes positif Covid-19 dan kes kematian semakin berkurangan saban hari. Ia adalah hasil pengorbanan dan kerjasama seluruh rakyat Malaysia sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu. Sungguhpun begitu, kita tidak boleh menarik nafas lega. Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas sempena Hari Pekerja, “Kita perlu terima hakikat bahawa dalam bulan-bulan mendatang ini, adalah mustahil untuk mana-mana negara mencapai angka sifar dalam jangkitan COVID-19. Yang perlu dilakukan ialah mempertingkatkan keupayaan perkhidmatan kesihatan awam untuk menghadapi sebarang kemungkinan”.


Kredit Foto: Telegram MKN


Lantaran itu, sedikit kelonggaran mula diberi misalnya rakyat kini boleh keluar berdua untuk membeli barangan keperluan harian. Manakala hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi bermula 4 Mei ini namun tertakluk kepada syarat dan SOP tertentu. Dan pasca PKP, dengan sedikit demi sedikit kelonggaran yang diberi, kita akan melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula. Berikut disenaraikan intipati dalam PKP-B:
  1. Hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
  1. Panggung wayang, pusat karaoke, pusat refleksologi, pusat hiburan, kelab malam, taman tema, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, karnival jualan dan semua bentuk persidangan dan pameran tidak dibenarkan beroperasi.

Kredit Foto: Google
  1. Aktiviti-aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan ramai, sentuhan badan dan lain-lain risiko jangkitan juga tidak dibenarkan. Ini termasuk sukan bola sepak, ragbi, renang dan semua acara sukan indoor dan stadium. Aktiviti sukan outdoor yang tidak melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai dibenarkan. Jogging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat anda mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan.
  1. Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.
  1. Aktiviti kegamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumahrumah ibadat juga tidak dibenarkan.


Kredit Foto: Google
  1. Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain. Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan.
  1. Semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih belum dibuka.
  1. Cadangan supaya semua majikan melaksanakan waktu bekerja yang anjal. Tak semua pekerja mesti masuk bekerja pada waktu yang sama. Majikan boleh galakkan pekerja untuk bekerja dari rumah.
Kredit Foto: Google
  1. Majikan mesti periksa suhu badan pekerja setiap hari. Kalau suhu badan tinggi, pekerja dinasihatkan supaya balik atau pergi ke klinik dengan segera. Bagi pekerja; pastikan meja, kerusi dan peralatan yang digunakan di pejabat sentiasa bersih. Elakkan sentuhan atau body contact dengan rakan sekerja yang lain.
  1. Pengguna pengangkutan awam perlu memakai penutup hidung dan mulut. Sentiasa bawa hand sanitizer untuk digunakan jika perlu.
  1. Pusat-pusat penjagaan kanak-kanak akan dibuka dengan mengamalkan SOP kesihatan yang tertentu.
Benar, kita risau memikirkan kebarangkalian yang akan berlaku jika tidak mematuhi SOP sepenuhnya. Jepun dan Kanada adalah antara contoh negara yang berhadapan dengan gelombang ketiga apabila lockdown ditamatkan. Dan kesannya, kes kembali meningkat. Justeru, ingatlah pesanan Perdana Menteri kita, “Walaupun kita telah berjaya mengawal penularan COVID-19, jangan kita alpa. Teruslah berwaspada. Amalkan tabiat penjarakan sosial, sering membasuh tangan, memakai penutup hidung dan mulut atau face mask di kawasan awam dan segera berjumpa doktor sekiranya bergejala.” Semoga selamat dan baik-baik sahaja semuanya. Teruskan berdoa okey!