Afiza Kamarulzaman
Sun Apr 26 2020
Demi sebuah perjuangan yang tidak mengenal erti penat dan tanpa mengira kudrat, barisan hadapan dan staf di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia, Kepala Batas mengambil inisiatif untuk menjahit dan menyediakan sendiri uniform PPE mereka. Bukan tidak mendapat bekalan daripada pihak berkenaan, namun mereka tidak mahu menambah beban dan sepantasnya menyediakan payung sebelum hujan.
Hanya inilah usaha dan bakti yang mampu mereka taburkan demi menyempurnakan perjuangan barisan hadapan demi menentang wabak Covid-19 ini. Bersama salah seorang tunggak penting usaha ini, Pakar Perunding Oftalmologi & Pensyarah Perubatan USM, Prof Madya Dr. Bakiah Shaharuddin berkongsi pengalaman bersama-sama staf IPPT menyediakan PPE mereka sendiri.
Kenapa perlu disediakan sendiri semua keperluan PPE ini?
Keperluan PPE adalah seperti ‘pakaian perang’ kepada front liners. Staf IPPT yang turut mengenakan PPE adalah mereka yang terlibat dengan saringan dan ujian makmal diagnostik untuk Covid-19, dan mereka yang terlibat dengan kes pembedahan, dalam kes-kes tertentu. Oleh kerana bekalan keperluan PPE agak meruncing di seluruh negara, adalah sukar untuk mendapatkan stok. Lagipun harga PPE telah melambung tinggi, menyebabkan hospital terpaksa menanggung kos yang berganda. Dengan adanya sumbangan wang ringgit, masa dan tenaga daripada pelbagai sektor dan invidivu, maka IPPT telah mengambil peluang menjalinkan jaringan kemasyarakatan dengan NGO, individu perseorangan dan komuniti berhampiran untuk melancarkan Projek PPE IPPT.
Bila projek PPE IPPT ini bermula?
Projek telah bermula pada 1 April 2020. Dan, masih kami teruskan sehingga kini.
Berapa ramai individu dan sektor apa yang terlibat?
Secara keseluruhan, projek ini melibatkan seramai 117 orang sukarelawan yang terdiri daripada Pertubuhan Wanita IKRAM, Persatuan Gerak Amal Bersama (GRAB), Pertubuhan Kebajikan Ikhlas Wilayah Utara (Ikhlas), Persatuan HALUAN Negeri Pulau Pinang, Kolej Komuniti Kepala Batas, di samping individu perseorangan dan staf IPPT sendiri.
Kalau boleh dikongsi item yang dibuat sendiri dan kuantitinya?
Setakat ini projek PPE IPPT telah berjaya memproses sebanyak 2700 meter 'non-woven material' untuk dijadikan gaun isolasi (1100 helai), tudung (530 helai) dan sarung kasut (460 pasang). Alhamdulillah PPE ini bukan hanya mampu menampung keperluan kami di sini, malah sebahagian PPE turut disumbangkan kepada mereka yang memerlukan seperti Hospital Kepala Batas, Pejabat Kesihatan Daerah (Seberang Perai Utara), Unit Forensik Hospital Seberang Jaya, Persatuan Pengurusan Jenazah Pulau Pinang, Anggota Perkhidmatan Awam, Klinik Kesihatan Kuala Ketil dan lain-lain.
Harapan anda untuk kakitangan yang terlibat dalam projek ini dan frontliners kita?
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sukarelawan yang telah menyumbangkan tenaga dan masa kepada penyediaan PPE ini. Tidak lupa jutaan terima kasih kami kepada mereka yang telah menyumbangkan derma kepada Tabung Projek PPE IPPT. Semoga segala usaha dan sumbangan kita ini diterima oleh Allah SWT. Saya amat berharap segala usaha dan perkongsian ini kami sedikit sebanyak dapat memberi keyakinan dan keselamatan kepada semua frontliners untuk terus berkhidmat melawan wabak Covid-19 sehingga ia dapat dibasmi. Kita sedaya upaya cuba menyediakan perisai, dan selebihnya adalah kuasa daripada yang di atas sana. Semoga semua frontliners kita dapat berjuang di bawah lindungan Allah swt. Terima kasih sekali lagi.
Tyra Kamaruzzaman Kini Isteri Pereka Fesyen, Terima Mas Kahwin RM1,111
Pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga pereka fesyen, Emran Rijal, pada petang Jumaat dengan sekali lafaz.
Netizen Sakit Hati NRF Siap Ajar Aliff Cara Bercakap - “Kena Cakap Berdepan Orang Tengok Muka Awak”
Netizen geram dengan NRF.
Ganti Kucing Hidup, Guna Anak Patung Doraemon Untuk Upacara Panggil Hujan!
Sebuah komuniti di Thailand menjadi tular, gara-gara menggunakan anak patung watak animasi Jepun, Doraemon menggantikan kucing hidup untuk upacara tradisional memanggil hujan.
Didi Astillah Dedah Perbualan Aliff Bersama NRF - “So Inilah Last Plan Dengan Si Ruhainies Tu Ya?”
Didi pula tampil dengan bukti tangkap layar perbualan Aliff.
B.I Bakal Beraksi Di Mega Star Arena, KL Menerusi B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur Pada 30 Jun Ini!
Bersedia untuk menikmati persembahan daripada penyanyi dan rapper popular, B.I menerusi konsert solo pertamanya, B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, KL pada 30 Jun ini.
Bagi Kawal Populasi, Profesor Ini Cadang Makan Burung Merpati
Seorang profesor tempatan baru-baru ini memberikan solusi berani terhadap masalah lebihan populasi merpati di Pulau Pinang.
Ibu Tunggal 2 Anak Datang Klinik Minta MC, Doktor Ini Terkejut Bila Tahu Sebabnya!
Pendedahan yang dibuat seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Ahmad Samhan berjaya mencuri perhatian ramai.
THSS: Bukan Pertandingan Fokus Nyanyian Semata-Mata, Ini Sebab De Fam Bersetuju Sertai The Hardest Singing Show
Kumpulan De Fam mendedahkan kenapa mereka memilih untuk menyertai rancangan baharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show (THSS).
Individu Hina Anak Caprice Diminta Melutut Mohon Maaf, Ada Yang Setuju & Ada Yang Tidak
Penyanyi rap Caprice akhirnya membuat pertemuan empat mata dengan individu yang menghina anaknya baru-baru ini. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, dapat dilihat individu tersebut diminta untuk melutut di hadapan Caprice dan isterinya (Fara Inalis) demi meminta maaf.
Persefahaman Baharu Dicapai, Lagu-Lagu Artis Universal Muzik Group Bakal Kembali Ke TikTok
Universal Muzik Group (UMG) dan TikTok telah mencapai kata sepakat dengan mengumumkan ‘perjanjian pelesenan pelbagai dimensi’ baharu sekaligus menamatkan perselisihan mengenai isu royalti lagu-lagu dari penyanyi di bawah naungan UMG yang telah digunakan sebagai muzik latar di aplikasi TikTok.