gaya hidup
Prinsip Hidup Ni Mudah Je – Cuba BAHAGIA Dengan Kebahagiaan Orang dan Bahagia Dengan Cara Sendiri.
Jiwa kita meronta kerana kita selalu melihat apa yang kita tiada, sedangkan apa yang kita ada tidak kita hargai dan syukuri. Ditambah pula, kita melihat apa yang orang lain ada kita pula tidak ada. Lantas, kebahagiaan dan kelebihan orang lain menjadi racun dan toksid yang memakan diri sendiri.
Kenapa kebanyakan orang tidak bahagia? Kerana kita sentiasa cuba mengisi kebahagiaan yang tak termampu dicapai. Kita meletakkan syarat yang rumit untuk bahagia sedangkan bahagia itu tercapai mengikut cara masing-masing dan sangat berbeza antara satu sama lain. Sebenarnya, bahagia itu amatlah mudah untuk diperoleh jika kita ringkaskan konsepnya.
Mudahkan Konsep Bahagia, Nescaya Kita Sejahtera
Jangan banyak sangat meletakkan harapan pada sesuatu yang tak jelas. Apabila melihat kebahagiaan atau kejayaan orang lain cubalah untuk tumpang gembira da berikan kata-kata yang baik kepada orang itu. jika terlintas untuk rasa dengki, doakan dalam hati untuk kebaikannya dan kita sendiri.
Apabila kita bahagia melihat orang lain bahagia, automatiknya bahagia itu akan dijentik dalam hati kita. Tidak semena-mena kita akan berasa sangat lega dan tenang. Tiada apa perlu disakitkan hati dengan melihat orang lain tersenyum dan ketawa. Jadikan mereka inspirasi mencapai kejayaan yang sama.
Berasa jaki dengan kegembiraan orang hanya akan mengundang toksid dalam hati. sedikit demi sedikit yang akhirnya akan membawa ‘barah’ dalam diri. Itu yang akan mengundang pelbagai masalah lain seperti tekanan dan pergaduhan dalam hubungan sesama manusia.
10 Teknik Bahagia, Cuba Praktikkan Setiap Hari
- Jalani gaya hidup sihat dengan bersenam dan makan makanan yang baik. Apa kaitannya? Tubuh badan kita ini semua bersistem termasuk otak dan perasaa. Pengaruhinya dengan gaya hidup sihat luaran dan dalaman. Cubalah seminggu ini dan lihat perubahannya dalam dirimu.
- Cuba untuk sentiasa tersenyum walau dalam apa jua situasi. Senyuman akan menutup semua kesedihan, ketegangan dan permusuhan. Berlatih untuk senyum sebaik bangun pagi di depan cermin.
- Syukuri apa saja yang ada di depan mata tapi tidak salah untuk bercita-cita tinggi, namun jangan rasa terkilan jika tidak mampu dimiliki.
- Sentiasa berasa kehidupan kita lebih baik daripada orang lain. Kita ada sesuatu yang orang lain tiada kerana rezeki orang lain-lain. Dan, pasti orang lain juga melihat bahagianya kehidupan kita.
- Sentiasa memaafkan orang lain walau sekelumit rasa tidak puas di hati. Doakan orang itu juga sedar akan kesilapannya dan hanya Allah sebaik memberi hukuman dan mengadili.
- Kurangkan meluah perasaan di media sosial walau untuk apa jua matlamat.
- Rapati orang dan kawan yang positif dan sentiasa berkata yang baik-baik. Lebih baik lagi jika sahabat itu seorang yang berilmu dan baik akhlaknya.
- Banyakkan membantu orang yang memerlukan kerana kajian juga mendapati banyak yang kita bantu, banyak energi baik akan diserap dalam diri seseorang.
- Bawalah kebahagiaan kepada orang lain seperti meraikan hari penting mereka, menjamu makanan yang enak-enak dan memberi pujian. Baik yang kita beri kepada orang, baik juga yang akan kita dapat semula.
- Jangan suka berkata keburukan orang walaupun dengan berbisik di dalam hati. sentiasa fikir yang baik tentang semua orang dan berharap orang lain juga akan berkata yang baik tentang kita.
Must-Watch Video