Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Highlights

Rahsia Cantik Nelydia Senrose – Cuci Muka! Beri Ruang Untuk Kulit Bernafas Kalau Tak Perlu Bersolek!

Afiza Kamarulzaman 03/12/2019 | 06:35 MYT
Walaupun tanpa mekap yang tebal, kulit Nelydia tetap kelihatan cantik dan kurang bermasalah. Apa rutin penjagaan kulit Nelydia?
Alhamdulillah, anugerah tuhan. Mungkin juga kerana kulit Nelydia masih muda. Apa pun, bagi Nelydia kualiti kulit seseorang bergantung juga kepada genetik dan lifestyle seseorang itu. Untuk rutin harian, Nelydia pastikan mencuci muka setiap hari, memakai losen dan krim siang dan malam. Walau macam mana lambat pun balik rumah (selepas shooting), Nelydia tetap akan disiplikan diri untuk membersihkan muka. Beri ruang yang bersih untuk kulit bernafas setelah penat seharian bekerja. Seminggu sekali, Nelydia melakukan facial. Jenis facial bergantung kepada kondisi kulit Nelydia waktu itu.
Kredit Foto: IG Nelydia Senrose
Nelydia juga dikurniakan rambut yang cantik, panjang dan mulus. Banyak berhabis untuk itu?
Nelydia kerap mewarnakan rambut menyebabkannya mudah kering. Entahlah, memang dari dulu Nelydia suka bereksperimen dengan pelbagai warna rambut baru. Kalau ke majlis, Nelydia tidak suka mengikat rambut, Nelydia sukakan stail rambut lepas sahaja. Justeru, penjagaan ekstra diperlukan untuk memastikannya kekal subur dan terurus. Tidak dinafikan Nelydia selalu melakukan treatment seperti roots treatment, paling tidak sebulan sekali. Rawatan akar rambut ini penting untuk memastikannya tumbuh sihat, subur dan tidak mudah rapuh pada folikelnya.
Bagaimana dengan penjagaan berat badan?
Nelydia punya badan yang cepat naik cepat turun terutama time period. Apa yang penting kenali badan kita. Listen to your own body. Apa yang perlu dan tidak diambil? Contoh macam Nelydia, dua minggu sebelum period, nafsu makan akan mendadak naik, mula rasa blotted. Jadi, pandai-pandailah kawal waktu itu.
Kredit Foto: IG Nelydia Senrose
Tidak ambil sebarang suplemen atau jamu untuk sentiasa cergas dan bertenaga sepanjang bekerja?
Tiada. Buat masa ini, Nelydia berasakan tenaga itu lebih kepada pemkanan yang baik dan bagaimana cara kita menggerakkan tenaga dan tubuh secara semula jadi. Dalam usia begini, energi masih kuat. Jadi, bukan keperluan lagi untuk mengambil sebarang suplemen. Cuma, Nelydia banyakkan minum air putih. Sesekali mengambil vitamin C untuk penjagaan dari dalam buat kulit cantik.
Apa pendapat Nelydia jika ada sesetengah perempuan yang berkata, ‘selebriti itu lainlah, perlu sentiasa cantik, kita orang biasa, simple saja sudah’?
Sebagai perempuan, kenapa perlu membezakan antara selebriti dan orang biasa untuk tampil cantik? Siapa pun kita, kita perlu keluar dan mendepani orang lain, jadi penjagaan diri itu penting untuk rasa dan tampil cantik juga yakin. Kalau pun sibuk dengan keluarga, lakukanlah mana yang termampu, jangan diabaikan terus penjagaan diri.
Kredit Foto: IG Nelydia Senrose
#Selebriti #Kecantikan #Petua
;