Highlights

Rakyat Malaysia Makin Bersatu, Pastikan KEMENANGAN Besar Kita Raikan Hari Raya Nanti. Kita Mesti Menang!

gempak
Afiza Kamarulzaman
10/04/2020
11:50 MYT
Sponsor Banner
Rakyat Malaysia Makin Bersatu, Pastikan KEMENANGAN Besar Kita Raikan Hari Raya Nanti. Kita Mesti Menang!
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan bahawasanya Perintah Kawalan Pergerakan disambung lagi sehingga 28 April ini. Rata-rata menyambut baik usul tersebut demi keselamatan dan memastikan rantaian wabak Covid-19 ini dapat diputuskan dengan sempurna. Walaupun begitu, ada segelintir yang mungkin berasa kecewa dan tidak sanggup lagi mendepani ujian ini. Paling penting sekarang ini adalah teruskan berfikir positif.
Kekal Positif
Benar, inilah yang paling penting dalam masa perlu duduk di rumah. Tidak dinafikan PKP ini menyebabkan banyak rutin kehidupan terganggu, kerja-kerja bertangguh dan urusan penting tergendala. Apa pun, anggaplah ini semua sebagai pergorbaan untuk jangka masa panjang. Hasilnya bukan sekarang tetapi akan datang.
Kredit Foto: Google
Kekalkan Kebersihan
Jaga kebersihan seperti yang sering disarankan. Cuci tangan selalu, kerap mandi dan pakailah topeng apabila berada di luar rumah. Sebenarnya penjagaan kebersihan diri ini sudah diajar dalam agama sendiri. Kebersihan adalam lambang keimanan seseorang. Jadi, pastikan ia menjadi amalan gaya hidup walau bukan untuk membasi Covid-19 semata-mata.
Kekalkan Jarak
Ketika berada di luar rumah, pastikan jarak antara kamu dan indvidu lain berada agak jauh. Elakkan bersalaman atau bersentuhan. Bukan masanya untuk bermesra atau bertegur sapa. Jarakkan diri untuk beberapa waktu ini bagi menjamikan keselamatan diri sendiri juga orang di sekeliling kita.
Kredit Foto: Google
Kekal di Rumah
Kurang-kurangkan berada di luar rumah untuk apa jua urusan. Hadkan pergerakan dan sebaiknya cukuplah untuk memberi barang penting sahaja atau ke klinik misalnya. Urus masa dengan baik agar kamu tidak perlu kerap berulang keluar rumah.
Kekal Taat
Walaupun tiada lagi aktiviti keagamaan di luar rumah, namun ia bukan penghalang untuk kamu terus mendekati sang pencipta. Inilah masanya untuk melipat gandakan amalan, kembali fokus pada hubungan dengan Tuhan dan menyempurnakan ibadan yang selama ini kita culas. Mintalah doa dan kebaikan kepada yang satu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live