Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ramai Ingat BERNIAGA Ni Seronok, Dah Alami Sendiri Baru Tahu Susah Senangnya. Kita Bos, Kitalah Kuli.

Afiza Kamarulzaman
26/02/2021 00:33 MYT
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Begitulah umpamanya nasib orang berniaga. Bukan mudah untuk meramalkan sesuatu kejayaan atau kegagalan dalam perniagaan yang dipilih.


Kita selalu kata, dia bos tak apalah. Untung masuk tiap-tiap hari, kerja sikit, gaji lebih! Hakikatnya, di sebalik tabir hanya orang yang benar-benar berniaga saja tahu betapa mereka mengorbankan hampir seluruh hidupnya untuk sebuah perniagaan yang dibina.


Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha jitu dan pengorbanan besar. Kejayaan yang kita lilhat daripada sesetengah usahawan itu dimiliki setelah mereka menempuhi banyak jatuh bangun dan sepak terajang dalam industri yang mereka niagakan.


Berniaga Tidak Semudah Terima Gaji Setiap Bulan


Penulis pernah mengutaraka keinginan mahu cuba untuk berniaga kepada seorang peniaga yangn sudah berpuluh tahun dalam bidang perniagaan. Dan, jawapan beliau kepada penulis, “lebih baik teruskan makan gaji...”


Katanya, memanglah beliau sudah bertahan berpuluh tahun dalam perniagaan yang diusahakannya itu. Dan, pasti ramai ingin mengikuti langkah beliau dalam perniagaan. Namun, katanya apa yang dimilikinya hari ini hanya mampu dilalui oleh mereka yang benar-benar kental.


Dikhianati orang, tekanan pekerja, kewangan, kerenah pelanggan, mengejar masa dan pelbagai lagi asam garam dalam perniagaan sudah ditempuhinya penuh lara. Maka, katanya kalau sudah stabil dengan rutin makan gaji, teruskan saja.


Ujarnya lagi, bukan dia tidak mahu menyokong orang lain untuk berniaga namun dia bimbang tidak semua mampu kuat menempuh ujian yang terbentang setiap hari. Setiap hari adalah hari yang berisiko untuk orang yang berniaga.



Kredit Foto: Google


Kita Berjuang Untuk Banyak ‘Perut’


Orang selalu menyalahkan majikan untuk banyak perkara. Di mana-mana syarikat, ada saja perihal keburukan bos dicanang. Ya, tidak dinafikan memang berlaku majikan yang bertidak zalim terhadap pekerja, namun ada juga pekerja yang menzalimi bos sendiri.


“Hanya kalau mereka tahu betapa kami bekerja 24 jam sehari tanpa dilihat setiap mata,” Kata usahawan produk makanan ini kepada penulis.


Yang pekerja nampak pada bos mereka adalah keuntungan yang ditelan setiap bulan, kereta menjalar yang dipandu, rumah tersergam. Mereka tidak nampak saat bos menaggung rugi sehingga hampir muflis?


Mereka juga tidak nampak kala bos tidak dapat tidur memikirkan nasib syarikat. Mereka tidak tahu berapa jam saja masa bos bersama keluarga? Mereka juga tidak akan mahu tahu saat bos terpaksa mendulukan keperluan pekerja berbanding diri sendiri.


Apa pun yang terjadi, aktiviti syarikat perlu diteruskan, bos tidak boleh berhenti mencari jalan untuk menyelamatkan perniagaannya kerana mereka ini menanggung banyak ‘perut’ yang pastinya bergantung pada gaji yang diterima setiap bulan itu.


Bersyukurlah jika pada hari ini, anda masih punya pekerjaan dengan gaji yang tidak dipotong. Masih berdiri syarikat yang anda huni walaupun pada ketika situasi sangat genting dengan duit syarikat yang terus susut.


Majikan anda tahu anda masih perlukan pekerjaan ini walaupun untuk beberapa bulan ini pendapatannya sendiri terpaksa diketepikan demi menjaga gaji pekerja setiap bulan. Tidak semua majikan itu zalim kerana mereka juga punya anak bini untuk ditanggung.


Apa Yang Perlu Difikirkan Jika Anda Mahu Mula Berniaga?










#Berniaga #Usahawan #Perniagaan
;