gaya hidup

Ramai Yang Rebut Peluang Pergi Umrah. Bila Tengok, Mudahnya Rezeki Mereka. Moga Ada Kesempatan Buat Kita Juga Hendaknya.

gempak
Huda Hussain
22/11/2021
08:59 MYT
Sponsor Banner
Ramai Yang Rebut Peluang Pergi Umrah. Bila Tengok, Mudahnya Rezeki Mereka. Moga Ada Kesempatan Buat Kita Juga Hendaknya.
Madinah dan Mekah, antara dua kota yang sering kali menggamit 1001 rasa rindu buat mereka yang pernah menjejakkan kaki ke sana. Pergilah walau 10 kali sekalipun, hati takkan pernah jemu dan serik untuk merasai kenikmatan melakukan ibadah haji dan umrah.
Walau perlu siapkan pelbagai dokumentasi dengan pematuhan segala SOP untuk tunaikan ibadah umrah, ramai dalam kalangan kita yang tidak melepaskan peluang ini apabila ibadah umrah mula dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi.
Kredit Foto: Facebook Pakar Diari Hati
Jujurnya penulis berasakan ia bagaikan peluang dan rezeki buat mereka yang terpilih. Tidak perlu bersesak-sesak bahkan lebih tenang untuk menunaikan segala amal ibadah. Sungguhpun begitu, tidak semua yang diberikan kesempatan seperti ini. Berdasarkan perkongsian pengguna Facebook, Sabariah Abd Majid titipannya ada kewajaran sekali gus mengetuk pintu hati kita khususnya bagi mereka yang ingin sekali ke sana.
Cara Nak Allah Jemput
Tips ini bukan untuk riak, bukan tunjuk lagak tapi untuk ajak. Ramai yang cakap, sesiapa yang Allah jemput itu mesti ada duit simpanan yang banyak atau mencukupi untuk bayar pakej. Salah! Allah tak jemput siapa yang mampu.
Tapi.. Allah jemput siapa yang ingin kesana Allah jemput siapa yang rindu Allah jemput siapa yang berusaha ke sana
Tanamkan dalam hati, pasangkan niat dalam setiap solat, setiap doa. Ada yang ajar, doa lah setiap kali kita berbuat baik sebagai contoh, 'jika ada pahala dalam sedekah aku, Kau jemputlah aku untuk mengerjakan umrah'. Bukan bermaksud kita berkira dengan Allah sampai meminta balasan. Tapi itu yang sebenarnya lebih disukai Allah bila hambaNya meminta kepadaNya.
Kredit Foto: Google
Tambahkan lagi keinginan dengan melakukan langkah pertama iaitu melihat dan mengkaji selidik pakej umrah yang bersesuaian dengan bajet. Untuk yang ingin pertama kali ke tanah suci, tak perlu pakej yang mahal atau hotel dekat atau umrah premium jika mampu untuk berjalan jauh sebab di sana kita akan banyak menghabiskan masa beritikaf di Masjid. Kecuali jika membawa ahli keluarga yang kurang kekuatan dan upaya untuk berjalan jauh, elok la mengambil pakej hotel dekat untuk memudahkan urusan.
Bila dah jumpa yang bersesuaian dan yakin, boleh terus mendaftar dengan membayar deposit. Seeloknya ambil tarikh yang panjang 6-9 bulan sebelum berangkat jika kuatir tidak mampu untuk mengumpul duit yang banyak sekaligus. Ada yang cakap, duit tak ada nak pergi umrah, belum cukup duit, tak mampu sebab pakej mahal. Cakap kan doa. Kenapa kita perlu doa yang tak molek? Bila kita dah daftar, secara automatik kita akan ada rasa tanggungjawab untuk menabung, berjimat cermat.. Di situ lah Allah akan bantu bila Dia nampak kesungguhan kita.
Bila dah dijemput, Allah jentik hati untuk rasa rindu ke sana lagi dan lagi dan lagi. Kerana Apa?
Kredit Foto: Google
Bila disana kita lupa segala masalah Bila disana kita jumpa ketenangan jiwa Bila disana kita berebut tingkatkan ibadah Bila disana kita pakat kejar pahala Bila disana kita berusaha berubah Bila disana kita belajar agama Bila disana rasa dekat dengan Si Pencipta Bila disana terubat rindu pada RasulNya
Buat kita tak mahu pulang menambah dosa bukan sebab kita lupa keluarga Tapi buat kita mahu bawa seluruh keluarga bersama, menikmati apa yang kita rasa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live