Highlights
Ramai Yang Sudah Pulang Ke Kampung. Meriah Raya Korban Tahun ini Tapi Ingat Jangan Korbankan SOP Okey!
Memang seronok apabila dapat pulang ke kampung meraikan Hari Raya dengan sanak-saudara walaupun Raya itu hanyalah Aidiladha. Bagi kebanyakan orang, ia tidak semeriah sambutan Hari Raya Aidilfitri. Namun disebabkan kita terlepas menyambut Hari Raya Aidilfitri yang lalu dek Covid-19 dan negara mengumumkan PKP, maka rentas negeri tidak dibenarkan.
Dan, untuk Raya Haji kali ini, kerajaan membenarkan orang ramai untuk pulang ke kampung, maka ramai yang mengambil kesempatan untuk menebus kembali kemeriahan raya yang terkandas tempoh hari. Apa pun, yang membimbangkan kita adalah kes Covid-19 ini masih belum reda. Jadi, diharapkan orang ramai tetap kekal dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.
Kredit Foto: Google
Kita Masih Belum Menang
Disebabkan terdapat peningkatan kes baru-baru ini dan bertambahnya kluster baru, kerajaan mulai gusar. Walaupun PKP tidak dikembalikan, namun sebagai rakyat yang bertanggungjawab seharusnya tidak memandang remeh perkara ini. Tolong teruskan dengan pemakaian penutup hidung dan mulut apabila berada di khalayak.
Selalu mencuci tangan dan menjaga jarak. Paling penting, jangan sesekali menghadiri atau menganjurkan sebarang perhimpunan yang melibatkan ramai orang. Kurangkan juga pergi ke tempat awam yang mempunyai pengunjung yang ramai. Selagi boleh untuk kita berada di rumah, teruskanlah amalan itu.
Untuk kunjungan Hari Raya, sebaiknya hadkan jemputan tetamu ke rumah terutamanya yang pulang dari kejauhan. Cukuplah berkumpul bersama ahli keluarga terdekat sahaja. Inilah pengorbanan yang sebenar dalam keadaan sekarang ini. Berkorban jiwa dan perasaan demi keselamatan diri dan nyawa kita juga orang di sekeliling.
Must-Watch Video