10 Makanan Bagus Untukmu Ibu Hamil:
  1. Ikan Berlemak – asid lemak omega 3 sangat bagus untuk perkembangan otak bayi. Ibu hamil digalakkan mengambil ikan salmon sekurang-kurangnya dua atau lebih dalam seminggu. Makanan lain yang boleh menggantikan ikan salmon adalah seperti tiram yang kaya dengan iodin. Wanita mengandung yang rendah tahap iodin akan memberikan efek negatif kepada perkembangan kandungannya.

Kredit Foto: Google




2. Sayur berdaun hijau – seperti bayam, salad dan sebagainya yang kaya dengan asid folik sangat membantu dalam melindungi otak bayi daripada kerosakan tisu.


3. Blueberries – buah ini kaya dengan anti oksida yang membantu perkembangan kognitif bayi. Selain blueberries, kamu juga boleh mengambil strawberi, raspberries, blackberries, tomato, kekacang dan sayur articok.




Kredit Foto: Google



4. Telur – telur tinggi dengan protein dan rendah kalori terutamanya telur rebus. Ia mengandungi asid amino yang dipanggil choline yang merangsang tumbesaran otak dan memori bayi. Namun, elakkan telur yang tidak dipasteuri kerana dibimbangi mengandungi bakteria yang boleh mendatangkan komplikasi.


5. Badam – ia mengandungi banyak lemak sihat, magnesium, vitamin E dan protein. Malah, turut memiliki asid lemak omega-3 yang merangsang otak bayi dalam segenggam badam! Mengambil badam setiap hari sepanjang kehamilan amat digalakkan untuk membantu anak bijak dilahirkan. Insyallah. Walnut juga boleh menggantikan badam.



Kredit Foto: Google




6. Yogurt Greek – kaya dengan protein yang sangat diperlukan untuk kesihatan sel saraf kandungan bagi membantu perkembangan kognitif bayi. Makanan pribiotik seperti yogurt Greek ini sangat sempurna sebagai sumber kalsium untuk bayi membina tulang yang sihat. Ia juga tinggi dengan iodin yang dapat mengelakkan bayi lahir kurang beratnya.


7. Keju – keju yang kaya dengan vitamin D ini sangat penting untuk perkembangan kognitif bayi. Ibu hamil yang rendah kandungan vitamin D menyumbang kepada bayi yang rendah tahap IQ nya kelak.




Kredit Foto: Google



8. Biji Labu – ia kaya dengan zink yang sangat diperlukan untuk membantu membina struktur otak bayi dengan sempurna dan proses kognitif informasi. Ia kaya dengan nutrisi dan sumber anti oksida juga!


9. Kacang – makanan ini diperlukan tubuh untuk menyalurkan oksigen ke sel saraf otak bayi. Kacang mengandungi sejumlah iron yang sangat bagus untuk diet ibu hamil. Selain kacang, makanan yang kaya dengan iron adalah seperti bayam, ayam, kismis dan figs.


10. Susu – kekurangan kandungan iron kepada ibu hamil boleh menjejaskan perkembangan mental bayi dan keseluruhan tumbesaran kognitifnya. Susu membantu fungsi ini untuk menyokong perkembangan bayi sebelum dilahirkan.