gaya hidup

Rasa Nostalgia Ramadan – Diva AA Dan ‘Reunion’ Senario, Memang Meriah Dan Kecoh Dibuatnya!

gempak
Huda Hussain
12/05/2021
04:30 MYT
Sponsor Banner
Rasa Nostalgia Ramadan – Diva AA Dan ‘Reunion’ Senario, Memang Meriah Dan Kecoh Dibuatnya!
Bagaikan mengimbau kembali zaman kegemilangan sekitar pertengahan dan lewat 90-an apabila Azwan Ali atau dikenali dengan Diva AA digandingkan bersama kumpulan pelawak popular, Senario. Dah macam throwback pula teringatkan zaman penulis membesar menonton jenaka ahli kumpulan ini yang terdiri daripada Azlee, Saiful Apek, Pak Ya, Hamdan, Wahid dan Yassin Yahya.
Kredit Foto: Astro Prima
Mungkin tiada skrip yang diberi melainkan guideline sahaja mengenai situasi atau suasana yang ingin dipertontonkan. Selebihnya, aksi selamba dan jenaka spontan yang sememangnya menjadi ‘makanan’ kumpulan pelawak menyatu dengan laharnya mulut Diva AA melontarkan kata-kata. Pastinya penonton terhibur menonton episod akhir Rasa Nostalgia Ramadan malam ini.
Kredit Foto: Astro Prima
Gotong-Royong Masak Rendang Ayam Mulanya disangka Diva AA hanya keseorangan memasak di dapur. Meratap sedih dek kerana tiada siapa yang mahu beraya dengannya. Tetapi kemunculan Amir yang tampil mengenakan imej lengkap berselendang di leher, monopod seperti Diva AA mencuit hati penonton untuk terus setia menunggu apakah adegan seterusnya. Ditambah pula dengan celoteh Azlee dan Saiful Apek yang menjual lemang menggamatkan lagi suasana.
Kredit Foto: Astro Prima
Kemudian, hadir pula Yassin memegang watak sebagai penjual ayam selain Wahid sebagai Tok Siak, serta Pak Ya selaku Ketua Kampung dan Hamdan sebagai wakil rakyat. Memang kecoh semuanya. Nak masak rendang ayam saja tetapi hingar-bingar sana sini bikin penonton berasa dekat dan boleh ‘relate’ tatkala menyiapkan juadah hari raya yang sering kita lakukan didapur bersama ahli keluarga. Seperti dijangka, Diva AA lah yang bertindak sebagai ketua yang mengepelai agenda memasak ini. Disuruhnya semua orang membantu, masukkan itu dan ini. Maklum sajalah, diva kan? Hahaha… Sambil berjenaka, penonton turut dihiburkan dengan nyanyian daripada kumpulan Senario antaranya lagu Cari Tapak dan Seminggu Berhari Raya.
Kredit Foto: Astro Prima
Pengat Durian Jika rendang ayam dijadikan sajian utama, untuk menu pemanis mulut pula Diva AA memilih pengat durian untuk dimakan beramai-ramai. Mudah saja cara penyediaannya. Menggunakan ramuan tradisi seperti santan, gula merah, gula melaka, durian dan daun pandan sebagai penambah aroma.
Kredit Foto: Astro Prima
Saksikan lebih banyak gelagat yang pastinya menghiburkan penonton dalam episod akhir Rasa Nostalgia Ramadan untuk musim ini jam 7 malam di Astro Prima.
Kredit Foto: Astro Prima
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live