gaya hidup

Rasa Nostalgia Ramadan – Rupanya Norman Sanggup Balik Kuantan Setiap Minggu Semata-Mata Nak Makan Ikan Patin!

gempak
Huda Hussain
26/04/2021
09:37 MYT
Sponsor Banner
Rasa Nostalgia Ramadan – Rupanya Norman Sanggup Balik Kuantan Setiap Minggu Semata-Mata Nak Makan Ikan Patin!
Kali pertama penulis menonton rancangan masakan yang punya elemen jenaka dan perkongsian resipi sekali gus membangkit kenangan tersendiri kepada tetamunya. Itulah keunikan Rasa Nostalgia Ramadan yang disiarkan di saluran Astro Prima. Menemui penonton setiap Isnin hingga Jumaat bermula 7.00 malam, jangan ketinggalan menonton aksi memasak barisan selebriti terpilih bersama anak, sepupu, adik-beradik, juga pasangan suami dan isteri.
Bagi yang terlepas menonton Rasa Nostalgia Ramadan episod semalam, kali ini pihak produksi mengundang Norman Hakim dan isterinya Memey Suhaiza. Boleh tahan juga aksi dan gelagat sakat menyakat kedua-duanya. Ditambah pula dengan selebriti jemputan Abby Abadi sebagai cameo menambahkan lagi ceria dan menyemarakkan lagi suasana.
Penangan Ikan Patin Pada Norman Hakim Aksi spontan dan bersahaja Norman juga Memey jelas sekali tidak nampak canggung. Apatah lagi apabila adengan masak-memasak bermula. Ligat dan lincah keduanya walau diselang seli dengan insiden kecil sebagai penambah rasa. Mengimbas kenangan lalu, bagi Norman dia sanggup balik ke Kuantan ada kalanya setiap minggu semata-mata nak makan ikan patin. Ya, ikan patin adalah antara menu yang sinonim dengan penduduk Pahang hinggakan waktu awal perkahwinan mereka Memey pada mulanya tidak makan ikan patin. Tetapi dek kerana saban hari mengadap ikan ini, “Daripada tak suka terus jatuh cinta” ujarnya menambah cerita. Berbunga hati Memey tatkala suami memuji effortnya yang pandai memasak makanan yang dahulunya menjadi kepakaran emaknya.
Dari Kecil Memey Suka Jagung Mahu menguji sejauh mana daya ingatan suami akan hidangan pemanis mulut, Memey seakan berteka-teki dengan Norman apakah menu pemanis mulut kegemarannya. “Sagu!” jawab Norman penuh yakin. Dan berkongsi cerita mengenai hidangan pemanis mulut ini, Memey sememangnya menggemari jagung sejak kecil lagi. “Dari kecil memang tak boleh nampak jagung. Mesti nak makan. Dulu kalau mak pergi pasar malam mesti nak ikut sebab nak beli jagung” hurainya lanjut.
Kemunculan Abby Menggamatkan Suasana Penampilan khas Abby Abadi yang datang membawa jagung menambah keceriaan di set Rasa Nostalgia Ramadan. Bersilih ganti gelak tawa masing-masing, menyakat itu dan ini. “I bukan tahu kesukaan you je, kesukaan love you pun I tahu,” ulasnya sambil tertawa seraya membantu menyediakan hidangan pemanis mulut sagu jagung.
Jangan ketinggalan menonton aksi spontan dan lagak bersahaja barisan selebriti dan tetamu undangan dalam Rasa Nostalgia Ramadan mengimbau menu yang menggamit kenangan tersendiri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live