gaya hidup
‘Refresh’ Dan ‘Update’ – Khusus Buat Suami Isteri, Ketahui 8 Helah Bijak Nikmati Hubungan Intim Kamu.
Bukan software atau ios sahaja yang perlu dikemas kini, refresh dan diperbaharui. Begitu juga dalam kelangsungan hubungan intim antara suami isteri. Tiada salahnya jika kalian amalkan konsep check and balance untuk perbaiki semula kualiti hubungan yang sudah tersedia halal ini. Perihal ini mungkin berlaku kepada pasangan yang telah lama mendirikan rumahtangga. Jika tidak diperbetulkan, sama ada secara sedar atau tidak mulalah pasangan memberi alasan malas dan bosan. Namun ia bukan alasan untuk kamu culas melunaskan salah satu tanggungjawab sebagai suami isteri. Seleksi tips berikut pasti bermanfaat agar anda dan pasangan dapat menikmati hubungan intim dengan cara yang lebih sihat sekali gus dapat meredakan tekanan.
Tips 1: Goda Pasangan
Gunakan medium canggih era kini seperti whatsapp, DM atau telegram untuk menggoda pasangan. Tapi awas! Jangan salah goda suami atau isteri orang pula okey. Tiada salahnya kalian suami isteri untuk saling menggoda sekali gus lebih merangsang antara satu sama lain. Usai bertemu, lunaskan semua yang terbuku dengan pasangan anda.
Kredit Foto: Google
Tips 2: Elak MarahSentiasa berbuat baik kepada pasangan dan kawal perasaan anda. Ia akan memberi ruang untuk kalian lebih menikmati dan menghargai hubungan intim dalam erti kata yang sebenar. Perasaan marah hanya akan membangkitkan aura negatif dan boleh merosakkan perjalanan hubungan intim.
Tips 3: Dengar Muzik
Pasang muzik romantik seperti alunan irama perlahan lagi lembut untuk menyemarakkan lagi hubungan cinta kalian. Muzik yang romantik boleh merangsang anda untuk lebih menikmat hubungan intim.
Kredit Foto: Google
Tips 4: Cuba Elemen Baru
Jangan terlalu serius atau tertekan ketika melakukan hubungan intim. Perlu diingat, hubungan intim adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. Jangan takut mencuba elemen baru seperti menghias bilik tidur dengan kelopak bunga serta percikkan aromaterapi yang menenangkan. Sekali gus ia dapat melenyapkan rasa bosan pada ritual sama yang sering dilakukan.
Tips 5: Elak Gangguan Lain
Tutup semua elemen yang mampu membuatkan anda terganggu seperti telefon bimbit dan lain-lain. Hal ini kerana gangguan tersebut akan menganggu anda dari semasa ke semasa. Tanpa gangguan, anda dan pasangan akan lebih fokus dan dapat menikmati hubungan intim secara total.
Kredit Foto: Google
Tips 6: Rangsang Pasangan
Sentiasa rangsang pasangan sehingga mereka benar-benar bersedia untuk melakukan hubungan intim. Jika belum sampai pada masanya, teruskan menggoda dan merangsang pasangan. Bukan sahaja kepuasan yang diperlukan malah anda perlu bersabar untuk memastikan kelancaran hubungan intim.
Tips 7: Posisi
Jangan segan silu bertanya dan dapatkan pandangan pasangan. Berbincanglah dari hati ke hati. Kerana percaya atau tidak, pertukaran posisi yang baru akan memberi impak berlainan. Jika tidak dicuba, kalian pasti tidak mengetahui hasilnya bukan? Sentiasa cuba posisi yang baru dari semasa ke semasa agar anda dan pasangan tidak mudah bosan.
Kredit Foto: Google
Tips 8: Berikan Penghargaan
Sentiasa ucapkan terima kasih setiap kali anda selesai melakukan hubungan intim. Ia boleh memberi semangat kepada pasangan anda sekali gus membuktikan anda menghargai pasangan. Malah tidak keberatan jika hadiah diberi sebagai bukti anda menghargai pasangan. Lebih bagus andai kalian mengakhirinya dengan mandi junub dan solat berjemaah. Barulah ikatan suami isteri lebih erat dan kasih sayang kembali terjalin. Selamat mencuba!
Must-Watch Video