Highlights
Resepi Steak CTDK, Senang Sangat! Guna 4 Bahan Je — Anda Patut Cuba!
Sebelum mengetahui resepinya, jom tengok dulu fakta menarik tentang daging Miyazaki ini. Sungguh, ia sangat sedap dan MAHAL! Namun, kalau kita tidak mampu untuk membelinya, tukar sajalah daging itu kepada bahagian yang lain ya.
Kredit foto: IG @ctdk
Fakta Menarik Tentang Daging Miyazaki
- Daging Miyazaki ialah 100% daging lembu dari baka lembu Wagyu Jepun tulen. Ia dibiakkan dari koperasi Miyachiku. Nama baka lembu yang digunakan oleh Miyachiku ialah Kuroge Washu yang turut dikenali sebagai Japanese Black. Ia satu daripada empat Wagyu yang diternak hari ini, Kuroge adalah yang terbesar daripada empat baka lembu ini.
- Lembu ini diberi makan sayur organik, jagung dan diberi minum air sungai yang mengandungi mineral tinggi dari kawasan pergunungan Kirishima.
- Ia terdiri daripada sel lemak dan otot. Menariknya, lembu-lembu ini akan diurut untuk menjadikan dagingnnya lebih lembut apabila dimakan.
- Harga untuk gred A5 BMS 12 mencecah RM25,000 sekilogram
- Harga untuk gred B antara RM1,500 hingga RM2,000 sekilogram
- Harga untuk gred C antara RM400 hingga RM800 sekilogram.
Bahan-bahan Untuk Steak Miyazaki CTDK
- Daging Miyazaki
- Butter berkualiti terbaik
- Bawang putih
- Rosemary
- *Sayur-Sayuran (pilihan)
Kredit foto: IG @ctdk
Cara Membuatnya:
Amat mudah! Disebabkan daging ini sememangnya sudah enak, lembut dan juicy, ia tidak perlu dimasak beria-ia. Cara Tok Ti memasaknya adalah dengan memanaskan mentega di dalam kuali leper.
Kemudian masaklah daging itu bersama bawang putih yang banyak. Masukkan rosemary untuk aroma tambahan. Balik-balikkan seketika sahaja. Terpulang kepada tahap masak yang disukai.
Sebagai tambahan, gunakan minyak mentega yang sama tadi untuk memanggang seketika sayur-sayuran yang disukai seperti brokoli, lobak atau tomato. Curahkan lebihan minyak mentega tadi di atas daging semasa dihidangkan. Siap!
*Terima kasih Tok Ti atas perkongsian ini.
Kredit foto: IG @ctdk
Must-Watch Video