Highlights
Rezeki Alif Satar. Setiap Hari Dihujani Doa Pelbagai Lapisan Masyarakat. Ilmuan Dan Agamawan Juga Tidak Terkecuali.
Jika kalian adalah pengikut Alif Satar di media sosialnya, sejak disahkan positif Covid-19 Ahad lalu; ramai yang mendoakan agar pengacara, penyanyi dan pelakon serba boleh ini. Sokongan tanpa henti selain menitipkan doa agar dia kembali sembuh terus-terusan membanjiri ruangan komen juga muat naik di Instastory.
Kredit Foto: IG Alif Satar
Serentak itu juga, ramai rakan-rakan artis turut mengambil langkah berjaga-jaga apabila turut melakukan ujian saringan. Syukur kerana tiada rakan-rakan artis disahkan positif. Dan berkat doa daripada semua jua, isteri dan tiga anak Alif turut disahkan negatif selain perlu menjalani tempoh kuarantin dua minggu di rumah. Sungguhpun begitu, ahli keluarga Alif pula diuji dengan pandemik ini apabila kedua ibu bapa, adik bongsu dan datuknya juga disahkan positif.
Kredit Foto: IG Alif Satar
Sungguh, bukan mudah bagi pesakit Covid-19 berhadapan dengan tohmahan dan kecaman daripada netizen. Lebih-lebih lagi bagi Alif dengan statusnya sebagai selebriti. Namun demikian semua itu dilihatnya dengan hati berlapang dada. Kata-kata semangat, sokongan yang tidak pernah berbelah bahagi dan rampaian doa yang terus ditadahkan menjadi kekuatan buat Alif kala ini. Masa yang ada sepanjang tempoh kuarantin ini dimanfaatkan sehabis baik dengan bersenam, membaca buku, mengaji dan sebagainya.
Ramai Yang Prihatin Dan Mendoakan Alif Satar
Lihat saja muat naik di Instastory selain paparan tagged @alifsatar, ramai yang terus memberikan kata-kata positif, semangat dan mendoakan agar Alif segera pulih dan bebas Covid-19 sepenuhnya. Daripada peminat, rakan-rakan artis, rakan-rakan, saudara-mara dan seluruh masyarakat turut menitipkan tanda ingatan dan doa buat selebriti kesayangan ramai ini.
Kredit Foto: IG Alif Satar
Bukan itu sahaja, golongan ilmuan dan agaman juga tidak terkecuali daripada berbuat perkara sama. Antaranya adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga Ustaz Abdulkarim Almakki yang menitipkan kiriman doa buat Alif. Allahu… Siapa yang tidak teruja dan bersyukur apabila ilmuan dan agamawan turut mendoakan kesejahteraan kita kan? Begitulah jua yang dirasai Alif.
Kredit Foto: IG Alif Satar
‘You Are So Loved’!
Mungkin inilah hikmahnya yang dapat dilihat dan dirasai Alif sendiri saat dirinya diuji dengan wabak Covid-19. Walaupun terpaksa berpisah dan berjauhan daripada isteri, anak-anak tercinta dan keluarganya; it feels contented apabila saban hari dihujani dengan kiriman kata-kata positif yang terus menguatkan semangatnya untuk segera pulih dan bebas daripada musuh nombor satu dunia kala ini. Menginsafi dan mensyukuri dengan segala pertolongan dan bantuan, Alif menyifatkan pengorbanan barisan hadapan yang berhempas-pulas memastikan pesakit Covid-19 agar sentiasa terpelihara wajar diberi perhatian. Tidak kiralah apa jua latar belakang pesakit, barisan hadapan kita terus memberikan perkhidmatan terbaik demi menentang penularan wabak ini.
Kredit Foto: IG Alif Satar
Semoga hari-hari yang dilalui Alif memberi penuh makna, pengertian dan kenikmatan tersendiri untuk terus mendekatkan diri kepada-Nya. Juga didoakan agar Alif dan seluruh ahli keluarga segera sembuh, terus kuat, sentiasa positif dan tenang mendepani hari-hari mendatang.