Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Highlights

Rezeki Paling Besar Adalah Diberi KESIHATAN Yang Baik – Kalau Dah Sakit, Harta Banyak Pun Tak Seronok.

Afiza Kamarulzaman 19/08/2020 | 03:18 MYT
Konsep rezeki itu amat luas. Dalam tidak sedar, kebanyakan kita ‘terkurung’ dalam definisi rezeki itu mestilah duit dan harta semata sehingga terkadang kita lupa untuk mensyukuri rezeki lain yang ada di depan mata. Walau tidak kaya dan berharta, namun jika diberikan kesihatan yang baik, tidak pernah jatuh sakit kritikal – ternyata kamulah manusia paling beruntung!
Kos perubatan pada zaman sekarang bukan ‘kecil-kecil anak’. Berapa ramai orang yang tidak mampu meneruskan rawatan sepatutnya hanya kerana tidak mampu untuk membayar bil ubat dan hospital. Apatah lagi bagi mereka yang tidak dilindungi insurans. Ada juga orang kaya yang menghabiskan hartanya di usia tua dengan membayar kos rawatan kesihatannya saja.
Jadi, di manakah keseronokannya jika kita jatuh sakit? Apa lagi yang boleh diraikan dengan wang yang banyak atau bersama rezeki anak-anak jika diri sudah tidak berdaya. Bayangkan, andai kita demam sekejap pun, kita seperti sudah hilang nikmat dunia. Tiada selera makan, badan tak sedap, apa dibuat serba tak kena.
Kredit Foto: Google
Malaysia Antara Negara Paling Tidak Sihat
Statistk Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015 menunjukkan Malaysia telah menjadi sebuah negara obes kerana seorang dalam dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan. Ini bukanlah rekod yang boleh dibanggakan, malah ia amat membimbangkan.
Manakala di Malaysia, hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendapati 50.1 peratus daripada orang dewasa mempunyai, sama ada berlebihan berat badan atau obes di mana 30.4 peratus adalah berlebihan berat badan manakala 19.7 peratus adalah obes.
Kes obesiti ini membawa kepada masalah kesihatan kronik seperti seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, strok atau angin ahmar. Ini berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup tidak sihat. Ternyata, kesedaran penjagaan kesihatan masih rendah dalam kalangan orang Malaysia.
Kredit Foto: Google
Contohi Gaya Hidup Rasulullah Jaga Kesihatan
Siapa lagi contoh teladan terbaik untuk diikuti jika tidak baginda Rasulullah sendiri. Selain dapat pahala mengikut sunah baginda, kita juga dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup Rasulullah. Ia tidak susah dan tidak memerlukan kos yang tinggi pun, asal saja ada disiplin untuk meneruskannya.
Amalan Cara Makan:
Kredit Foto: Google
Amalan Jaga Kesihatan Tubuh
Kredit Foto: Google
Amalan Kesihatan Rohani, Jiwa dan Mental
#Gaya Hidup #Kesihatan #Rezeki
;