Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rezeki RAMADAN – Hamil Dalam Bulan Puasa, Para Ibu Boleh Berpuasa Tapi Ada Keringanan Untuk ‘Skip’

Afiza Kamarulzaman
29/04/2021 03:24 MYT
Kalau sudah namaya rezeki, datangnya juga tidak mengira hari. Sampai masanya, Allah kurniakan kepada hamba Nya yang terpilih. Seronoknya apabila mendapat tahu diri hamil dan lebih bermakna lagi jika ia jatuh pada bulan Ramadan yang mulia.


Ada para ibu berasa sedikit lelah dan lemah untuk meneruskan ibadah berpuasa, ada pula yang diberi lebih kekuatan untuk dapat menghabiskannya sehingga 30 hari. Apa pun, ia bergantung pada kondisi diri seseorang ibu itu.


Memetik kenyataan daripada Pensyarah dan Pakar Obstetrik & Ginekologi , Dr. Amilia Afzan Mohd Jamil menerusi laman sesawang www.upm.edu.my menerangkan dai sudut perubatan, berpuasa secara keseluruhannya dibolehkan dan selamat untuk wanita hamil dan bayi. Walau bagaimanapun, ada sebabnya Allah swt memberikan keringanan untuk ibu hamil daripada berpuasa.


Perlu diketahui, paras kandungan gula dalam darah wanita hamil ketika berpuasa adalah lebih rendah berbanding wanita yang tidak hamil kerana darah ibu perlu sentiasa membekalkan gula glukos kepada bayi.


Ini menyebabkan ibu hamil lebih cepat letih dan merasa loya dan muntah-muntah terutama di awal usia kehamilan. Di samping itu, kekurangan air atau dehidrasi juga menambahkan risiko wanita hamil untuk mendapat darah beku (venous thromboembolism), kerana kepekatan darah adalah lebih tinggi semasa hamil.


Justeru ketahanan wanita hamil untuk berpuasa bergantung kepada tempoh kehamilan, faktor kesihatan wanita tersebut sewaktu hamil, tempoh waktu berpuasa dan keadaan cuaca ketika bulan Ramadan.


Wanita hamil tidak dinasihatkan untuk berpuasa pada tiga bulan pertama sekiranya mengalami gejala kehamilan yang serius, seperti muntah-muntah, kurang selera makan , kepenatan atau rasa pening dan pitam.


Selain itu, wanita hamil yang mempunyai masalah kesihatan perlu mendapatkan nasihat doktor sekiranya ingin berpuasa. Dos dan waktu pengambilan ubat tertentu mungkin perlu diubah agar sesuai dengan waktu sahur dan berbuka.


Wanita hamil yang menghidapi kencing manis perlu memantau paras gula mereka sebelum dan selepas sahur, pada waktu tengahari, selepas berbuka dan sebelum tidur.


Mereka hendaklah segera berbuka sekiranya bacaan gula rendah atau mengalami tanda-tanda kurang gula dalam darah (hypoglycaemia), iaitu rasa berdebar-debar, menggigil dan berpeluh,loya dan muntah-muntah.


Walau bagaimanapun, wanita hamil yang menghidap masalah kencing manis memerlukan insulin dos tinggi, masalah tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, anemia yang serius, turun berat badan secara mendadak, mempunyai risiko tinggi untuk medapat darah beku, dan masalah ulser perut atau gastrik tidak dinasihatkan untuk berpuasa bagi mengelakkan komplikasi yang lebih serius.


Wanita yang hamil selepas 28 minggu juga perlu mamantau pergerakan bayi sewaktu berpuasa. Sekiranya pergerakan bayi berkurangan, mereka perlu segera berbuka dan terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Tidak banyak kajian perubatan berpiawaian tinggi yang mengkaji kesan berpuasa terhadap kesihatan ibu hamil dan bayi.


Beberapa kajian berkualiti sederhana menunjukkan tiada kesan dalam pembesaran janin wanita hamil yang berpuasa. Satu kajian yang hanya menggunakan maklumat banci dari luar negara pula mendapati anak dari ibu yang berpuasa pada tiga bulan pertama kehamilan dan di musim panas yang waktu siangnya lebih panjang mempunyai berat badan yang lebih rendah serta berisiko untuk mendapat masalah pembelajaran.


Walau bagaimanapun, kajian ini bukan kajian yang berpiawai tinggi kerana dibuat berdasarkan andaian semua ibu hamil yang beragama Islam berpuasa, serta tidak menimbang faktor-faktor lain yang juga boleh menyumbang kepada masalah pembelajaran dan kekurangan berat badan.


Wanita hamil dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan sihat sewaktu bersahur dan berbuka, dengan pengambilan protein untuk pembesaran bayi, serat dan sayur-sayuran.


Mereka juga dinasihatkan untuk mengambil makanan yang boleh memberikan tenaga yang beransur-ansur seperti kurma sewaktu berbuka.


Adalah tidak digalakkan untuk ibu hamil makan dalam jumlah yang banyak sewaktu berbuka. Ini kerana rahim yang membesar menolak perut ibu dari bawah dan meyebabkan ibu hamil merasa pedih hulu hati dan memuntahkan kembali makanan yang dimakan.


Sekiranya mempunyai masalah ini, adalah dinasihatkan untuk makan sedikit-sedikit tetapi lebih kerap untuk mendapat kalori yang cukup. Yang paling utama, wanita hamil perlu minum air yang banyak , kira-kira 1.5 hingga 2 liter ( 8 hingga 10 gelas sehari) dan elakkan daripada makanan dan minuman yang mengandungi paras gula yang tinggi.


Wanita hamil yang berpuasa juga dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari melakukan kerja-kerja berat dan aktiviti yang lasak, serta berada di tempat panas dalam jangka masa yang lama untuk mengelakkan dehidrasi.


Sekiranya masih kurang pasti sama ada boleh berpuasa atau tidak, dapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa. Wanita hamil juga boleh mencuba untuk berpuasa selama satu atau dua hari untuk melihat ketahanan diri.


Yang penting, tidak perlu memaksa diri untuk berpuasa sekiranya tidak mampu. Puasa Ramadhan mempunyai seribu satu kebaikan bagi umatnya, namun Allah swt tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.


Berpuasa atau tidak, wanita hamil hendaklah sentiasa menitik beratkan kesihatan demi kebaikan diri dan anak dalam kandungan.


Kredit Foto: Google

  1. Sumber Makanan Yang Baik Untuk Ibu Hamil

  1. Ubi Keledek – Ubi keledek atau kentang manis kaya dengan beta-karotin dan vitamin A yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin yang sihat. Kebiasaannya wanita hamil harus mengambil 10-40% vitamin tambahan namun jangan berlebihan dalam pengambilan vitamin A kerana mengakibatkan ketoksikan apabila pengambilan yang berlebihan.
  1. Sayuran Hijau – Ibu mengandung harus mengambil sayuran hijau yang lebih kerana ia sarat dengan vitamin dan nutrisi termasuk vitamin A,C dan K. Sayuran hijau juga membantu pencernaan manusia itu sendiri agar toksik dalam badan dapat disingkirkan. Bahkan akan membantu menyihatkan dan tumbesaran bayi itu sendiri.
  1. Pisang – Pisang kaya dengan potassium dan menawarkan tenaga cepat untuk melawan keletihan kehamilan. Malah, pisang akan menambahkan lagi kekenyangan anda untuk terus bertenaga.
  1. Oat – Oat adalah makanan yang sering dimakan oleh orang yang menjaga diet mereka namun ia juga sesuai untuk ibu mengandung kerana oat adalah makanan yang sihat. Makanan yang tinggi serat dan membuatkan ibu mengandung tidak merasa mudah kelaparan. Karbohidrat kompleks dapat membantu menurunkan kolestrol anda. Oat sesuai untuk diambil sebagai sarapan kerana ibu hamil harus bersarapan untuk memberi tenaga kepada dirinya sendiri dan bayi.
  1. Buah-buahan Kering – Jika ibu mengandung mengidam dan ingin merasai sesuatu yang manis, buah-buahan kering seperti aprikot, ceri dan kranberi adalah buah yang sesuai untuk dimakan. Buah-buahan kering ini juga akan membantu mencegah jangkita saluran kencing. Namun, tidak semua buah-buahan kering itu bagus untuk kesihatan kita ya.
  1. Bijirin – Pada trimester pertama, folate adalah penting untuk tumbesaran janin namun keperluan vitamin B juga harus tinggi. Pakar menasihatkan ibu yang hamil memerlukan 400 mikrogram sehari melalui tambahan vitamin atau makanan yang diperkaya. Jadi, bijiran sarapan adalah cara yang mudah untuk mengatasi masalah ini.
  1. Buah-Buahan Beraneka Warna – Pengambilan buah-buahan yang beraneka warna juga adalah penting untuk wanita hamil seperti warna hijau, merah, oren, kuning, ungu dan putih kerana ia akan membekalkan nutrisi dalam setiap kelompok waarna yang berbeza akan memberikan vitamin, mineral dan antioksidan yang spesifik untuk tubuh ibu dan bayi.
  1. Susu / Makanan Tinggi Kalsium – Kebiasaannya memang menjadi amalan untuk ibu mengandung mengambil susu kerana khasiatnya. Susu bagus untuk ibu hamil kerana mengandungi kalsium yang tinggi dan wanita yang hamil memrlukan dua kali jumlah kalsium berbanding biasa. Namun ada yang alahan dengan susu ketika hamil. Jadi ambillah jenis makanan yang lain yang mempunyai sumber kalsium seperti ikan, tauhu keju dan yogurt. Namun, jangan pula berlebihan kerana ada kesan buruk jika berlebihan.
  1. Telur – mempunyai nutrien yang tinggi dimana ia adalah sumber protein dan kaya dengan zat-zat seperti folat, zat besi dan kolina. Jadi ia sesuai untuk diambil oleh ibu mengandung kerana zat kolina itu sendiri adalah nutrien penting dalam perkembangan otak janin disamping mengurangkan risiko kecacatan risiko kecacatan tiub otak seperti spina bifida.
  1. Bayam – kaya dengan antioksidan dan nutrien. Makanan seperti ini adalah penting untuk ibu-ibu mengandung dan janin yang sedang membesar. Malah selain daripada antioksidan sayuran hijau juga kaya dengan kalsium, potasium, serat dan folat serta vitamin A. Vitamin A adalah vitamin yang diperlukan untuk perkembangan penglihatan bayi disamping pertumbuhan kulit dan tulang bayi.
  1. Yogurt –mempunyai kandungan kalsium yang tinggi berbanding susu di samping vitamin B, zink dan protein untuk pembinaan tulang. Yogurt akan membantu pertumbuhan gigi dan tulang janin dan ibu. Kekurangan kalsium akan merisikokan bayi kelahiran kurang berat dan kelahiran pramatang.
  1. Kismis –banyak khasiat dan kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Kismis ini adalah bagus untuk memori , meningkatkan fokus dan melancarkan peredaran darah , menambah darah merah dan kesihatan jantung untuk para ibu yang hamil. Kismis juga kaya dengan mineral boron yang membantu koordinasi tangan dan mata.
  1. Susu Kambing – Susu kambing adalah susu yang terbaik selepas susu ibu kerana kaya dengan khasiat untuk perkembangan otak dan sistem saraf. Malahan , susu kambing membekalkan vitamin, mineral protein dan lemak penting untuk ibu dan bayi dalam rahim. Nutrisinya adalahb 2 kali ganda lebih baik berbanding susu lembu. Susu kaming ini juga bagus untuk diambil oleh ibu kerana dipercayai mempunyai tahap imunisasi yang lebih kuat terhadap penyakit.
  1. Pati Minyak Ikan – Pati minyak ikan ini selalunya diambil daripada hati ikan haruan dan minya ini diperkaya dengan asid lemak omega 3 EPA dan DHA. Asid lemak omega 3 ini bagus untuk perkembangan mata dan otak janin. Tambahan lagi ia mempunyai kandungan vitamin D yang tinggi. Kebiasaannya ia diambil dalam satu sudu besar minyak ikan sehari kerana apabila pengurangan vitamin D akan mengakibatkan peningkatan risiko penyakit preeklampsia.
  1. Jus Oren – Kaya dengan vitamin C, potasium dan folat. Folat dan asid folik ini penting untuk mengelakkan kecacatan kandungan. Maka, ibu hamil disarankan untuk mendapatkan 600 mikrogram sehari malah kandungan potasium dalam jus oren itu akan membantu mengekalkan fungsi otot, metabolisme dan kesihatan ibu sendiri. Vitamin C itu sendiri akan membantu melawan selesema dan bayi lebih mudah menyerap zat besi serta menyihatka gigi dan tulang bayi.
  1. Kurma – Kurma adalah makanan sunnah yang popular lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan. Ia terbukti secara saintifik memberi tenaga kepada ibu hamil dan membantu mengendaalikan denyutan jantung dan tekanan darah serta merawati sembelit. Bukan setakat kurma, kismis, buah tin, aprikot, atau apa saja buah-buahan kering juga amat baik untuk kesihatan ibu mengandung.
  1. Kekacang – kekacang dan bijian seperti kuaci, kacang badam, almond, pistachio, walnut adalah satu makanan yang bernutrisi yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi lebih baik seperti folate, kalsium, serat dan besi. Namun, haruslah memilih yang tidak bergaram atau berperisa. Minyak kacang walnut juga kaya dengan omega-3 untuk perkembangan otak bayi di samping dipercayai membantu menangani stres ketika hamil.
  1. Delima / Ar Rumman – buah yang bagus kerana buah delima ini kaya dengan zat besi, kalsium, protein, serat dan beberapa vitamin dan mineral lain. Bahkan delima adalah salah satu buah yang yang disebut dalam al-quran sendiri. Ibu yang mengalami hb rendah dan kencing manis seeloknya amalkan makan buah delima ini.
  1. Tembikai Merah –bagus untuk ibu mengandung kerana ia kaya dengan serat yang membantu detoks badan manusia. Selain itu , ia kaya dengan zat besi dan vitamin C yang baik , jadi ibu hamil sesuai mengambilnya diwaktu panas untuk menyejukkan badan. Vitamin C dan zat besi yang baik ini akan meningkatkan hemoglobin dalam darah.
  1. Strawberi – Ibu mengandung juga perlu makan makanan yang sedap dan mempunyai vitamin C dan zat besi yang tinggi seperti buah strawberi kerana ia kaya dengan serat untuk detoks badan dan pelawasan. Buah ini juga kaya dengan antioksidan dan mencegah kanser. Bahkan ia bagus untuk mencegah kencing manis ketika hamil.
  1. Ayam – Ibu mengandung memerlukan sumber protein yang tinggi seperti daging ayam terutamanya bahgian dada kerana disitu kurang lemak. Kurangkan pengambilan bahagian ayam yang mempunyai banyak lemak. Protein dan zat besi adalah pentng untuk ibu hamil.
  1. Ikan Salmon –ikan yang kaya dengan asid lemak omega 3 seperti DHA dan EPA yang dapat meningkatkan IQ bayi Dan merendahkan masalah neurologi anda. Sehubungan dengan itu otak anak anda juga akan berkembang dengan sangat baik. Omega 3 ini dikatakan sangat baik untuk pembentukan mata bayi.
  1. Air Kosong –digalakkan ambil lebih-lebih lagi untuk ibu mengandung kerana ia memliki fungsi yang amat penting untuk melancarkan seluruh sistem tubuh badan. Malah , ia juga akan mengembalikan kesegaran tubuh dan menahan rasa lapar ketika hamil. Jadi, iu hamil disarankan untuk mengambil sebanyak 2 liter sehari minimum.
  1. Brokoli –sejenis sayur krusifer yang banyak khasiat dan kaya dengan nutrien penting seperti magnesium, vitamin A dan C. Bahkan vitamin dan mineral dalam brokoli sangat baik untuk imunisasi ibu mengandung. Jika kurang zat dalam badan akan mengakibatkan keputihan dan kencing kotor.
  1. Madu Lebah –makanan terkenal dengan khasiatnya yang bagus yang diperlukan oleh badan manusia seprti air, enzim, mineral , vitamin dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. Ibu mengandung juga harus pandai membezakan madu asli dan tiruan yang ditambah gula.

Kredit Foto: Google
#Hamil #Mengandung #Puasa
;