#RiasRaya - Inspirasi Dan Tips Cantik Empat Jurusolek Tersohor
Public Anonymous User
30/04/2019 05:38 MYT
30/04/2019 05:38 MYT
BERSEMPENA Syawal yang akan berkunjung tiba, InTrend Malaysia dan M·A·C Cosmetics berkerjasama mencetus trend solekan yang amat bersesuaian untuk merai kemeriahan Hari Raya.
Memahami kehendak pelanggan yang sentiasa mahu tampil cantik dan on-trend serta memerlukan kemasan yang sesuai dengan cuaca panas dan lembap di Malaysia, M·A·C Cosmetics menjemput empat jurusolek profesional untuk berkongsi inspirasi dan tips.
Boleh ke kekal on point sambil beraya sepanjang hari? Mereka tahu caranya!
ASAS MESTI ADA UNTUK ON POINT SEPANJANG HARI:
M·A·C STUDIO FIX FLUID SPF 15 (RM154)
A must-have in makeup professionals and beauty lovers kit. Memberi litupan asas wajah matte yang menyeluruh, sekata dan tidak bercapuk.
Bertahan hingga 24-jam berserta perlindungan broad spectrum SPF15. Efek mengecilkan pori dan menutup cela. Pilihan tona yang ekstensif untuk kelihatan ‘naturally flawless’.
M·A·C PREP+PRIME FIX+ (RM99)
Semburan hidrasi yang ringan dan lembut untuk menyegarkan kulit dan set solekan. Setiap semburan mengandungi vitamin dan mineral, serta infus green tea, chamomile dan mentimun.
Perlu ada, dibawa kemana-mana tika beraya untuk solekan yang kekal dan segar.
ANGGUN | Inspirasi #RiasRaya Epie Temerloh
Untuk solekan anggun ini, Epie memfokuskan kepada solekan mata yang agak berkabut (smokey) menggunakan campuran dua tekstur pembayang mata iaitu M·A·C EYE SHADOW (Diva Demands Matte) sebagai base dan diadunkan bersama M·A·C EXTRA DIMENSION EYESHADOW (Amorous Alloy).
Bahagian kening adalah bahagian penting dalam menentukan air muka seseorang, jadi Epie menyarankan penggunaan pembayang mata kecoklatan sahaja sebagai latar asas kening diikuti dengan M·A·C BROW SET (Beguile) untuk kemasan yang kemas dan natural.
Epie mencipta keseimbangan dengan sapuan gincu yang berona lembut. M·A·C RETRO MATTE LIPSTICK (Runway Hit) adalah gincu kegemarannya dan saranan Epie tika beraya kerana warnanya yang tidak terlalu terang dan tidak senang pudar.
Tips #RiasRaya Epie:
- Untuk smokey eyes yang tidak berat dan sesuai untuk acara siang, oleskan pembayang mata krim yang berefek shimmer diatas pembayang mata matte yang pertama.
- Untuk kening tampak natural, setelah dibentuk dengan eyebrow pencil atau shadow, guna maskara kening untuk menyelerakkan bulu kening. Kemudian, bersihkan berus kening tersebut dan sikat kembali setiap bulu.
Produk: M·A·C Eye Shadow - Diva Demands Matte, M·A·C Brow Set - Beguile & M·A·C Retro Matte Lipstick - Runway Hit
SERI | Inspirasi #RiasRaya Nuex Rosli
Jurusolek berwibawa, Nuex Rosli mencipta solekan seri yang dapat menaikkan seri wajah kamu di hari penuh berbahagia nanti. Sesuai dengan trend solekan semasa, Nuex mencipta solekan Summer Raya menggunakan warna-warna tropika yang menyerlah.
“Jangan takut bermain warna!” kata Nuex. Palet M·A·C ART LIBRARY (Flameboyant) adalah warna-warna yang sangat cantik untuk selfie yang wow di Hari Raya.
Nuex mengadunkan tiga jenis warna yang tidak disangka iaitu kuning sebagai transition colour, diletakkan di hujung-hujung sahaja dan akan berubah efeknya apabila digandingkan dengan warna merah dan ungu.
Tahun ini, Nuex menjangkakan ramai wanita akan berani bermain dengan warna kerana solekan hari ini adalah sesuatu yang ‘mega’.
Untuk memberi glow pada wajah, Nuex menggunakan M·A·C EXTRA DIMENSION SKINFINISH (Double Gleam) yang dilayangkan hanya pada bahagian tertentu wajah. “Ia amat sesuai dengan konsep summer” kata Nuex. Manakala, buat bibir Nuex memilih M·A·C SATIN LIPSTICK (Fleshpot) yang dapat memberi keseimbangaan kepada solekan mata tadi.
Tips #RiasRaya Nuex:
- Untuk mencerahkan bahagian lebam bawah mata, Nuex menyarankan penggunaan penyamar cela (concealer) rona peachy dan bukan yang bernada terlalu cerah.
Dalam cuaca yang panas, adalah sangat perlu untuk menggunakan loose powder untuk ‘setkan’ solekan asas wajah.
Produk: M·A·C Art Library - Flameboyant, M·A·C Extra Dimension Skinfinish - Double Gleam & M·A·C Satin Lipstick - Fleshpot
AYU | Inspirasi #RiasRaya Erin Leola
Jurusolek dinamik, Erin Leola menyarankan solekan ayu yang membuatkan wajah tampil segar, praktikal dan manis di musim perayaan nanti.
Solekan yang bertahan amat penting tika beraya nanti, jadi Erin menekankan langkah skin-prepping dan persediaan asas untuk ‘mengunci’ solekan terutama tika cuaca panas.
Fokus utama solekan Erin adalah pada bahagian pipi. Erin gemar mengunakan pemerah pipi bertekstur krim untuk efek yang natural. Malah boleh sahaja menggunakan M·A·C MATTE LIQUID LIPCOLOUR METALLICS (Pearl Punk) sebagai pemerah pipi seperti inspirasi ini!
Erin juga maklum ketika beraya, aktiviti utama adalah makan dan minum, justeru solekan bibir penting untuk tahan lama dan sentiasa kemas. Tips Erin adalah pengunaan M·A·C PREP+PRIME LIP kemudian lakarkan bentuk bibir menggunakan pensel bibir dari garis bibir hingga keseluruhan bibir. Lipstik pilihan Erin yang sesuai ketika beraya adalah M·A·C AMPLIFIED LIPSTICK (Cosmo).
Tips #RiasRaya Erin:
- Untuk wajah yang kelihatan segar, pilih cecair atau bedak asas yang bersesuaian dengan tona sebenar kulit. Pemilihan warna yang terlalu terang akan buat wajah dan solekan kelihatan bercapuk.
- Buat yang berhijab, shading boleh diabaikan kerana warna dan corak tudung yang cerah boleh ‘menggelapkan’ tona wajah. Play with highlighter instead!
Produk: M·A·C Retro Matte Liquid Lipcolour Metallics - Pearl Punk, M·A·C Amplified Lipstick - Cosmo & M·A·C Prep+Prime Lip
IKONIK | Inspirasi #RiasRaya Tiar Zainal
Jurusolek terkemuka, Tiar Zainal mahukan sesuatu yang berani dengan garapan solekan ikonik. Look ini menonjolkan gaya lebih moden stylish yang dinamakan FlamboRaya!
Disebabkan busana Raya kebiasaannya sarat motif dan bergemerlapan, jadi Tiar menyarankan solekan yang tidak akan menyerabutkan si pemakai.
Fokus utama solekan ini adalah pada celak mata dan rona bibir senada. Kelainan adalah sinonim dengan solekan Tiar maka beliau mencipta kelainan denagn menggabung M·A·C RETRO MATTE LIQUID LIPCOLOUR (Crowned) dan M·A·C DAZZLESHADOW LIQUID (Flash & Dash) untuk alitan celak yang lebih kental, tidak mudah luntur serta lain daripada yang lain.
“Black eyeliner is boring” nasihat Tiar.
Buat bibir, Tiar memilih M·A·C MATTE LIPSTICK (Diva) yang kelihatan seimbang dengan celak mata tadi. Dua kombinasi ini memberikan impak yang pasti mencuri tumpuan. Tambahkan sedikit highlight di tulang pipi untuk impak yang outstanding juga penyeri pipi yang tidak nampak ‘over’.
Tips #RiasRaya Tiar:
- Teknik melukis celak on-point; lukiskan dulu outline bentuk celak mata yang diinginkan, bermula dari sudut luar. Kemudian, temukan dengan garis dari sudut dalam mata. Setelah ada ouline, barulah diwarnakan di dalam bentuk celak itu.
- Untuk menonjolkan solekan celak ini, sapukan sedikit highlighter pada kelopak mata dan, gemburkan loose powder pada bahagian bawah mata.
Produk: M·A·C Dazzleshadow Liquid - Flash n Dash, M·A·C Matte Lipstick - Diva & M·A·C Retro Matte Liquid Lipcolour - Crowned
Saksikan video-video inspirasi #RiasRaya jurusolek tersohor ini di Intrend Malaysia dan kunjungi butik kecantikan M·A·C Cosmetics di seluruh Malaysia atau www.maccosmetics.com.my untuk keterangan produk-produk pilihan.