Highlights

Rumah Kayu Itu Sudah Kosong, Rindunya NENEK. Banyak Nostalgia Yang Tak Dapat Dilupakan. Al Fatihah...

gempak
Afiza Kamarulzaman
21/01/2020
06:01 MYT
Sponsor Banner
Rumah Kayu Itu Sudah Kosong, Rindunya NENEK. Banyak Nostalgia Yang Tak Dapat Dilupakan. Al Fatihah...
Setiap kali cuti sekolah, pasti kita kepingin untuk pulang ke kampung bertemu Atuk dan Nenek yang tidak pernah jemu menunggu di muka pintu. Apatah lagi jika tibanya Hari Raya, lagilah hati melonjak tidak sabar untuk bertemu keduanya. Tidak sabar mahu berbuka puasa di hari-hari terakhir Ramadan bersama susuk yang sudah semakin dimamah usia itu. Dan saat, tiba Aidilfitri, pelbagai persiapan dan juadah Nenek sedaiakan untuk diraikan bersama anak dan cucunya.
Ada juga yang membesar dan menetap bersama Nenek sejak kecil. Maka, hubungan itu semestinya lebih akrab daripada ibu dan ayah sendiri. Neneklah yang membesarkan cucunya itu sehingga besar-panjang. Daripada kedua tangan yang berkedut itulah, menjadikan cucunya orang berguna. Jasanya tidak akan dilupakan sehingga akhir hayat dan pasti menjadi pelaburan di akhirat nanti. Nenek yang seumpama ibu dan ayah sendiri.
Terdapat juga mereka yang bertuah yang dapat serumah dengan Nenek apabila Nenek memilih untuk tinggal bersama anak pilihannya. Pada ketika ini, Nenek sudah uzur dan memerlukan penjagaan ekstra daripada anak dan cucu. Inilah peluang terbaik untuk memanjakan Nenek yang sudah sampai di sisa-sisa usianya. Seronok bukan dapat mandikan nenek bedakkan, sikatkan dan bawa Nenek jalan-jalan waktu petang.
Apa lagi yang kamu rindukan tentang Nenek yang sudah tiada?
Masakan
Masakan Nenek yang terbaik terutamanya juadah kampung, ibu pun tidak boleh lawan. Katakan apa sahaja yang teringin di tekakmu, pasti laju Nenek menyiapkannya. Gulai lemak, asam pedas, sambal belacan dan waktu petang, minta pula dibuatkan bubur kacang, kuih koci, jemput-jemput bilis dan banyak lagi senarai menu yang sedap-sedap hasil air tangan Nenek. Kadang-kadang, telur goreng yang Nenek buat pun sedap dia lain macam.
Kredit Foto: Google
Bebelan
Errr... walaupun bebelan itu dikaitkan dengan perkara yang negatif tetapi apabila ia datang daripada seorang Nenek, kita rasakan ia umpama mendengar lagu klasik. Nasihat Nenek semuanya betul. Semuanya berkaitan dengan kehidupa yang dia dulu sudah makan garam sebelum kita. Walaupun dia tahu cucunya ini tidak akan ikut, Nenek tidak pernah putus asa untuk terus mencurah air ke daun keladi. Hahaha...
Tempat Bermanja
Neneklah sebaik-baik tempat bermanja tanpa syarat dan sebab. Kalau kita sedang dalam kesusahan atau masalah, Nenek seperti sudah tahu. Ada sahaja yang Nenek lakukan untuk memujuk cucunya. Indahnya kenangan dapat berbaring di peha Nenek. Dapat rasa kehangatan pelukan Nenek dan mencium pipi Nenek yang berkedut seribu itu.
Kredit Foto: Google
Duit Poket
Kalau masa kecil dulu, Nenek rajin menghulurkan duit poket dengan alasan duit upah selepas membantu Nenek. Bantuannya tidaklah seberat mana. Tolong cabut uban Nenek dapat 30sen. Tolong pergi kedai dapat 50sen. Tolong Nenek sapu laman rumah, dapat seringgit. Tolong Nenek cabut rumput dapat dua ringgit. Dan, selepas habis cuti sekolah dan mahu kembali ke bandar, Nenek akan seluk RM10 dalam kocek!
Kaki Back Up
Oh, ini paling seronok! Pantanglah kalau kena marah dengan Mak atau Ayah, Neneklah yang akan ke depan menjadi hero menyelamatkan cucunya. Ada sahaja alasan dan hujah yang akan Nenek lampirkan setiap kali cucunya didakwa melakukan kesalahan. Pantang sahaja Mak mula nak naik tangan, Nenek dulu tarik cucunya bawa masuk ke bilik. Ha, selamat tak kena pukul!
Kredit Foto: Google
Rindu bau Nenek, bedak sejuk Nenek, minyak urut Nenek…
Dan setiap kali pulang ke rumah Nenek, melihatkan kawasan laman Nenek pun sudah cukup untuk air mata berlinang. Belum lagi saat melangkah masuk ke rumah yang mana Neneklah yang menjadi tiang seri rumah kayu itu selama ini. Melihatkan kerusi tempat Nenek selalu berehat juga mencarik hati ini. Menjengah ke bilik tidur Nenek, melihatkan katil yang sudah kosong, meja solek nenek yang berhabuk menambahkan rasa rindu yang tak pernah padam. Semoga Nenek tidak lupakan kami di sini dan harapnya kita akan berkumpul lagi di sana nanti. Al-Fatiha, Nenek…
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live