Rumah Tangsi di No.10, Jalan Tangsi – Warisan Sejarah Kekal Utuh di Tengah-Tengah Nadi Ibu Kota Kuala Lumpur, Majestik Tanpa Misteri
Huda Hussain
18/02/2020 12:00 MYT
18/02/2020 12:00 MYT
Jika kalian memandu menuju ke Jalan Kinabalu, pasti pandangan mata melirik ke sebuah bangunan dua tingkat dengan cat kuning. Ia asalnya adalah rumah agam milik Loke Chow Kit, usahawan terkenal dalam bidang perlombongan. Diduduki pada 1905 di kawasan perumahan mewah warga Inggeris ketika era penjajahan British, ruamh agam ini dikatakan satu-satunya bangunan milik warga tempatan di kawasan yang dikenali sebagai European Quarter itu. Ia kemudiannya diadaptasi sebagai Hotel Empire pada 1908 dan Hotel Peninsular. Usai proses baik pulih yang memakan masa hampir dua tahun, kini Rumah Tangsi diwartakan sebagai Warisan Negara pada 2012.
Beralamat di nombor 10, Jalan Tangsi, Tasik Perdana Kuala Lumpur, keseluruhan rekaan bangunan banyak dipengaruhi elemen British yang tidak asing sekitar tahun 1900. Masih mengekalkan seni bina asal, rumah ini terdiri daripada ruang tamu utama, laman dalam, ruang galeri seni, pejabat, bilik mesyuarat dan patio. Berkeluasan 5000 kaki persegi, terdapat juga ruang parkir kereta dan boleh memuatkan seramai 350 tetamu pada suatu masa.
Menawarkan pelbagai ruang dalaman dan luaran yang luas, Rumah Tangsi masih mengekalkan ciri-ciri dan seni bina asal. Misalnya jubin lantai, tingkap, courtyard, tangga kayu, pintu dan lain-lain. Malah di ruang belakang rumah terdapat perigi dan laluan khas yang turut dikekalkan rekaannya sebagai nilai tambah dan seni warisan keseluruhan Rumah Tangsi.
Masih menerapkan elemen budaya yang disesuaikan dengan gaya hidup kini, ia turut menyaksikan pelbagai penganjuran majlis dan aktiviti sama ada dalam skala kecil mahupun besar-besaran. Majlis perkahwinan, seminar, acara korporat dan banyak lagi boleh direalisasikan disini. Namun demikian terdapat beberapa syarat dan terma serta garis panduan yang perlu dipatuhi. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut follow Instagram dan Facebook Rumah Tangsi.
Kredit Foto: Rumah Tangsi

Dibawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Rumah Tangsi kini diuruskan oleh Seetizens Lab, sebuah agensi yang menyasarkan mahu terus mempromosikan dan memperkenalkan nilai warisan dalam medium yang lebih meluas. Rumah Tangsi juga menjadi antara lokasi pelancongan terbaru kerana kedudukannya yang terletak di tengah ibu kota. Kredit Foto: Rumah Tangsi