“Sama Ada Bekerja Atau Berbisnes, Kalau Mahu Buat Sesuatu Sempurnakan Sebaik Mungkin.” – Rina Hashim
Huda Hussain
18/11/2020 15:00 MYT
18/11/2020 15:00 MYT
Pernah bertugas sebagai penulis ruangan fesyen di salah sebuah majalah, Rina Hashim terus mengorak langkah. Mencari rentak, cuba merencana apa yang telah disusun cantik oleh-Nya; dia kini lebih matang mendepani segala cabaran. Sejak dahulu lagi minatnya dalam bidang perniagaan berasaskan fesyen sudah mula mencambah. Apabila melakukan sourcing untuk sesi fotografi majalah, ia bagaikan membuka deria dan pancainderanya untuk belajar memilih dan mengolah citarasa tersendiri khususnya dalam aksesori fesyen.
Dan kini walaupun sudah berkerjaya tetap dan punya kedudukan stabil dalam sektor korporat, dia tetap terus berbisnes secara kecil-kecilan. Apabila ditanya mengapa masih mahu bersusah-payah sedangkan dia hanya perlu tumpukan kepada kerja-kerja pejabat, jawapannya kerana minat dan kesungguhan. Itu yang mengatasi segalanya.
Sejak bila Rupa Store bertapak dalam pasaran? Dan sejak bila mula berjinak dalam perniagaan berasaskan fesyen dan aksesori ini?
Mula bertapak sejak 2017 lagi sebenarnya. Sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan berasaskan fesyen dan aksesori ini, saya memulakan karier sebagai penulis disalah sebuah majalah fesyen di Malaysia. Minat dan cintakan aksesori telah memberikan saya inspirasi untuk memulakan perniagaan secara kecil- kecilan. Saya seorang diri menjalankan perniagaan ini dan Rupa mempunya akaun instagram @rupastore, segala proses jual beli dilakukan dilaman ini.
Kalau orang lain mungkin mahu berbisnes untuk raih keuntungan, tapi bagi Rina macam mana?
Saya juga seperti orang lain, inginkan keuntungan apabila berniaga. Tetapi walaupun porsi yang diraih bukan dalam jumlah yang besar, saya masih tetap teruskan. Semuanya kerana passion dan minat saya yang mendalam dalam bidang ini. Ia memberi satu kepuasan apabila dapat melihat pelanggan menggayakan aksesori yang dijual, mereka berasa cantik dan yakin sudah cukup melegakan saya.
Bisnes melalui online dan pendekatan ‘mouth to mouth’ adakah ia banyak membantu label ini dikenali?
Untuk startup seperti saya, bisnes secara dalam talian ini memerlukan banyak strategi pemasaran selain content yang menarik supaya dapat menarik lebih ramai orang untuk like dan follow laman perniagaan anda. Dalam pada itu, pada saya kolaborasi label juga antara salah satu platform dan alternatif terbaik untuk mempromosikan sesuatu label atau jenama. Baru baru ini, Rupa berkolaborasi dengan influencer Jaja Anuar untuk menghasilkan aksesori #RupacuratedbyJajaA. Terdapat 13 rekaan anting-anting, cincin dan gelang yang dipilih Jaja Anuar. Alhamdulillah, respond daripada follower nya amat menggalakkan.
Persaingan dan permintaan daripada pelanggan pula bagaimana?
Tidak dinafikan kini memang ramai yang berkecimpung dalam bidang perniagaan. Lebih-lebih lagi dengan situasi ekonomi sekarang yang serba mencabar. Pelanggan kini bijak berbelanja, apatah lagi dengan keadaan ekonomi kini. Oleh yang demikian, kita perlu tahu apa yang pelanggan inginkan. Meneliti serba sedikit berdasarkan engagement yang kita lakukan di laman Instagram. Contohnya lakukan survey atau tanya sendiri kepada pelanggan apa yang mereka inginkan. Dari situ kita tahu apa yang mereka cari contohnya antara gelang dan anting-anting yang mana lebih banyak dapat permintaan. Ini secara tidak langsung akan memudahkan kita untuk mengeluarkan koleksi lain pula.
Cabaran bisnes fesyen dan aksesori dalam waktu sekarang, apa yang sukar dan mencabar?
Kita perlu akui pelanggan kini lebih berhati-hati dan berhemah ketika berbelanja. Maka dengan itu sebagai pemilik label atau jenama, kita harus sentiasa mengeluarkan content yang berlainan untuk menarik minat mereka. Pengisian yang menarik contohnya menerusi visual atau video akan memberikan impak terhadap permintaan sesuatu jenis aksesori.
Bekerja dalam sektor korporat tetapi masih mahu berbisnes. Kenapa?
Minat yang mendalam dalam bidang ini selain dapat berkarya. Bagi saya ia memberikan saya ruang untuk lebih kreatif dan mempraktikkan apa yang saya pernah belajar ketika bekerja dalam industri penerbitan suatu ketika dahulu. Kalau dahulu saya pernah berniaga membuka booth jualan di bazar-bazar dan saya tak malu lakukannya. Sebabnya kerana minat.
Apa yang menguatkan semangat Rina untuk terus berniaga walaupun sudah punya karier stabil?
Saya percaya kepada konsep berkongsi rezeki. Atau secara ringkasnya dalam setiap rezeki yang saya dapat, ada bahagian atau rezeki orang lain juga. Walaupun saya cuma jalankan bisnes kecil-kecilan sahaja. Misalnya kalau saya lakukan sesi fotografi atau apa yang berkaitan dengan bisnes, saya akan gunakan khidmat jurusolek atau pekerja sambilan untuk turut sama membantu. Kiranya kami lakukan bersama dan dalam masa sama, kami kongsi rezeki yang ada.
Seperkara lagi, apa yang membuatkan saya berasa mudah dan seronoknya dalam perjalanan bisnes ini sebab dulu saya ada sedikit pengalaman dalam bidang penerbitan majalah. Jadi ramai kawan-kawan dalam industri fesyen, media dan secara tidak langsung kami masih berhubung dan saling membantu antara satu sama lain. Malah ada ketikanya mereka turut memberi cadangan apa yang perlu saya lakukan untuk rangka perjalanan bisnes ini walaupun ia hanya kecil-kecilan. Sejujurnya saya tidak terkejar untuk lakukan semua kerana masih terikat dengan tugasan di pejabat. Tetapi secara tidak langsung ia memberi satu kepuasan kepada saya untuk terus lakukan apa yang saya minat dan suka.
Pada saya apa jua yang anda lakukan sama ada bekerja atau dalam bisnes, kalau anda berasakan mahu buat sesuatu, sempurnakan sebaik mungkin. Cuba terokai peluang yang ada kerana ada masanya peluang takkan datang semudah ABC sebaliknya anda sendiri perlu mencarinya.
Selain koleksi baju dan aksesori, apa lagi yang ditampilkan label ini? Kalau sesetengah label turut ketengahkan penjualan ‘face mask’ rekaan masing-masing untuk disesuaikan dengan situasi sekarang. Rupa pula bagaimana?
Buat masa ini hanya fokus pada baju dan aksesori sahaja. Rupa tidak mereka pakaian atau aksesori, we curate them from a few suppliers.
Harapan dan misi untuk terus berkembang agar lebih dikenali selepas ini?
Saya berharap agar dapat meluaskan bisnes dari segi platform. Mungkin dengan adanya laman web sendiri dan dapat kembara ke luar negara semula kerana kebiasaannya saya akan travel dan memilih sendiri barangan untuk dijual.

Kredit Foto: Ibnu Aswan