Umum mengetahui kemelut rumahtangga yang dilalui pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana sejak beberapa bulan lalu. Pelbagai desas-desus dan satu persatu khabar angin bertebaran apabila mulanya mereka dilaporkan ke Pejabat Agama. Namun bukan untuk proses perceraian sebaliknya bertujuan mendapatkan nasihat kaunseling.


Kemudian, timbul pula isu curang apabila muat naik Puteri Sarah di insta story miliknya beberapa bulan lalu. Antara kandungan muat naik itu adalah, “Curang adalah pilihan, bukan kesalahan. Curang ini perlu kerja keras, kena padam semua mesej, sentiasa lock phone, kena fikir ayat untuk tipu. Terlalu susah untuk curang. Lebih baik setia.” Sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat dan pengikut pasangan selebriti ini susulan masalah yang dihadapi mereka selama ini.

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Kredit Foto: IG Syamsul Yusof

Didakwa tidak lagi tinggal sebumbung, baik Puteri Sarah mahupun Syamsul, kedua-duanya masih mengharapkan ada sinar di penghujungnya agar hubungan dan ikatan mereka kembali bertaut bahagia semula. Pasangan ini berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata comel Syaikhul Islam tiga tahun dan Sumayyah berusia setahun.

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

Kredit Foto: IG Puteri Sarah Liyana


Semalam, tanggal 1 Disember genaplah usia Puteri Sarah Liyana menginjak angka 35 tahun. Satu angka yang cukup matang bagi seorang ibu beranak dua ini. Tidak menafikan fasa usia ini adalah peringkat di mana seseorang itu diuji, Puteri Sarah mahu bersangka baik selain menitipkan doa agar perkahwinannya kekal hingga ke Jannah. Di laman instagramnya, Puteri Sarah ada memuat naik ucapan sempena hari lahirnya. "Selamat ulang tahun buat diri ini, yang selalu berjuang tak kenal lelah, ku berharap semoga Allah selalu permudahkan segala urusanku Aamiin... Sarah tak minta banyak , cuma nak minta semua tolong doakan tahun 2021 Sarah lebih baik dari 2020 ni. Doakan kesejahteraan keluarga sarah, keluarga bahagia dunia akhirat sarah dan rumahtangga sarah berkekalan hingga ke jannah...semoga 2021 sarah & family bertambah baik dan dijauhkan dari perkara2 yg tidak elok ?? mohon dijauhkan dari gangguan jin & ‘Syaitan’ ...
Amin...

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

Kredit Foto: IG Puteri Sarah Liyana

Biar apapun yang terjadi, didoakan agar kedua-duanya kembali menjalin cinta dan hubungan yang dibina atas dasar cinta ini kian mekar demi anak-anak yang comel lagi tercinta.