gaya hidup

Sampai Kampung, ‘Handphone’ Ketepi Sekejap. Luangkan Masa Sepenuhnya Bersama Emak Ayah. Lama Tunggu Nak Lepaskan Rindu

gempak
Huda Hussain
16/10/2021
15:10 MYT
Sponsor Banner
Sampai Kampung, ‘Handphone’ Ketepi Sekejap. Luangkan Masa Sepenuhnya Bersama Emak Ayah. Lama Tunggu Nak Lepaskan Rindu
Kesempatan cuti hujung minggu dan kebetulan berbaki satu hari sebelum cuti umum Selasa nanti, ramai yang sudah merancang untuk balik ke kampung. Memandangkan rentas negeri baru dibenarkan Isnin lalu, maka berduyun-duyunlah Keluarga Malaysia pulang ke kampung halaman masing-masing. Sesak lebuhraya utama seluruh negara sejak Jumaat lalu. Hinggakan rasanya dah macam nak raya pula. Maklum sajalah, dah dua tahun kita beraya secara virtual, video call, zoom dan segala jenis aplikasi dah familiar dalam kalangan kita.
Lantaran itu, meriahlah media sosial dengan pelbagai muat naik rakyat Malaysia sejak dua hari lalu. Ada yang buat kejutan kepada emak ayah, si ayah siap sanitize sebelum anak peluk cium, si nenek sebak anak cucu akhirnya balik menjenguk melepas rindu. Semua perasaan menyatu. Gembira, sebak dan syukur menyelimuti segenap ruang emosi tatkala tiba di kampung halaman masing-masing. Tumpang seronok melihatnya.
Berpada-pada Tengok Telefon Bimbit Maka bermulalah siri merakam itu dan ini. Lalu dimuat naik. Bukan dengki dan tiada salahnya berbuat demikian. Faham nak simpan buat kenangan. Tetapi moleklah kiranya ketepikan seketika telefon bimbit itu. Kalau mahu bergambar, merakam video, aksi candid itu dan ini sesekali tak mengapa. Tapi janganlah pula selepas penuh galeri dan album dengan ratusan gambar, sibuk pula nak edit.
Kredit Foto: Google
Belek lagi satu persatu gambar dan video. Taip kapsyen yang catchy, pilih momen yang dirasakan ‘boleh pegi jauh’ dengan ratusan likes, ribuan views. Tak lama selepas itu, sibuk pula nak tengok siapa belum like, kenapa view tak banyak, salah strategikah post tak kena waktu, angle tak cantikkah dan macam-macam lagi.
Sedangkan emak ayah dihadapan mata sakan berborak itu dan ini. Tuan empunya badan mata ditumpu pada telefon bimbit. Tidakkah momen itu jauh lebih berharga dan bernilai daripada ratusan likes dan ribuan views? Waktu dan saat itu yang takkan bisa diulangi lagi malah lebih menusuk kalbu andai itulah takdir Ilahi mengizinkan kita menatap wajah yang tersayang.
Kredit Foto: Google
Masa Dengan Emak Ayah, Keluarga Teramat Berharga Berpadalah dalam mencari dan memuat naik content untuk media sosial. Ya, faham itu hak dan privasi masing-masing. Tetapi beringatlah. Kerana apa? Tidak semua yang teruja dan gembira seperti kita saat rentas negeri dibenarkan. Ada yang kehilangan insan tersayang dek wabak ini. Anak hilang tempat bermanja, suami tiada lagi peneman setia si isteri yang umpama rusuk kirinya dan 1001 kisah duka yang dilalui semua dek pandemik ini.
Justeru bagi kita yang masih dipinjamkan waktu bersama insan tersayang ini, manfaatkanlah peluang yang ada, masa yang masih bersisa. Berbaktilah sepuasnya kepada kedua ibu bapa selagi mereka masih ada. Tampung apa yang kurang, perbaiki silaturahim yang mungkin sebelum ini terputus. Bantu apa yang termampu.
Kredit Foto: Google
Ciptalah momen untuk dikenang sampai bila-bila. Ukirkan senyuman dan kegembiraan di sebalik kedut wajah emak ayah. Mereka seronok sambut kita balik, meriah kembali segenap ruang rumah. Segala apa yang kita rindukan air tangan mereka, masakan itu dan ini semuanya tersedia. Jadi hargai dan nikmatilah ia kerana percayalah takkan pernah cukup waktu yang ada untuk dihabiskan bersama mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024