Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sarungan Serba Hitam KIM KARDASHIAN di Karpet Merah Met Gala 2021 – Yes, Apa Pun Tak Nampak!

Afiza Kamarulzaman
14/09/2021 04:04 MYT
Kemeriahan dan keriuhan fesyen selebriti barat kembali bergempita di laluan karpet merah Met Gala 2021 yang sedang berlangsung kini.


Antara yang mencuri tumpuan ialah kemunculan selebriti ternama, Kim Kardashian yang memilih sarungan serba hitam.


Kim Kardashian menempa salah satu momen fesyen paling mencuri tumpuan pada tahun 2021 untuk Met Gala petang ini. Bintang realiti itu dilihat hadir secara solo di karpet merah dengan menutup wajahnya menerusi adi busana Balenciaga hitam.


Beliau turut mengenakan sepatu tumit tinggi dan menggayakan rambut ponytail.

Kredit Foto: Getty Images


TMZ melaporkan bahawa Kanye West menjadi pendorong utama Kardashian untuk membuat penampilan begitu.


Beberapa sumber turut mengatakan, "Kenya memberi Kim keberanian untuk tampil dengan gaya tersebut menerusi kreativiti dan imaginasi pereka terbabit," tulis TMZ.


Apa yang dimahukannya itu direalisasikan oleh pengarah kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia.



Kredit Foto: Google
#Kim Kardashian #Balenciaga #Met Gala 2021
;