Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

Satu Jari Tunjuk Kepada Orang, Empat Jari Balik Ke Kita - Jangan Suka Cari Salah Orang Kerana Kita Tidak Maksum.

Afiza Kamarulzaman
21/08/2020 12:57 MYT
Tiada seorang pun daripada kita ini terlahir sempurna sikap dan sifatnya. Walau setinggi mana ilmu atau sekaya mana harta dimiliki, selagi namanya manusia kita tidak dapat lari daripada berbuat khilaf.

Malangnya, ada sesetengah orang suka berasakan dirinya betul sehingga menjadikan orang lain tempat menempelak semua kesilapan dan kesalahan.

Allah set berfirman; Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebahagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain” (Al-Hujurat : 12)

Jelas di sini mencari kesalahan orang adalah satu dosa yang dimurkai Allah. Jadi, siapalah kita untuk mengira-ngira dosa dan salah orang, lalu menghukumnya?



Kredit foto: Google






5 Alasan Orang Yang Suka Mencari Salah Orang Lain:
  1. Dia berasa terancam apabila mendapati ada orang lebih hebat daripada dirinya. Maka dia berusaha untuk mencari kekurangan yang ada kepada orang itu.
  2. Hatinya dipenuhi dendam dan kebencian sehinggakan tidak pernah dapat melihat kebaikan yang ada pada diri seseorang itu.
  3. Kurang kasih-sayang atau dia membesar dalam kehidupan yang kurang kerharmonian dalam keluarga sehingga menjadikan hatinya keras.
  4. Sentiasa ingin menang dan dilihat hebat di mata masyarakat sehingga sanggup memburukkan orang yang dirasakan boleh menjadi lawannya.
  5. Dia sentiasa berasakan dirinya sempurna dan merendah-rendahkan orang lain. Kelebihan yang dimiliki dirasakan kekuatan dirinya yang tiada pada orang lain.

Kredit foto: Google
#Gaya Hidup #Ego #Keras Kepala
;