,
Kecantikan

“Saya Faham Situasi Peniaga, Saya Pun Pernah Tutup Salun. Sekarang Jual Produk Rambut, Orang Kata Saya BANKRUPT...” - Chez

Afiza Kamarulzaman
05/07/2021
09:39 MYT
Chez Hamdan bukan calang-calang orangnya dalam industri dandanan rambut. Beliau antara pendandan dan usahawan salun yang dikenali ramai dan pernah berkhidmat untuk para VVIP, selebriti dan majalah sejak 17 tahun berada dalam industri ini. Siapa tidak tahu salunnya yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur dulu.
Seperti para peniaga lainnya yang terkesan dek pandemik ini, Chez juga antara yang mendapat tempiasnya sehinga terpaksa mengambil keputusan untuk menutup salun itu dan tidak lagi beroperasi seperti biasa.
“Saya sangat memahami perasaan peniaga yang terkesan dengan situasi pendemik Covid-19 ini. Kedai tak boleh beroperasi, kos dan kerugian terpaksa ditangggung juga. Saya juga pernah melalui fasa tersebut..Mmeang tak mudah waktu tu, amat payah untuk bertahan, dan nak tutup kedai pun bukan senang,” luah Chez.
Kongsi Chez lagi, kenapa dia kata tidak senang untuk menutup kedai? Kerana sebelum tutup kedai, kita kena selesaikan segala hutang, consignment product, tunggakan gaji pekerja, sewa kedai, EPF, bil api dan air.
Banyak! Tambahnya, kita pastilah tidak mahu tutup kedai kemudian nama kena ‘blacklist’. Inilah kesukaran yang dilaluinya tahun lalu ketika pandemik mula-mula melanda negara.
Kena Buat Keputusan Yang Cepat dan Tepat
Ketika awal pandemik tahun lalu, Chez cuba juga untuk bertahan, menunggu jika adanya perkhabaran baik selepas PKP. Namun, makin lama, makin terasa kesulitannya. Dan, ia bukan signal yang baik. Chez sayangkan salunnya dan lebih sayang kepada pekerja-pekerja yang sudah lama bersamanya.
Namun, ini realiti sebuah pandemik. “Saya mula study pasal apa itu pandemik? Biasanya pendemik ni bukan tempoh masa yang sekejap sebab ia adalah tempoh musim penyakit berjangkit yang lama. Ia tidak seperti musim hujan atau banjir, paling lama satu minggu saja tak boleh berniaga. Pandemik ni pernah berlaku zaman kita belum lahir di luar negara, sampai lumpuh ekonomi sesebuah negara.
Ternyata, telahan saya tidak silap. Sekarang tengoklah sendiri bukan sekali lockdown dilakukan, tapi dah tiga kali. Sehingga kini, tiada siapa mampu meramalkan apa nasib para peniaga dan rakyat seluruhya? Alhamdulillah, saya membuat keputusan yang saya rasa paling tepat dan cepat.”
Kata Chez lagi, duit simpanan yang ada digunakan sebaik mungkin. Tegasnya lagi, duit simpanan seharusnya tidak digunakan untuk tampung kerugian! Sebaliknya dibuat untuk rolling pada perniagaan yang baru.
“Kena cepat buat keputusan, tolak tepi perasaan sedih tutup kedai, ketepikan kata-kata orang yang mungkin akan cakap bisnes kita bungkus, gagal, rugi dan sebagainya. Ya, memang ada yang kata saya gagal, bankrupt! Tak apalah, saya senyum je..” tuturnya positif.
Kredit foto: @chezhamdan
Beralih Ke Bidang Lain Dari Skop Yang Sama
Seperti yang dikatakannya tadi, dengan duit simpanan yang ada, Chez menguruskannya sebaik mungkin. Chez terus beralih ke perniagaan lain yang dirasakan lebih praktikal di kala pandemik ini iaitu dengan memperkenakan produk salun profesionalnya sendiri iaitu Chez Professional
“Saya mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang penjagaan dan penggayaan rambut. Saya terfikir, jika pelanggan tidak boleh ke salun menerima khidmat kami, mengapa tidak kita bawakan khidmat itu ke rumah mereka dengan produk bertaraf profesional. Jadi, tak perlu pun tangan kami memberikan servis, sebaliknya kami wakilkan produk ini sahaja buat mereka,” ujarnya bersemangat.
Produk ini terdiri daripada syampu, mask, serum dan tonik. Yang boleh mengatasi masalah rambut kering dan kulit kepala seperti rambut gugur atau kelemumur.
“Pada masa yang sama juga ingin mencipta peluang perniagaan dan rezeki kepada mereka di luar sana sebagai agen dan reseller. Bolehlah bersama team kami sama-sama menjana pendapatan dalam keadaan yang sukar sekarang. Kita berkongsi rezeki. Saya akan bantu para agen saya daripada segi product knowledge, pemasaran dan apa saja yang mereka perlukan untuk mudahkan mereka menjual.”
Di akhir perbualan, Chez sempat menitipkan kata-kata semangat kepada semua rakan seperjuangannya. “Saya harap anda semua kuatkan semangat, sentiasa cari jalan keluar yang terbaik.
Kalau menukar bidang lain itu adalah solusinya, mengapa tidak? Tidak salah mencuba. Seperti saya, saya bersangka baik saja sebab Allah tak mungkin suruh saya stop untuk buka salun tu tanpa sebab.
Dia bagi signal untuk saya switch ke bisnes lain. Dalam bisnes ni, jangan malu dan putus asa. Jaga kesihatan, menangislah jika perlu dan jika ada pasangan, anda kena memahami dan teruskan sokongan.Insya Allah! Saya doakan anda diberi kemudahan dan jalan terbaik melalui kegetiran hidup ini. Amin.” – Chez Hamdan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Jenama Kopi Itali Buka Cawangan Di NU Sentral, Semak Apa Yang Menarik Tentang Illy Caffè

gempak
29/09/2024
14:35 MYT
Jenama kopi dan kafe yang terkenal di seluruh dunia, Illy, telah mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan rasmi outlet terbarunya di NU Sentral.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Gaya Hidup

5 Sebab TECNO POVA 6 Pro Sesuai Untuk Kaki Gamer & Mesra Poket!

gempak
27/08/2024
17:28 MYT
Jika anda sedang mencari telefon pintar yang menawarkan prestasi mantap tanpa perlu menghabiskan wang yang banyak, TECNO POVA 6 Pro mungkin menjadi pilihan terbaik untuk anda.
Advertorial

Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

gempak
23/08/2024
07:20 MYT
Tidak dinafikan kehidupan sebagai selebriti pasti menjadi sorotan masyarakat sama ada dari segi kehidupan mahu pun penampilan.
Gaya Hidup

Semangat 'Stop At Nothing', Tecno Umum Jadi Penyokong Global Rasmi Pertandingan Kelab AFC 2024/2025

gempak
19/08/2024
17:37 MYT
Jenama teknologi inovatif TECNO mengumumkan sebagai Penyokong Global Rasmi bagi pertandingan kelab yang baru diperkenalkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu Liga Juara-Juara AFC Elite™, Liga Juara-Juara AFC Dua™, dan Liga Juara-Juara Wanita AFC™ untuk musim 2024-2025.
BorakSeeni