Setelah hampir dua minggu bercuti mencari ketenangan dan menemani kakak iparnya, Bunga Citra Lestari dan anak buah, Noah, di Jakarta, Aishah kembali bekerja Isnin lalu.


Beberapa hari selepas Allahyarham Ashraf meninggal dunia secara mengejut, InTrend ada mengirimkan WhatsApp kepada Aishah sekiranya dia sudi untuk ditemubual.


Aishah membalas segara dengan memberitahu dia akan pulang beberapa hari lagi. Dan, hanya pada Isnin yang lalu Aishah kembali ke konti Mix FM memulakan tugas.


“Kesedihan ini tiada yang dapat menandingi. Namun, sebagai manusia yang masih hidup, kita perlu meneruskan rutin harian seperti sedia kala. Saya perlu pulang ke Kuala Lumpur meneruskan kerja, anak-anak juga perlu kembali ke sekolah dan pastinya ia kepulangan yang amat berat apabila mengenangkan abang dah memang tiada lagi...”


A post shared by Aishah Sinclair (@aishahjennifer) on





Bagaimana detik-detik pertemuan dengan Bunga saat tiba di kediamannya di Jakarta?

Perjalanan dua jam dari Kuala Lumpur ke Jakarta dirasakan paling lama dalam hidup. Sampai sahaja di airport, Jakarta kami terus ke kediaman Bunga dan Ashraf. Waktu sampai tu, memang penuh sudah di luar rumahnya dengan kedatangan media.


Di dalamnya kelihatan orang ramai, kawan-kawan, orang masjid, membaca yassin, tahlil. Dan, kami lihat sekujur tubuh bertutup kain di tengah-tengah rumah. Itulah Ashraf yang tidak lagi menyambut kami seperti yang selalunya apabila kami tiba di Jakarta.


Waktu Bunga menerima kehadiran kami, kami hanya mampu berpegangan tangan dan saling berbalas anggukan. It was a silent conversation, is it real? Ya its real!



A post shared by yunamusic (@yunaliszarai) on





Apa perasaan Aishah saat ini?

Of corse, we were hurt, we are still sad. Tapi saya tidak boleh marah, ini semua kehendak Allah. Dan, ia pergi dalam keadaan yang sangat baik dan ketika sedang tidur dan bersama keluarga tersayang.

Semua mengimpikan pemergian seindah itu. Jadi, apa lagi yang ingin kami pertikaikan? Sehari selepas pulang ke Kuala Lumpur, kawan-kawan produksi Ashraf mengadakan majlis tahlil dan kami pun mengajurkan majlis yang sama untuk saudara-mara yang tidak berkesempatan mengunjungi kami di sana.


Melihatkan kasih-sayang yang begitu banyak untuk Ashraf dari dua buah negara ini, kami pasrah. Dan, kami menjadi tenang.





Apakah perbualan terakhir bersama arwah?

Kami ada berhubungan di WhatsApp 10 hari sebelum arwah pergi. Saya bertanyakan sesuatu yang peribadi dan kami berbual seketika dengan lawak-lawak dia tu, sehinggalah dia mengatakan yang dia perlu pegi sekarang kerana akan berlepas ke New York saat itu dan berjanji akan menghubungi saya semula. Sehingga kini, saya tidak akan lagi menerima panggilannya.



A post shared by Adam Sinclair (@adamyousofunny) on




Bagaimana reaksi Adam ketika menerima perkhabaran itu?

Adam paling terkejut. Tapi bagi saya dia paling bertuah kerana antara kami, dialah orang terakhir dapat bersama arwah, tiga hari sebelum pemergian arwah ketika ke New York.

Dia pun bergegas pulang bersama Yuna selepas itu. Dan, sehingga kini kami masih belum berkongsi apa-apa yang personal lagi tentang perbualan akhir kami dengan Ashraf. Masing-masing masih cuba mengimbas memori bersama arwah.




Selama hampir dua minggu menemani Bunga dan keluarganya di Jakarta, apa aktiviti yang kalian lakukan bersama?


Tiada apa sangat, we just spending time with each other. Buat tahlil, ke makam Ashraf. Paling penting, saya beritahu anak saya yang sulung, Suraya sebaya Noah untuk menghabiskan masa dengan Noah, bermain dengannya dan pastikan Noah tidak rasa keseorangan.

Itu sahajalah, kami hanya mahu bersama-sama melalui kehilangan ini. Masing-masing pun tengah sedih.



A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on





Bagaimana saatnya meninggalkan Bunga dan Noah ketika perlu pulang ke Kuala Lumpur?

Ya, Allah, beratnya hati meninggalkan Bunga dan Noah. Perjalanan kami tidak akan sama lagi, meninggalkan mereka tanpa Ashraf. Sampai saya berasa, kenapalah saya tidak tinggal di kota yang sama ini?

Supaya saya dekat dengan mereka. Beberapa hari sebelum balik, saya tengok barang-barang arwah, kasut dia, gambar-gambarnya. Saya pandang tapi saya tidak sentuh alihkan.

Ia umpama berada di muzium. Tapi, yelah, saya juga harus fikirkan tanggungjawab yang menanti di sini. Anak-anak perlu meneruskan persekolahan, kawan-kawan di konti sampai bila mahu mengambil alih tugasan saya?

Saya harus pulang juga. Apa pun yang kami lakukan, arwah tetap ada di hati kami.





Bagaimana keadaan Bunga sekarang?

Kalau ada pilihan, dia pasti tidak mahu memulakan kerjanya lagi. Tapi, seperti apa saya fikirkan juga, banyak tanggungjawab yang harus dilangsaikan. Saya gembira dan bersyukur apabila Bunga sudah boleh kembali ke pentas.

For her, itulah a part of the healing. Kita tahu selama ini, Ashraf selalu menjadi penonton setia pada kebanyakan show Bunga. Setiap lagu-lagunya pasti berkait dengan Ashraf.

Tentang cinta dan hubungan mereka. Itulah mungkin yang dapat memberi kelegaan buatnya untuk meneruskan kerja. Ya, kami ahli keluarganya memang bersedih dengan kehilangan Ashraf tapi saya juga tahu ia lebih berat untuk Bunga dan Noah.

Mereka bersama membina keluarga itu selama 12 tahun, pastinya kehilangan tunggak utama keluarga sangat dirasai.



A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on





Apakah yang mungkin akan dirindui tentang Ashraf?

Kami pun bukanlah selalu berhubungan melalui telefon atau bertanya khabar setiap hari. Fahamlah, masing-masing sibuk dengan komitmen dan keluarga.

Namun, setiap kali datangnya rindu dalam hati saya terhadap Ashraf, pasti tiba-tiba akan muncul WhatsApp Ashraf. I will be missing his call and hearing his voice.

Saya baru cakap dengan Adam tempoh hari, hidup kita dah berubah dan tak akan sama lagi. Dulu kita bertiga beradik, sekarang kita tinggal berdua. Ia sesuatu yang susah untuk saya terima dan saya cakap balik, NO!

Kita masih berrtiga cuma Ashraf dan ‘move on’ ke tempat lain, itu saja. Ya, kami masih bertiga.

Dan, saya cakap juga dengan Umi, “kalau sudah sampai masa saya pula untuk pergi saya dah tak takut sebab saya percaya abang sudah siapkan tempat kita di sana, hanya tunggu masa untuk dia cakap, okey, dik! You can come now...” Insyallah, kita sekeluarga akan berkumpul semula nanti di sana bersama Bunga dan Noah.




Bagaimana hubungan kalian selepas ini?


Saya yakin, pemergian arwah tidak akan merenggangkan hubungan kami bersama Bunga dan Noah. Malah, kami akan lebih rapat. Saya sekeluarga pun sudah rancang untuk sama-sama bergilir-gilir turun ke Jakarta untuk melawat Bunga dan Noah.

Tidak kira sama ada pada tarikh hari jadi Ashraf, Noah, Bunga atau Hari Raya, kami akan cuba tetap bersama untuk meraikannya. Ramai yang tidak tahu, selama ini pun Bunga yang banyak merancang aktiviti kami bersama Ashraf.

Pernah satu ketika, Ashraf baru menjalani pembedahan Apendiks dan dia ternyata agak down. Bunga menghubungi kami meminta kami turun ke Jakarta untuk menemani Ashraf waktu itu.

Bunga seorang yang sangat baik, sentiasa menasihati Ashraf untuk melakukan apa jua kebaikan, pernah katanya kepada Ashraf, “rezeki kita tengah ada, why not you belikanlah rumah untuk Umi dan Daddy ke?” Bunga banyak memainkan peranan positif dalam kehidupan Ashraf.


Saya doakan yang terbaik untuk Bunga dan Noah, juga kami sekeluarga untuk melalui kesakitan ini. Kami akan terus bersama sampai bila-bila dan bertemu arwah di sana nanti.



A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on