Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Saya Sayang Dia, Tapi Dia Tak Sayang Saya, Macam Mana Ya? – Pilihlah Yang Sayang Kita Lebih...

Afiza Kamarulzaman
07/01/2020 15:53 MYT


Cinta itu suatu anugerah perasaan yang datang secara semula jadi. Tidak kenal siapa dan bagaimana? Namun, ada kala ia boleh dipupuk menerusi sikap baik seseorang walau mungkin makan masa. Justeru, tidak hairanlah jika dulu-dulu kebanyakan mak ayah atau nenek moyang kita zaman dulu berkahwin bukanlah atas dasar cinta. Sebaliknya, didorong oleh pujukan mak dan ayah mereka.


Jadi, bagaimana dua individu yang tidak mengenali hati budi dan langsung tidak diikat hatinya dengan cinta boleh hidup serumah sehingga akhir hayat mereka? Adakah ini buktinya cinta itu boleh dipupuk? Maka, tidak benarlah cinta dan sayang yang amat sangat itu jaminan untuk seseorang itu kekal bahagia bersama pilihan hatinya? Sayang, dalam dunia ini tiada apa yang boleh menjamin hati seseorang itu tidak berubah. Pantai yang tidak punya hati pun boleh berubah, inikan pula manusia yang punya akal, nafsu dan perasaan.




Kredit Foto: Google



Bagaimana Sayang Itu Boleh Dipupuk?
  • Menerusi perhatian yang selalu diberikan oleh seseorang itu. Daripada hanya kawan ia boleh bertukar sayang apabila ada seseorang yang mengambil berat perihal kita.
  • Menerusi tanggungjawab yang dilaksanakan sebaiknya, kerana itu ada pasangan boleh bercinta selepas kahwin, selepas masing-masing tahu tanggungjawab sebagai suami dan isteri.
  • Menerusi kesabaran yang ditunjukkan seseorang itu walau cintanya ditolak namun ia tidak mengalah. Hati manusia, mudah sahaja dilentur kalau kena caranya.
  • Menerusi pengorbanan yang dilakukan walau terpaksa beralah dan melepaskan kepentingan diri demi kebajikan dirimu.
  • Menerusi penghargaan yang dizahirkan. Cinta itu tidak cukup dengan hanya kata-kata. Ada pasangan suka menunjukkan sayang dan cintanya menerusi perbuatan seperti memberi hadiah, membantu keperluan dan sebagainya. Kalau ia berterusan dilakukan, hati siapa tidak tersentuh?
Kredit Foto: Google


Jaga Hati Sendiri Terlebih Dulu

Itulah yang sebaiknya dalam sebuah hubungan. Jangan korbankan segala-galanya hanya kerana memiliki hati seseorang yang berbelah bahagi. Sayangi dan cintai dirimu terlebih dahulu, agar kamu akan menjadi kuat andainya hatimu dihancurkan satu masa nanti. Tiada siapa boleh menjangkakan tempoh hayat cinta seseorang itu kepada kita. Maka, bersiap sedialah selalu.


Tidak mengapa jika kita tidak begitu menyayanginya tetapi kita tahu dia sayang kita sepenuh hatinya. Pastinya dia mampu membahagiakan kita dan berdoalah yang kita juga dibukakan pintu hati untuk menyayanginya selayaknya. Untuk apa memberi hati kita kepada orang yang tidak menghargai? Ini bukan zamannya untuk lautan api direnangi atau kerana cinta kukorbankan segalanya. Jangan rosakkan diri untuk manusia dan harapan yang belum pasti.
#Cinta #Sayang
;