Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Saya Suka Time Hujan Dr. Masa Tu Orang Ramai Tak Keluar, Order Banyak” – Rider Merangkap Bekas Pelajar

Huda Hussain
01/07/2021 14:27 MYT
Meneruskan kelangsungan hidup dalam waktu begini bukanlah mudah. Baik di pedalaman mahupun di bandar, kesan pandemik juga tempoh PKP benar-benar dirasai. Apatah lagi bagi mereka yang berkeluarga, pasti tamparannya lebih hebat. Dan tidak kurang juga bagi mereka yang diberhentikan kerja, lepasan universiti dan ramai lagi. Penulis percaya, setiap hari pasti banyak kisah penderitaan dan kepayahan hidup masyarakat kita lihat dan baca di media sosial.

Ada ibu bapa yang terpaksa beri air rebusan beras bagi menggantikan susu untuk bayi, ada yang tebalkan muka mencari sisa-sisa makanan untuk dijamah dan banyak lagi kisah tragis kita dengari. Sungguh, benteng kemanusiaan benar-benar diuji kali ini. Bahkan lebih hebat dan dahsyat hinggakan membawa kepada tularnya kempen Bendera Putih yang disambut baik segenap lapisan masyarakat. Dan kisah yang dikongsi seorang pensyarah dari Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Syazwani Drani cukup menjentik emosi. Tulisnya,

Kredit Foto: Facebook Syazwani Drani

Sayu hati bila terjumpa bekas pelajar struggle dalam mencari sumber pendapatan. Saya tunggu sehingga habis dia makan. Saya hanya memerhati dari dalam kereta. Suapan demi suapan saya perhatikan. Tersentuh hati. Mengalir juga air mata. Masa nampak dia tengah buka bungkusan makanan. Terdetik dah nak panggil. Tapi terlintas, nanti tak jadi pula dia nak makan. Sabar menanti sampai habis dia makan. Bila dah selesai saya panggil.

Reaksi seperti yang saya jangka. Teruja dan segan. Sempat berkongsi kepayahan yang dialami. Antara yang terkesan "Saya suka time hujan Dr. Masa tu orang ramai tak keluar. Order banyak time tu.” Ya Allah… Kita dalam hujan di rumah order ja.

Kredit Foto: Google

Mereka yang mencari pendapatan dengan cara ini bergadai nyawa yang semestinya ketika hujan pelbagai risiko ada. Ikhlasnya mereka membantu memudahkan urusan penghantaran makanan kepada kita. Sedangkan mereka struggle macam-macam. Kalau makanan lewat sedikit sampai janganlah marah.

Bukan niat mereka untuk lambatkan penghantaran. Ucaplah terima kasih semasa terima makanan yang di hantar. Cukup untuk menghilangkan penat lelah. Jangan dimaki. Kalau nak cepat, tahu nak maki dan marah saja sebab lewat; kenapa tak keluar sendiri? Lebih cepat kan? Terus dapat. Jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita ada. Sekali sekala letaklah kaki kita dalam kasut mereka. Baru tahu selesakah ketatkah, tak muatkah. Dengan keadaan sekarang ramai yang terkesan. Jangan tambah beban.

Kredit Foto: Google

Pemberian saya di tolak lepas beberapa kali saya nyatakan hasrat saya membantu. Terlihat pada matanya berkaca. Allah… Betul-betul meruntun hati. Ucapan terima kasih tak lekang dibibir. Sehingga saya berlalu pergi. Mendung di luar tapi hujan didalam. Saya doakan awak sentiasa berjaya dan dipermudahkan setiap urusan serta dipelihara dari sebarang musibah. Dilindungi dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

#Ujian #Pedoman Hidup #Perjuangan
;