“Saya Tahu Itu Tidak Pernah Cukup. Namun Buat Masa Ini, Itulah Yang Kami Termampu.” – Faris Hj Hussain
Huda Hussain
19/11/2020 15:10 MYT
19/11/2020 15:10 MYT
Tidak dinafikan, pada waktu sekarang semua orang tanpa mengira bangsa, kaum mahupun agama diuji dengan pelbagai kesusahan dan kesempitan dek kerana tamparan pandemik Covid-19. Tidak perlu pergi jauh, cukup sekadar melihat dan meninjau persekitaran kita. Kawasan perumahan kita, perkampungan kita atau mungkin saudara-mara kita. Betapa besarnya ujian yang menimpa segelintir daripada kita hinggakan banyak kisah dipaparkan di media sosial menterjemahkan bahawa ramai yang hidup susah sebenarnya. Antaranya, baru-baru ini seorang bapa yang baru menyambut kelahiran anak sulung tetapi dalam masa sama diduga apabila diberhentikan kerja. Kelengkapan bayi tidak dapat disempurnakan sepenuhnya. Malah dia cuma mampu membelikan tujuh keping lampin pakai buang (pampers) untuk keperluan bayi yang baru lahir itu. Allahu… Berkaca kolam mata kala membaca muat naik ini yang dikongsi di media sosial. Jika kita fikir hidup kita sudah cukup susah, sebenarnya masih ramai di luar sana yang hidup mereka lebih susah daripada kita.
Seperti apa yang dikongsikan salah seorang sukarelawan Malaysian Consultative Council Of Islamic Organization (MAPIM) ketika menyalurkan bantuan untuk membantu mereka yang terjejas susulan pandemik Covid-19 yang masih belum menampakkan tanda-tanda ia akan reda. Menerusi coretan Faris Hj Hussain di laman Facebook nya, kita mungkin tidak menyangka, sesukar ini semua bergelut dengan penularan virus Covid-19. Tentang bagaimana ia merubah putaran hidup kita hampir 360 darjah bezanya.
Pengalaman saya kali ini dalam misi menghantar bantuan, memberi saya cabaran yang baru. Itulah realitinya, setiap misi memang datang dengan cabaran yang berbeza. Kita tahu sekarang kehidupan semakin sempit. Keluarga kita, rakan-rakan kita, semua ditimpa kesusahan! Siapa tidak tersentuh dan hiba apabila melihat insan sebaya ayah dan ibu kita terpaksa duduk di rumah sedangkan mereka sentiasa mematuhi SOP? Wabak Covid-19, ada yang diberhentikan kerja, ada yang dipotong gaji, ada selama ini hanya mengharapkan jualan gerai terus hilang mata pendapatan.
Anak isteri di rumah walaupun makanan asas masih ada tetapi simpanan semakin susut. Hidup semakin serabut. Selepas mendapat panggilan untuk bantuan di Meru, Ipoh, saya segera ke sana mewakili CEO Mapim Malaysia (Dr.) Sani Araby yang kini mengetuai misi kemanusiaan kecemasan syria.
Oleh kerana ia menghampiri zon merah, kami perlu memakai sut PPE. Ini pengalaman pertama untuk saya. Selama ini hanya mampu membayangkan apa rasanya, dan apabila saya menyarung sendiri, apa yang saya bayangkan selama ini berkali ganda lebih perit.
Sut itu sangat panas, apatah lagi apabila berada di bawah terik matahari. Memang peluh mengalir seperti air paip bocor. Ya, Allah teringat betapa besarnya pengorbanan frontliner yang terpaksa menyarung sut ini.
Sampai di sana, 100 kotak makanan kami serahkan kepada penduduk yang memerlukan. Ada yang kami singgah sekadar meletak bantuan di hadapan rumah. Rupa-rupanya melalui mereka juga saya tahu MAPIM adalah NGO pertama yang sampai ke sana.
Melihat wajah mereka, dengan kerut usia ditambah kerut kepayahan hidup, saya hanya mampu menangis dalam hati. Tetapi saya tahu itu tidak pernah cukup. Namun buat masa ini, itulah yang kami termampu. Besar ujian yang mereka terima bukan untuk kita sekadar insaf, tetapi ia juga adalah ujian besar untuk kita supaya bertindak.
Saya mendoakan mereka semua tetap dalam lindungan Allah. Amin.
*Kami masih perlukan sumbangan rakyat Malaysia.
Sumbangan boleh dibuat melalui: WWW.BANTUUMMAH.COM
WWW.BANTUUMMAH.COM
WWW.BANTUUMMAH.COM
ATAU menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM 562263-540066
------
Yang Menjalankan Amanah Ummah
Faris Hj Hussain
Kredit Foto: Facebook Pakar Diari Hati