Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
gaya hidup

“Saya Tak Pernah Rasa Susah Besarkan Anak Istimewa Saya Itu, Malah Dialah Pengerat Hubungan Kami,” – Catriona Ross

Afiza Kamarulzaman 23/07/2021 | 11:55 MYT
Dalam episod kali ini, Rumah No. 107 mengundang dua selebriti dari Pantai Timur iaitu Catriona Ross atau panggilan glamornya Kak Kek dan Izzue Islam. Untuk ruangan ini, InTrend ingin menulis kisah Kak Kek terlebih dulu, dan berjumpa pada artikel seterusnya untuk cerita Izzue pula ya.
Pelbagai perkara dan isu dikongsikan Kak Kek dalam episod ke lapan ini. Selain mengenali latar belakang dan bagaimana beliau bermula sebagai anak seni, Kak Kek juga tidak lokek bercerita kisah cintanya dengan suami dan perihal anak istimewa yang kini berusia sembilan tahun.
“Alhamdulillah dengan perkahwinan ini Cat dipertemukan dengan suami yang sangat baik. Cat katakan sangat baik kerana dia hadir pada ketika Cat dalam keadaan serba kekurangan. Selepas melalui pengalaman hitam terlibat dalam kemalangan ngeri pada tahun 2007, Cat kembali bangun dengan harapan baru.
Dalam keadaan masih bertongkat dan muka calar-balar, Cat dijemput ke Astro untuk meeting program baru kami. Waktu itu, kebetulan suami berada dalam meeting itu. Dia tanya kalau Cat nak tak cakera padat yang memuatkan semua program yang pernah Cat lakukan sebelum ini sebagai simpanan nanti?
Disebabkan waktu itu Cat menetap di Kelantan, Cat berikan dia alamat untuk dia poskan saja CD itu. Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya CD itu tidak diposnya, sebaliknya dia datang sendiri ke rumah Mak Cat di Kelantan dengan menaiki kapal terbang,” cerita Cat bersahaja.
Apabila bersua kenal dengan arwah Mak Cat waktu itu, Mak nampaknya berkenan dengan lelaki itu. Kata Mak, orangnya baik hati. Bertitik tolak daripada situlah, Cat yakin dengan pilihannya itu dan terus menerima lamaran suami.
Anak Istimewa Pengerat Hubungan Keluarga
Apabial disoal perihal anak istimewanya, Cat tidak menolak untuk berkongsi bagaimana anak itu diterima dalam hidupnya sekeluarga sebagai satu anugerah yang sangat bermakna. “Cat percaya dengan takdir Allah. Ujian diturunkan kepada hamba Nya tidak melebihi kemampuan kita,” tutur Cat.
Menurut Cat lagi, dia tidak pernah menganggap kelahiran anaknya itu sebagai ujian, malah tidak pernah berasa susah untuk membesarkannya. Cat yakin pemberian ini adalah amanah Allah untuk dididik sebaiknya.
“Kami didik dia untuk kenal semuanya dengan cara yang dia boleh terima. Walaupun kurang upaya, dia faham semuanya. Dia juga mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga,” luah Cat.

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross)

#hiburan #Rumah 107 #Anak Istimewa
;