Anugerah Meletop Era 2020 (AME 2020 ) kembali buat kali ke tujuh dengan tema "Yang Epik, Yang Legend". Khabarnya banyak kejutan yang akan berlaku dan antara yang menjadi perhatian tentunya 15 kategori yang dipertandingkan termasuk kategori baru.


Tahun ini AME 2020 masih mengekalkan dua pengacara terdahulu, iaitu Nabil Ahmad dan juga Jihan Muse sebagai teraju utama anugerah berprestij itu.
ANUGERAH Meletop Era 2020 (AME2020) yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 20 April ini akan membawa kelainan tahun ini.


Pada sidang media yang diadakan baru-baru ini, pihak Meletop mengumumkan bahawa AME 2020 menggugurkan tiga kategori iaitu Program Radio Meletop, Penyampai Radio Meletop dan Artis Lawak Meletop.


Ia digantikan dengan tiga kategori baru iaitu Artis Versatil Meletop, Influencer Meletop dan Top Top Meletop (berkumpulan/duo).


Selain itu, terdapat satu lagi kategori tambahan yang dimasukkan dalam kategori anugerah khas iaitu Anugerah Epik Meletop berdasarkan pilihan juri.
Antara kategori lain ialah Lagu Meletop Era, Penyanyi Meletop Era, Grup/Duo Meletop Era, Filem Meletop, Bintang Filem Meletop, Drama Meletop, Program Meletop, Pelakon Meletop, Host Meletop, Artis Baharu Meletop, Couple Meletop, Fesyen Meletop dan Si Cilik Meletop.


Tentunya kategori Fesyen MeleTOP antara paling sukar untuk dibuat pilihan. Calon-calon Top 20 yang tersenarai semuanya memiliki aura fesyen yang unik dan tersendiri. InTrenders jangan lupa untuk turut mengundi selebriti pilihan kalian ya. Siapa agaknya yang akan tersenarai dalam TOP 5 Fesyen MeleTop, sama-sama kita nantikannya!


Cara Undian Top 20 Anugerah MeleTOP ERA
Untuk fasa pertama peminat sudah boleh mula mengundi selebriti pilihan anda di www.anugerahmeletopera.com.my atau melalui aplikasi SYOK bermula 29 Januari sehingga 25 Febuari 2020.



15 Kategori Anugerah MeleTOP ERA 2020