gaya hidup
“Scroll IG Tengok Orang Lebih Daripada Kita, Kejar Mereka, Apa Yang Kita Dapat?” Ini Jawapan PADU Ustaz Don
Sama ada banyak atau sedikit, agama telah mengajarkan kita agar sentiasa bersyukur. Tetapi sifat lumrah manusia yang kadang kalanya lalai, leka dan terlupa untuk menitipkan syukur membuatkan sifat kemanusiaan itu kian terhakis.
Kredit Foto: Google
Menerusi satu video temu bual yang dirakamkan sebuah laman Instagram dakwah, Ustaz Don Daniyal Biyajid kongsikan pandangannya juga tatacara yang perlu diamalkan agar kita sentiasa bersyukur. Syukur adalah satu ibadah. Sebab apa? Disebutkan dalam Al-Quran Allah kata “Kamu bersyukur, Aku tambah kepada kamu”. Frasa kamu bersyukur kalau diteliti maknanya ada satu saranan. Apabila satu saranan daripada Allah maknanya ada satu benda yang kita perlu buat. Apabila kita buat, ia dikira satu ibadah. Dan salah satu ibadah kita adalah bersyukur. Dan sebenarnya banyak ayat-ayat Allah beri yang berkaitan dengan bersyukur. Allah bangkitkan orang yang macam ini supaya kita tengok dan bersyukur. Allah buat maca mini supaya kita bersyukur.
Kredit Foto: Google
Jadi bagaimana kita nak latih diri kita supaya kalau terima sesuatu yang sedikit pun kita bersyukur? Saya beri contoh dalam dunia bisnes. ‘Okey bulan ni kita mesti dapat RM100k. Tapi sudahnya dapat RM80k sahaja. Tapi kira RM80k itu dah cukup okey. Macam pula kalau RM50k? Ada bunyi keluhan pula dihujungnya seolah-olah kita tak bersyukur dengan apa yang diterima. Justeru bagaimana caranya?Lihat Mereka Yang Lebih Rendah Daripada Kita
Bab syukur, selalu ulama’ latih kita pandang pada yang lebih rendah daripada kita. Soal ini memang kita perlu dan selalu ingat barulah kita boleh belajar macam mana nak bersyukur. Macam saya, contohnya apabila ada yang bercerita tentang sales, saya berkata pada diri ‘Kesian kat kawan-kawan aku yang lain, yang tak ada apa nak buat. Mujurlah aku ada, setengah pun ada juga sales. Alhamdulillah’.
Sebab itulah dalam Instagram, Facebook dan sebagainya bila kita scroll sesuatu, kita tengok untuk apa? Kalau kita scroll untuk tengok orang yang lebih daripada kita, untuk kita kejar mereka, apa yang kita dapat di penghujungnya?
Kredit Foto: Google
Contoh mudah dalam soal bisnes kita perlu ada rival yang sihat. Kalau orang yang tengok Instagram untuk tingkatkan dirinya, dia berkata ‘Sales kita berapa? RM50k saja? Alamak… Tapi tak apa, kita kena kerja keras lagi. Sebab apa? Kita kena potong…’ Kalau jelas disini jawapan tersebut berbeza dan secara tak langsung memperlihatkan adanya matlamat untuk kita capai.Tapi kalau kita scroll IG sekadar nak tengok kemudian membanding-bandingkan dengan apa yang kita tidak ada, sampai sudahlah kita tidak bersyukur. Sampai sudah juga kita berasakan bahawa kita tak punya semua benda.
Kredit Foto: Google
Sedangkan dalam Al-Quran Allah berfirman antaranya adalah kisah burung hud-hud pergi tengok Ratu Balqis. Allah berkata burung hud-hud dalam Al Quran ‘Sesungguhnya aku nampak Ratu Balqis dia ada semua benda. Tapi persoalannya adakah Ratu Balqis yang punya harta lebih daripada Nabi Sulaiman? Walaupun dengan darjatnya sebagai ratu tetapi masih ada insan yang punya lebih banyak daripadanya. Dan ia memang takkan berkesudahan sampai bila-bila.Tapi kalau kita tengok orang yang lebih rendah daripada kita, itulah turning point untuk kita bersyukur dengan apa yang ada. ‘Dia tak ada, tapi aku ada juga’ Itulah salah satu cara yang para ulama’ ajarkan kepada kita yang paling berkesan dan tuntas supaya kita bersyukur walaupun sedikit.
Kredit Foto: Google
Must-Watch Video