Umum mengetahui pelakon dan pengacara terkenal Janna Nick pernah secara terbuka berkongsi pengalamannya melalui masalah kesihatan mental. Terpanggil untuk menyebarkan mesej dan menyuntik kesedaran ramai berhubung isu ini, Janna sebelum ini mengakui pernah mendapatkan rawatan dengan pakar psikiatri selain mengambil ubat bagi merawat masalah yang dihadapi.

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Kredit Foto: IG Jannanick


Ujarnya menerusi satu muat naik di akaun Instagram, menjadi harapannya agar satu hari nanti masalah kesihatan mental juga dapat dirawat dan diberi perhatian yang setara dengan isu kesihatan fizikal yang lain.

Dan menerusi satu video sebelum itu, Janna turut berkongsi tips yang boleh dipraktikkan dalam usaha membendung isu kesihatan mental menerusi kandungan di Instagram yang boleh dikawal oleh semua pengguna media sosial.

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Kredit Foto: IG Jannanick


Semoga perkongsian dan mesej yang ingin disampaikan ini diterima baik oleh semua terutama yang sedang bertarung dan 'struggle' dengan isu kesihatan mental. Dan pastinya inisiatif yang diambil Janna wajar dijadikan ikutan agar sesiapa yang sedang berhadapan dengan isu kesihatan mental tidak malu untuk berkongsi apa yang dihadapi. 'Support system' adalah penting bagi membantu dalam menangani permasalahan ini. 'Good job' Janna!