Highlights

Sebelum Tidur, TENANGKAN Hati, Maafkan Semua Orang – Kita Tidak Tahu Kalau Esok, Kita Tidak Bangun Lagi.

gempak
Afiza Kamarulzaman
18/07/2020
14:14 MYT
Sponsor Banner
Sebelum Tidur, TENANGKAN Hati, Maafkan Semua Orang – Kita Tidak Tahu Kalau Esok, Kita Tidak Bangun Lagi.
Berapa ramai antara kita yang berasa amat kesal apabila seseorang yang kita sayang pergi tanpa sempat kita zahirkan sepenuh cinta dan bakti? Berapa ramai antara kita sering tidur dalam keadaan hati gundah, masih punya dendam dengan seseorang dan ia tidak pernah selesai sehingga kita menutup mata.
Jadi, amalkan (walaupun sukar) untuk sentiasa tenangkan diri, bersangka baik, lapangkan dada dan sentiasa memaafkan semua orang. Kita sendiri pasti ada salah silapnya di sana sini, jadi siapalah kita untuk tidak memafkan kesilapan orang terhadap kita?
Kredit Foto: Google
Lakukan Ini Untuk Tenangkan Hati
  • Banyakkan melakukan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang dirasakan sesuai untuk kita taburkan bakti tanpa mengira pulangan atau imbuhan atas kebaikan itu
  • Sentiasa berasa cukup dengan semua yang dimiliki dan memandang dunia ini sekadar persinggahan
  • Banyakkan berkasih-sayang daripada membenci
  • Buangkan segala dendam dan latih diri untuk sentiasa memafkan semua orang
  • Belajar untuk mengawal kemarahan. Seperti yang dianjurkan; dalam keadaan marah jika kita sedang berdiri, maka duduklah. Jika sedang duduk, baringlah. Paling mujarab, ambillah wuduk
  • Selalulah menzahirkan perasaan sayang kepada orang yang kita sayang terutamanya pasangan, ibu ayah dan keluarga agar kita tidak terkilan di kemudian hari
  • Elakkan berasa sombong dan megah dengan diri sendiri. Apa saja yang kita miliki hari ini bukanlah hak mutlak kita, pinjaman cuma
  • Jangan berburuk sangka. Fikir dan doa yang baik-baik. Kita tiada hak untuk menghukum baik buruk seseorang
  • Banyakkan memberi dengan seikhlas hati
  • Jangan fikirkan sesuatu yang belum berlaku sehingga menyesak jiwa
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live