“Segala Benda Tiada Yang Kebetulan, Tak Sengaja Dan Sengaja. Itu Semua Allah Dah Aturkan, Pertemukan.” – Ustaz Ebit Lew
Huda Hussain
07/06/2021 08:40 MYT
07/06/2021 08:40 MYT
Sebutlah sesiapa jua yang diuji dengan musibah, ditimpa dugaan dan takdir Allah; pasti susuk ini akan tiba. Waima cepat atau lewat, dia akan menyusul. Menziarahi sambil tangannya ringan sekali menghulur itu dan ini. Bukan sekadar bantuan berbentuk fizikal seperti membantu menyediakan tempat tinggal, tetapi jiwanya lebih tenang dan lapang apabila dapat menceriakan wajah mereka. Sambil menitipkan doa, memberi kata-kata perangsang dan semangat untuk membangkitkan semula kegembiraan sekali gus menghilangkan kegelisahan. Itulah dia Ustaz Ebit Lew. Disenangi dan terus disayangi segenap lapisan masyarakat. Biar berbeza fahaman dan anutan agama, warna kulit mahupun apa jua yang membataskannya, tetap dianggap seperti keluarga.
Misi Menyantuni Golongan Asnaf, Batu Caves, Selangor
Setelah menerima perkhabaran daripada individu yang datang dari sebuah kuil mengenai seorang lelaki berbangsa Cina tinggal di dalam relung, Ustaz Ebit Lew dan team Pertubuhan Kasih Umat Malaysia tidak menunggu lama. Dalam keadaan hujan lebat Ustaz Ebit menjengah di kawasan taman permainan di salah sebuah kawasan perumahan di Selayang Jaya, Batu Caves, Selangor.
Menurut Uncle Lim lagi, Loh Ah Cheng tinggal disitu seorang diri lebih setahun lamanya. Hanya beralaskan kanvas, kotak, sisa-sisa terbuang yang lain dan digunakannya untuk menutup relung daripada dibasahi hujan dan panas mentari. Pernah berkahwin dan mempunyai keluarga, namun entah di mana silapnya dia ditakdirkan hidup sebagai gelandangan. Dulunya dia pernah bekerja tetapi nasib baiknya tidak kekal lama apabila terlibat dalam kemalangan yang mencederakan lututnya.
Pernah juga menyewa rumah tetapi dek kerana sewa rumah tertunggak, pemilik rumah turut menghalaunya keluar. Maka tinggallah Loh Ah Cheng merempat disana sini. Pernah juga tinggal di rumah jagaan, tetapi mungkin dek kerana terikat dengan peraturan, dia tidak bebas ke sana sini, lalu dia keluar daripada rumah jagaan tersebut. “Kalau saya bosan atau tengah lapar, saya banyak berdoa kepada Tuhan. Tapi hari ini Ustaz datang. Saya tak kisah sesiapapun, janji dia tengok keadaan saya. Dan boleh bantu saya. Saya pun tak tahu akan berjumpa dengan Ustaz. Dia terus datang jumpa saya. Belikan baju. Usataz memang baik. Saya tak mampu kata apa-apa. Hanya berbanyak terima kasih kepada Ustaz,” luah Uncle Loh syukur kerana akhirnya dia dibantu.
Ketika mulanya, Ustaz Ebit mengajak untuk berpindah dan berjanji akan menanggung bayaran sewa rumah tersebut. Namun dia enggan. Setelah berkali-kali dipujuk untuk membeli pakaian baru, diberikan duit, diajak untuk memotong rambut barulah terbuka hatinya menerima pelawaan Ustaz Ebit. Tidak menyangka menerima bantuan daripada Ustaz Ebit, Loh Ah Cheng akhirnya dibawa ke Selayang Mall membeli keperluan asas seperti pakaian, tilam, kerusi roda, tongkat dan lain-lain. Team Pertubuhan Kasih Umat Malaysia kemudiannya mencari sebuah rumah untuk didiami Uncle Loh. Jauh lebih selesa dan selamat untuk warga emas seperti Uncle Loh.
Pesan Ustaz Ebit Lew
“Kalau kita nampak orang di tepi jalan atau di mana sahaja yang kesusahan, perlu ada rasa kasihan dan bantulah mereka semampunya. Jadilah masyarakat yang peka dan prihatin.” Tuturnya mengakhiri perbualan.
Menyantuni Golongan Asnaf Yang Memerlukan, Ampang Selangor Kredit Foto: Astro Prima
Misi seterusnya membantu seorang OKU. Sarah Kalaivani A/P Pupalan, seorang OKU berjuang melawan penyakit Rheumatoid Arthritis Disorder sejak satu setengah tahun yang lalu dan Borderline Personality Disorder yang dialaminya sejak kecil. Ditinggalkan keluarga, hidup sebatang kara hanya berbekalkan belas ihsan juga derma yang dicarinya sendiri, daripada situlah dia mencari dana. Wang terkumpul digunakan untuk membayar sewa rumah selain menampung kos rawatan dan ubat-ubatannya.
Mengambil kira kos perbelanjaan saban hari selain perlu ulang alik dari Ampang ke PPUM di Petaling Jaya untuk menjalani rawatan, Sarah bimbang memikirkan masa depannya. Serba tak kena jadinya andai wang yang dikumpul habis begitu sahaja. Makan minumnya bercatu dan ala kadar sahaja yang menjadi sumber untuk mengalas perut.
Sebagai solusi, Ustaz Ebit menawarkan untuk membantu mencari bilik sewa di sekitar Petaling Jaya juga keperluan asas lain seperti pakaian dan makanan untuk keselesaan Sarah. Maka berpindahlah Sarah ke Petaling Jaya sambil dibantu team Pertubuhan Kasih Umat Malaysia. Menceritakan pengalamannya sebelum ini, “Disebabkan penyakit Rheumatoid Arthritis Disorder, saya tak boleh bergerak dan berjalan dengan stabil. Dan kerana itu saya tak mampu bekerja. Pernah tinggal dengan kawan tetapi akhirnya dihalau dan saya tinggal di hotel bajet.
Menyifatkan dirinya cukup bertuah dan bersyukur apabila dibantu Ustaz Ebit dan team Pertubuhan Kasih Umat Malaysia, rasa bahagia menyelimuti segenap isi hatinya.
Pesan Ustaz Ebit Lew
“Kita berusaha, rasa hormat dan juga belas kasihan sebagai sebuah keluarga. Walau apa sahaja bangsa, agama, kita nak rasa sebagai satu keluarga. Kita nak pastikan semua orang ada tempat tinggal, ada kehidupan yang lebih baik dan kita nak bantu orang lain,” ujarnya pada akhir sesi penggambaran episod ini.
Kredit Foto: Astro Prima

Menyantuni Golongan Asnaf Yang Memerlukan, Ampang Selangor