Hiburan

Sekembali Dari Singapura, DATO’ FAZLEY Jalani Kuarantin Sendirian – MENANGIS Lihat Anak Rayu Mahu Peluk.

gempak
Afiza Kamarulzaman
24/03/2020
14:17 MYT
Sponsor Banner
Sekembali Dari Singapura, DATO’ FAZLEY Jalani Kuarantin Sendirian – MENANGIS Lihat Anak Rayu Mahu Peluk.
Dato’ Fazley Yaakob antara yang terkandas di luar negara kerana sudah berada di Singapura sebelum pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan. Ini luahan hati Dato’ Fazley saat pulang mahu menemui keluarga dan bagaimana beliau disoal-siasat sebelum dibenarkan balik.
Selamat pulang Dato’ Fazley dari Singapura. Boleh kongsikan Dato ke sana untuk urusan apa?
Saya menjalani penggambaran rancangan Kek Champion untuk episod separuh akhir dan akhir. Saya berada di Singapura sebelum pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan lagi. Dan, saya diminta oleh pihak produksi untuk menghabiskan penggambaran kerana desakan waktu. Mahu atau tidak, saya harus bersikap profesional dan meneruskan saki-baki tugas. Sepanjang penggambaran di sana, tahap kesihatan saya dipantau untuk memastikan saya benar-benad dalam keadaan sihat untuk meneruskan kerja. Perjalanan sepatutnya dua hari, berlarutan hingga ke 14 hari dek sekatan yang berlaku.
Kredit Foto: IG Fazleyyaakob
Bagaimana perjalanan pulang ke Kuala Lumpur?
Agak mencabar juga kerana penerbangan saya sepatutnya Isnin hari tu ditunda beberapa kali. Akhirnya, saya memutuskan untuk memandu kereta sahaja balik ke sini kerana tidak mampu lagi untuk menunggu. Memang luar biasa perjalanan kali ini apabila melalui TUAS Link, keadaan lenggang, sunyi-sepi tanpa kenderaan. Sebelum meninggalkan pintu berlepas Singapura, saya melalui pemeriksaan rapi daripada pihak Singapura. Saya ditanya mengenai tujuan keluar dan datang, butir-butir saya diambil, suhu saya diperiksa, semua keterangan saya direkodkan termasuk dengan siapa saya ada berhubungan dan alamat. Begitu juga sebaik saya tiba di pintu masuk Johor, perkara sama dilakukan oleh pihak kastam Malaysia. Saya perlu mengisi borang untuk kuarantin dan self monitoring selama 14 hari.
Bagaimana kesihatan Dato setakat ini?
Alhamdulillah, kesihatan saya sangat okey. Suhu okey. Tak demam, batuk-batuk atau selsema. Suhu pun di bawah 36 darjah selsius. Doakan kesihatan saya terus stabil sehingga 14 hari ini.
Bagaimana dengan keluarga terutamanya anak-anak saat menyambut kepulangan Dato?
Ketika saya memandu dari Johor ke Kuala Lumpur, saya ada memberitahu akan kepulangan saya nanti, anak-anak sangat teruja. Waktu itu, saya belum beritahu bahawa saya perlu kuarantinkan diri saya dan tidak boleh bersama mereka untuk beberapa hari. Saya tidak mahu rosakkan mood mereka waktu itu.
Apa yang berlaku sebaik Dato’ tiba di perkarangan rumah?
Pada mulanya, masing-masing sudah berlari keluar untuk memeluk saya. Namun, saya terangkan dengan baik tentang keadaan saya sekarang ini. Saya tidak boleh didekati, dipeluk dan perlu mengasingkan diri untuk beberapa waktu. Anak-anak yang dah besar faham, cuma si kecil itu sajalah yang meraung. Pastinya, dia kehairanan selalunya boleh je peluk ayah dia, kenapa hari ni tak boleh? Dahlah lama tak jumpa. Memang sedih apabila melihat kekecewaan di wajah mereka. Isteri, ibu dan adik saya sendiri bergenang air mata melihat situasi kami anak-beranak semalam.
Saya sampai KL semalam petang selepas drive seorang diri dari #Singapore. Sampai depan rumah semua anak2 meluru nak peluk tapi saya tak bagi. Saya masih kena self #Quarantine selama 14 hari. Bermakna duduk jauh dari keluarga dan bukan di rumah yang sama. @elliefazley dan @fierudzfazley masih terlalu kecil untuk faham kenapa mereka tak boleh peluk saya, mereka hanya mampu menangis dan mengungkap “Nak hug didaaaa!” Abang2nya mereka @fariedzfazley dan @fieradzfazley lebih faham sedikit walaupun masing2 tetap sedih . Cuma saya sendiri bergenang juga airmata apabila melihat isteri saya @azrene_ahmad turut menangis melihatkan anak2 yang rindukan saya, ibu saya @rsd.umi juga nyatakan “sedihnya kita hanya jumpa macam ni”, adik bongsu saya @nadyaakob juga bergenang airmatanya. Allahuakbar sebak sangat rasanya.. Apakan daya, saya harus laksanakan apa yang terbaik demi keselamatan keluarga tercinta. Buat anak anak dida, “Wait for me ok, I will be home in 14 more days ok! I love you all and miss all of you so very much!” ???
A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
Di mana Dato’ melalui tempoh kuarantin?
Tidak jauh dari rumah saya, hanya tiga kilometer saja dari mereka.
Bagaimana dengan keperluan harian Dato? Ada yang membantu?
Saya uruskan sendiri. Mujur, ada kedai di bawah ini untuk saya membeli barang keperluan. Kalau nak makan, saya pesan menerusi Grab Food saja. Apa pun, saya sentiasa pastikan jarak saya dengan orang ramai. Itu yang paling penting.
Jadi, bagaimana buat masa ini, sesi kuarantin Dato?
Untuk hari pertama ini nampaknya berjalan lancar. Saya sentiasa memantau kesihatan saya.
Apa aktiviti Dato sepanjang sesi kuarantin?
Saya habiskan masa dengan menyiapkan resipi untuk pembukaan restoran baru nanti dan aktiviti sampingan lainnya. Masih juga rasa sibuk kerana banyak urusan kerja masih boleh dibuat dari rumah.
Bagaimana dengan urusan kerja dan perniagaan?
Urusan kerja banyak yang boleh saya langsaikan dari rumah sahaja. Cuma, dari segi perniagaan makan, ya terpaksa saya tutup secara total. Memang pada mulanya, kami ada merancang untuk meneruskan perniagaan secara delivery, tetapi sebaik berbincang dengan semua pekerja, mereka melahirkan rasa takut untuk meneruskan rutin seperti membeli barang dan sebagainya. Menghormati pandangan pekerja dan saya sebagai majikan yang perlu bertanggungjawab, kami putuskan untuk tutup sahaja semua urusan restoran. Dan, semua pekerja diberi cuti dengan bergaji.
Bagaimana dengan perniagaan bufet Ramadan nanti?
Bufet Ramadan di restoran masih dalam perancangan dan selenggara. Kita berharap ia dapat dijayakan apabila keadaan kembali pulih.
Harapan dan nasihat Dato kepada rakyat Malaysia pada situasti genting sekarang ini?
Kepada semua, please stay at home. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di rumah seperti memasak dan melangsaikan segala urusan tertangguh selama ini di rumah. Inilah masanya menyatakan kasih-sayang kepada keluarga dan teguhkan ikatan bersama mereka. Luangkan masa berharga ini sebaik mungkin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024