Lumrah dalam meniti kehidupan sebagai manusia, setiap daripada kita pasti melalui fasa kehidupan. Dari alam rahim sehinggalah dilahirkan, maka bermulalah peringkat dan tingkat kehidupan. Bermula dengan zaman kanak-kanak dan remaja di alam persekolahan kemudian melalui pula fasa sebagai mahasiswa di universiti. Seterusnya alam pekerjaan, berkahwin, punya anak dan berlarutanlah hingga kitaran hidup kita tiba ke penamatnya.

Kredit Foto: Google

Dan pastinya untuk menempuhi itu semua, kita dipersiapkan dengan pelbagai ujian, dugaan, perit getir untuk belajar memahami tentang hukum alam. Apabila sudah melalui sesuatu peringkat kehidupan itu barulah kita lebih faham, ‘Oh macam ni rasanya’ dan ia akan tersemat rapi dalam koleksi pengalaman peribadi kita.

Seperti yang dicoretkan Puan Farhan dalam salah satu muat naiknya. Dia macam ni sebenarnya, selagi kita tak tempuh fasa tu, kita tak akan tahu rasa dia. Kita tak akan tahu juga bagaimana kesannya pada kita.
Contohnya kan, masa kita bujang. Kita tengok kawan kita yang kahwin halaah, asyik nak tunjuk sweet dengan pasangan. Hari hari update masak apa untuk suami. Hari hari tunjuk tempat dating dengan suami. Menyampahnya kita rasa. Dalam hati kita kata, "Kalau aku kahwin aku tak lah gedik nak tunjuk semua tu"

Kredit Foto: Google

Tup tup, saat Allah hadirkan pasangan yang sesuai dengan kita tiba masanya kita lalui fasa tu. Hah masa tu kita jadi lebih dari kawan kita tu. Lima minit sekali update rindu suami. Setiap hari tukar profile picture dengan hashtag #tilljannah. ‘Gitew’. Tapi kita dah lupa perasaan menyampah pada kawan kawan yang buat macam tu dulu.

Itulah namanya ujian. Selagi tak diuji kita tak tahu kita bagaimana. Sama juga lah, saat kita dah kahwin kita belum ada rezeki anak. Kawan kita pula terlebih cepat dapat rezeki. Hari hari update mengidam apa. Hari-hari update letih loya. Kita rasa meluat sangat.

Kredit Foto: Google

Tup tup setahun lepas tu kita dapt rezeki, bukan seorang kembar terus Allah bagi. Tiba saat tu kita pun punya excited. Dari test upt, scan setiap bulan update. Sampai masa anak lahir setiap hari update gambar. Setiap hari cerita perkembangan anak. Seolah dunia ini ada anak kita je. Kita pun dah lupa rasa meluat pada kawan yang buat begitu juga dulu.

Itulah hidup. Selagi kita tak sampai fasa tu, kita tak boleh nak kata orang lebih. Sebab kadang bila kita buat macam tu Allah uji kita lebih lagi. Apa kata kita hidup ni kita happy je dengan orang sekeliling. Jangan ada iri pada semua orang. Kalau kita penuhkan hati dengan rasa cinta, InsyaAllah semua orang akan hidup tanpa rasa benci. Saling sayang menyayangi, saling menghargai kerana hidup ini hanya seketika.
P/S:Fasa excited tu sebenarnya kejap je. Biasanya setahun dua dah habis lah fasa tu. Bagilah ‘can’ dekat semua ya. Berlapang dada dan berbaik sangka.

Kredit Foto: Google