Highlights

Selalu Dirundung Rasa Malas? 5 Tips Ini Mampu Ubatinya. Dapat Cuba Satu Pun Dah Memadai.

gempak
Huda Hussain
14/11/2020
10:05 MYT
Sponsor Banner
Selalu Dirundung Rasa Malas? 5 Tips Ini Mampu Ubatinya. Dapat Cuba Satu Pun Dah Memadai.
Lumrah manusia pasti melalui dan merasai pelbagai perasaan. Sama ada ia positif atau negatif minda kita juga yang mengawal sepenuhnya segala tindak-tanduk yang dilakukan. Berbicara mengenai sifat malas ini, bukan sahaja anak kecil sahaja, tapi yang dewasa, belia dan orang tua tidak terkecuali daripada merasainya. Malas nak keluar, malas nak masak, malas buat kerja rumah, malas nak belajar dan banyak lagi perkara. Namun apa yang membezakan adalah sama ada kita membiarkan ia berlarutan atau segera bangkit dan melakukan rutin seperti biasa. Tangani dan atasi sifat malas yang membelenggu diri anda kala ini:
  1. Paksa Diri
Mahu atau tidak, lambat atau cepat kita sebenarnya berperang dengan diri sendiri untuk melawan rasa malas. Dan tiada cara lain untuk melawannya kecuali dengan cara paksaan. Paksa diri untuk bangun, paksa diri untuk buat juga apa jua kerja yang tertangguh, paksa dan terus paksa hinggalah kita melakukannya juga. Sematkan dalam fikiran, kalau kita yang tidak melakukannya, siapa lagi yang akan membantu kan?
Kredit Foto: Google
  1. Jangan Bertangguh
Pernah terbaca pepatah kerja bertangguh pencuri masa? Ya, itulah kebenarannya. Saat kita menangguhkan apa jua kerja, ia hanya akan melengahkan masa yang amat berharga. Betapa kita dituntut memanfaatkan masa sehinggakan Allah berfirman dalam Surah Al Asr, yang antara lainnya bermaksud ‘Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran’ – Surah Al Asr ayat 1 hingga 3.
  1. Berhenti Beri Alasan
Sama ada sedar ataupun tidak, dengan memberi alasan ia hanya menterjemahkan kekurangan dan kelemahan sifat kita yang tidak pandai menguruskan masa. Jika sekali dua atau alasan tersebut benar-benar muhasabah ataupun berada dalam situasi kecemasan; mungkin ia boleh diterima. Tetapi kalau kerap kali pelbagai alasan diberi, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan diri anda. Jadi, elakkan beri alasan dan lakukan sahaja tugasan yang diberi okey!
Kredit Foto: Google
  1. Sudah-Sudahlah Salahkan Orang Lain
Tengok dan renung ke dalam diri anda terlebih dahulu sebelum menuding jari dan menyalahkan orang lain. Buang rasa malas yang membelenggu diri dengan menganalisa segala kekurangan dan kelemahan yang ada. Perbaiki satu persatu dan yakinlah saat anda berubah, pasti tiada lagi sikap malas dalam diri. Cubalah!
  1. Perlu Ada Sifat Cemburu
Tapi cemburu yang membina okey! Kalau anda lihat orang sekeliling misalnya adik-beradik, saudara-mara, rakan, jiran dan lain-lain telah berjaya sedikit sebanyak pasti ada rasa cemburu bukan? Kalau sifat cemburu itu mendorong anda untuk bangkit, ubah cara pemikiran, bersikap lebih proaktif dan produktif; tidakkah ia sebenarnya sesuatu yang baik? Jadi, tiada salahnya kalau anda punya perasaan sedemikian. Tetapi pastikan ia disalurkan dengan cara yang betul.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live