Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
gaya hidup

Selamat Hari Lelaki Sedunia! Banyak Kemudahan Lelaki Di Dunia. Tetapi Di Sana… Berat Tanggungan Mereka.

Huda Hussain 19/11/2021 | 07:48 MYT
Telah termaktub dalam kalendar, tanggal 19 November setiap tahun, Hari Lelaki Sedunia diraikan sebagai simbolik penghargaan dan meraikan sang adiwira dalam hidup kita. Ya, peranan dan perlunya mereka dalam hidup kita sememangnya tidak dapat disangkal lagi.
Merekalah ayah, suami, abang, adik, ketua dan paling signifikan adalah lambang kepemimpinan yang acap kali dikaitkan dengan kaum Adam ini. Dalam diri mereka tersemat sifat pelindung, keberanian, kecekalan dan kekuatan dan segalanya yang membawa mereka tampil ke hadapan mendahului juga membimbing kita para Hawa.
Kredit Foto: Google
Jika dilihat secara kasarnya perempuan itu diuji di dunia dengan kewajipan berikut: Tetapi di Akhirat, janji Allah:
Jika sabar dan reda, Insya-Allah syurga menanti.
Kredit Foto: Google
Lelaki diberi kemudahan di dunia :
Tetapi di Akhirat kelak:
Kredit Foto: Google
Sabar dan reda sekalipun belum cukup kerana lelaki akan di tanya tentang tanggungjawab mereka sama ada ia ditunaikan atau tidak semasa di dunia.
Sungguhpun begitu, ketahuilah baik lelaki dan perempuan masing-masing ada kelebihan kerana sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui setiap sesuatu dan perinciannya.
Janganlah kita merungut, menyesali dan tidak reda atas apa yang sudah ditentukan oleh-Nya. Perbaiki dan tampung apa yang kurang. Berubah selagi masa dan kudrat berpihak kepada kita. Apa yang kita ada ingatlah, sesungguhnya itulah yang terbaik buat kita yang Allah ciptakan.
#Lelaki #Hari Lelaki Sedunia
;