Apabila diminta memberi gambaran terhadap personaliti bernama Kilafairy, pasti ungkapan pertama yang kita mampu lontarkan; SEKSI. Antara selebriti yang dikatakan mempunyai bentuk badan dan bibir seksi lagi menggiurkan, Kilafairy atau nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan, anak kepada penyanyi veteran, Rohana Jalil ini sendiri pernah diberi jolokan Angelina Jolie Malaysia suatu ketika dahulu.


Namun jika ada yang menyedari atau perasan terutama di laman Instagram miliknya kebelakangan ini, Kilafairy sebenarnya sudah ‘berubah’. Lebih tepat perkongsian gambarnya juga tidak seperti kebiasaan. Ya... Kilafairy tak seksi lagi dan itu antara komen popular yang mula menerpa di fikiran. Ada juga yang mengandaikan perubahan imej itu disebabkan hatinya yang kini sedang berbunga.


Dinner makan apa tu semua? Kila dah minum @kilafit pagi tadi, so makan Kari Salmon pun takpe! Hehehe ?

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on





Berubah Kerana Cinta Atau Usia?

Ia bukan rahsia lagi tentang hatinya kini sudah terikat dengan seseorang. Kila kini sedang mengenali jejaka bernama Sa’aid Umar Aiman dan kononnya hubungan mereka semeangnya serius hingga membawa ke fasa perkahwinan. Ditanya akan perkara itu, empunya diri mempunyai penjelasannya sendiri. Benarkah mahu meninggalkan dunia seksinya atau gimik sahaja?


“Pastinya perubahan itu seiring dengan kematangan diri. Ia seperti isyarat atau panggilan kepada diri sendiri. Dalam hidup ini kita sentiasa berusaha mahu jadi lebih baik dan memperbaiki diri. Step by step... insyaAllah. Berkat doa ibu bapa juga. Sempena tahun baharu, 2020 ini saya mahu mulakan sesuatu yang segar dan bersih,” ujar Kila.

Jadi, benarlah Kila mahu membuang trademark seksi itu jauh-jauh?


“Saya cuba elak dan tidak mahu lagi orang di luar sana nampak diri ini dengan terjemahan seperti; ‘Oh badan dia cantik, seksi!’ Cukuplah...,” ungkap Kilafairy.


Kini, penyanyi lagu Put The Word In ini lebih selesa jika mereka di luar sana melihatnya daripada sudut bakat yang dimiliki selain usaha untuk terus menjadi usahawan berjaya. Kilafairy mahu membuka dimensi baru dalam lipatan kehidupannya agar dilihat lebih cemerlang menerusi aspek yang lebih positif.


“Saya mahu memberi contoh yang baik kepada penyokong dan mereka yang menggunakan KILAFIT. InsyaAllah. Saya sentiasa mengimpikan untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Sebenarnya sudah tujuh bulan saya cuba menjaga penampilan dan sebagainya. Saya bukan makin muda.”





He was my high school crush ? Still crushing on you Bubuji ♥️

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on





Perjuangan Untuk Perniagaan


“Lebih mengujakan perkara ini tanpa diduga membuka mata sendiri dan pasukan KILAFIT mengenai visi dan misi perniagaan kami,” katanya optimis.


Jelas Kilafairy, perubahan imejnya itu juga seiring dan selaras dengan apa yang mahu diperjuangkan KILAFIT, apatah lagi dengan perkembangan agen dan stokis jenama berkenaan yang semakin meningkat.


Kilafairy juga nampaknya semakin prihatin dengan setiap isu yang berlaku di sekitarnya. Dia tidak mahu terus berada di dalam kotak kehidupannya yang sempit, Kila mahu sentiasa memberikan yang terbaik kepada manusia dan dunia. Kejayaan kita seharusnya menjadi kejayaan yang dapat dikongsi dengan semua.


“Saya bukan saja sayang dan kasihan dengan haiwan. Namun turut bersimpati dengan orang dan persekitaran yang melanda dunia. Termasuk isu umat Islam Uighur di China yang ditindas dan krisis kebakaran hutan di Australia baru baru ini. Serta terbaru isu Coronavirus yang menggemparkan dunia. Jadi berbalik kepada situasi sendiri terutama apabila Mama (Rohana Jalil) berdepan kesan sampingan yang teruk daripada produk yang digunakan, saya yakin hal sama juga terjadi kepada orang lain hingga menjadi mangsa.”


Tambah Kila lagi, inilah antara penyebab kenapa dia mahu terus memperjuangkan perniagaannya ini. “Maka sebab itu juga saya bangkit memulakan perniagaan KILAFIT sejak setahun lebih yang lalu kerana mahu berikan solusi penurunan berat badan terbaik tanpa kesan sampingan. Alhamdulillah misi itu berjaya dicapai menerusi testimoni yang menggunakan produk saya secara konsisten,” katanya.




Ten Ten Ten Ten! @Shopee_MY 10.10. Hey guys, @Shopee_MY 10.10 Brands Festival Sale is happening now till 10th October! Have you bought your #KILAFIT already?? If not, you can buy it on my store in @Shopee_MY ! Just search "KILAFIT HQ" in the app and you can start shopping already! Don't forget to follow my store. You can also enjoy the daily RM10 free shipping! Shop today! #ShopeeMY1010 #ShopeeMY #ShopeeBrandsFestival #ShopeeCelebritySquadMY

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on




Jagalah Dalaman dan Luaran

“Kita menjaga kesihatan atau mahu menurunkan berat badan sekalipun bukan kerana aspek luaran semata-mata. Bab dalaman juga harus dititikberatkan. Saya sendiri apabila mendengar banyak cerita di sekeliling terutama mengenai hal sakit tenat dan berita kematian di usia muda atau meninggalkan anak yang masih kecil, hati ini terpalit rasa sedih yang amat. Kes kematian kerana berat badan berlebihan juga antara yang cukup membimbangkan. Tiada jaminan dan kompromi dalam bab ini. Hal sebegini terus menggerakkan saya dan pasukan kerja menetapkan misi baru KILAFIT untuk membantu orang di luar sana mencegah masalah kesihatan akibat berat badan berlebihan.


Banyak keburukan hasil daripada masalah berat badan berlebiha ini seperti kencing manis, kanser, serangan jantung, tekanan darah tinggi, period tidak teratur selain cabaran masa kehamilan. Bahkan, Kilafairy sendiri takut melihat mereka yang berdepan kesukaran dan kesusahan ketika bergelut dengan masalah kesihatan.


“Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Kurus atau seksi itu cukup subjektif dan mungkin dilihat penting untuk meningkatkan keyakinan diri bagi sesetengah daripada kita,” katanya mengkahiri perbu