“Selepas Empat Hari Baru Saya Buka Mata Dan Sedar. Tengok Kaki Kiri Dah Tiada,” Thiventran
Huda Hussain
23/07/2021 04:41 MYT
23/07/2021 04:41 MYT
Pejam celik, pejam celik sudah masuk episod ketujuh Perkeso berkongsi bersama penonton mengenai kisah-kisah Luar Biasa orang berinsurans atau pencarumnya yang banyak memberi inspirasi dan panduan kepada semua. Selain mengenengahkan rangkaian perkhidmatan dan program-program, terutamanya program Return to Work (RTW) terbukti ia memberi manfaat dan membantu menyelesaikan juga meringankan beban yang terpaksa ditanggung pekerja sebelum ini.
Menerusi episod kali ini, Ketua Cawangan Perkhidmatan Pekerjaan Perkeso, Gayathri Vadivel dan Pemangku Ketua Pegawai Modal Insan (CHCO) Telekom Malaysia Berhad, Norhamijah Mohd Hanafiah diundang ke set Luar Biasa bagi mengupas dan membincangkan secara terperinci mengenai Perkhidmatan Pekerjaan dan Portal Pekerjaan Negara iaitu portal My Future Jobs.
Terdahulu, Gayathri menerangkan secara asas fungsi Perkhidmatan Pekerjaan Perkeso yang antara lain menyediakan Program Penempatan Kerjaya dan Program Penempatan Semula Pekerjaan kepada orang berinsurans (OB) dan pencari kerja untuk meningkatkan kebolehpekerjaan dan kebolehpasaran.
Melanjutkan bicara mengenai portal My Future Jobs, portal ini berasaskan konsep pengurusan kes. “Ia bukan seperti potal biasa yang kita lihat untuk suaikan kerja dengan kelayakan. Di sebaliknya adalah elemen pengurusan kes di mana pegawai kes (Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan) dia akan beri support dari back end. Contohnya kalau seseorang dirujuk untuk bantuan perkhidmatan pekerjaan, pegawai kita akan menghubungi calon ini terlebih dahulu sebelum. Kita akan dapatkan maklumat, apa jenis bantuan yang diperlukan, skop pekerjaan yang dicari, sesuai atau tidak dengan bidang pekerjaannya sebagai alternatif untuk membantu calon ini memilih pekerjaan yang sesuai dengan semua kriteria diperlukan,” terangnya lanjut.
Penggajian Pekerja Baru
Mewakili pihak majikan pula, Norhamijah berkongsi pandangannya mengenai keberkesanan portal My Future Jobs yang disifatkan amat penting. Ia menyatukan pencari kerja untuk ke portal ini bagi mencari pekerjaan sesuai. “TM selaku pemaju digital Malaysia sangat menitikberatkan tentang digital terutamanya dalam situasi pandemik ini. Ramai yang tak dapat cari kerja atau mungkin tak dapat hadir temuduga. Dan My Future Jobs mempunyai pangkalan data yang sangat besar. Dan sebagai wakil majikan, kami banyak bekerjasama dengan Perkeso yang berpengalaman dalam menggaji OKU untuk mencari pekerjaan yang lebih sesuai.” jelasnya terperinci.
Optimis dengan perihal ini bagi Gayathri “Sebenarnya kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif kepada majikan untuk menggalakkan mereka supaya menggajikan pekerja yang tidak upaya. Salah satunya adalah potongan cukai dua kali ganda. Dan saya rasa ramai majikan yang belum tahu atau sedar tentang perkara ini. Kepada pencari kerja dan majikan, inilah masanya sebab kerajaan menyediakan insentif pengambilan pekerja. Jadi bagi yang hilang pekerjaan atau hilang upaya inilah masanya majikan membuat pengambilan kerana kami menyediakan insentif sehingga RM36,000 bagi majikan sekiranya mereka menggajikan mereka yang tidak upaya atau kehilangan pekerjaan. Dan bagi pencari kerja, banyak peluang pekerjaan disediakan, banyak pekerjaan yang aktif. Bukan itu sahaja, kami juga menyediakan karnival temuduga kerja hampir setiap hari di pejabat-pejabat Perkeso secara fizikal dan maya. Jadi jangan lepaskan peluang ini,” hurainya lanjut.
Kisah Luar Biasa Thiventran
Selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan mencari rezeki, hidup Thiventran A/L Subramaniam berubah sekelip mata. Dia dimasukkan ke wad ICU dan dikomakan. “Selepas empat hari baru saya buka mata dan tengok kaki kiri dah tiada,” luahnya sambil mengimbas peristiwa hitam itu. Menyifatkan program RTW banyak memberi semangat dan keyakinannya untuk kembali bekerja, dia kini bekerja sebagai jurujual di Econsave Kg Jawa, Klang dan menjalankan tugas seperti biasa di bahagian kaunter bayaran.
Menggunakan kaki palsu selama satu setengah tahun, pada mulanya dia berjumpa dengan Keetha untuk mencari pekerjaan. Selepas doktor mengaturkan temujanji, kes Thiventran terus dirujuk untuk menjalani program RTW.
Menurut Pengurus Kes Pejabat Perkeso Klang, Keetha A/P Mohan; kali pertama berjumpa Thiventran di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang yang dirujuk dibawah RTW klinik dan barisan doktor rehabiliatsi. “Selepas perbincangan dengan doktor, mereka bertanya apa yang boleh saya bantu dibawah Perkeso. Dan selepas Thiventran lengkapkan rawatan rehab, kami sepakat untuk masukkan dia dibawah program pencarian kerja,” ulasnya memulakan bicara.
Bagi Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Pejabat Perkeso Klang, Asniza Zubir pula, “Tugas ini matlamatnya hanya satu saja. Iaitu mengembalikan OB untuk kembali bekerja. Ada beberapa case note daripada Keetha dan saya baca juga kenalpasti terlebih dahulu. Kemudian barulah saya berbincang dengannya lalu menghubungi Thiven untuk mendapatkan beberapa maklumat seperti pekerjaan apa yang dilakukannya sebelum ini, pekerjaan apa yang dia inginkan ketika ini, lokasi dan paling penting adalah faktor limitasi. Sebab kita maklum mengenai keadaan yang telah merubah hidup dia. Jadi kami perlu kenalpasti apa pekerjaan yang boleh dan tak boleh dia buat.” hurainya lagi.
Bagi Thiventran, semangat dan motivasi yang diberi oleh Keetha dan Asniza amat membantunya. Terdapat tiga kekosongan jawatan yang ditawarkan dan dia memilih pekerjaan ini untuk terus mencari rezeki. “Ia sangat mudah dengan adanya program RTW. Dalam program ini mudah bagi saya untuk mendapatkan pekerjaan. Setelah Puan Asniza bantu untuk saya daftarkan diri di My Future Jobs, jadi mudah untuk saya mencari pekerjaan ini. Tambahan pula ia dekat dengan rumah. Selepas sesi temuduga, syukur saya akhirnya dapat pekerjaan ini,” kongsi Thiven mengenai keberkesanan portal My Future Jobs yang amat membantunya.
Tambah Thiventran lagi, “Program RTW banyak membantu saya lebih berdikari dan bertanggungjawab.
Sebelum saya berjumpa pihak Perkeso, saya cuba juga mencari kerja di beberapa tempat lain. Saya dahpun hadiri dua temuduga tapi saya tidak dapat pekerjaan tersebut apabila pihak majikan lihat keadaan saya yang kurang upaya. Hanya selepas berjumpa dengan pihak Perkeso yang syorkan pekerjaan sesuai dengan kekurangan kemampuan fizikal saya, barulah saya mendapat pekerjaan sesuai. Yang mana pihak majikan ini tak nampak kekurangan saya tetapi ada kelebihan yang boleh saya lakukan,” akui Thiventran.
Faedah dan Kemudahan Diberi Perkeso:
Kredit Foto: Astro Prima

Anak muda ini turut menitipkan kata semangat sesiapa yang berpengalaman sepertinya agar tidak mudah menyerah kalah. “Jangan menyesal kerana hari yang baik beri kita kegembiraan. Hari yang sukar beri kita pengalaman. Teruskan hidup dengan apa yang kita ada," ujarnya Faedah dan Kemudahan Diberi Perkeso:
- Bayaran Pampasan (Faedah Hilang Upaya Sementara)
- Prosthesis (Kaki palsu)
- Khidmat pencarian pekerjaan bersama Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan
- Khidmat runding cara dan kaunseling bersama Perkeso, pekerja dan majikan.