Highlights

Semakin Kita Dewasa, Semakin Kita Letih Untuk BERMUSUHAN – Jika Diam Itu Baik, Maka Berdiam Sajalah...

gempak
Afiza Kamarulzaman
26/08/2020
15:05 MYT
Sponsor Banner
Semakin Kita Dewasa, Semakin Kita Letih Untuk BERMUSUHAN – Jika Diam Itu Baik, Maka Berdiam Sajalah...
Lebih banyak kerugiaan daripada keuntungan jika hidup dipenuhi dengan dendam, kesumat, perbalahan dan permusuhan. Jika ia berlarutan sehingga akhir hayat kita, entah apa nasib kita di alam sana nanti. Maka, sebolehnya jauhilah perselisihan sama ada dengan pasangan, keluarga, teman-teman dan orang di sekeliling kita.
Pergaduhan sering terjadi dengan bermulanya perdebatan cakap. Dibawa dengan emosi amarah dan pertengkaran. Tidak kira sama ada secara berdepan, menerusi orang tengah atau pun di media sosial. Tidak semua isi hati kikta perlu diluahkan. Tidak ada salahnya jika ia disimpan jika itu lebih baik.
Jangan diikutkan prinsip ‘kalau dipendam menjadi penyakit’. Kerana jika diluahkan pun menambah sakit, maka pilihlah untuk telan dan lupuskan terus daripada hati. Yang membawa prinsip itu hanyalah bisikan iblis yang sentiasa mahu kita selalu bertelingkah dan akhirnya terputus hubungan.
Kredit Foto: Google
Umur Meningkat, Seharusnya Kematangan Juga Menebal
Kita bukan lagi budak-budak yang hidup menurut emosi dan sikap terburu-buru. Kerana itu kita diberi peluang meniti usia hari demi hari agar dapat membaiki perangai-perangai yang tidak elok kepada yang lebih baik. Jika usia saja meningkat tapi kecerdikan dan sikap masih sama, apalah ertinya hidup kita ini?
Cukup-cukuplah menjadi keanak-anakan dalam mempamerkan perasaan. Berfikiran matanglah selaras peningkatan usia agar kita boleh dijadikan teladan yang baik kepada anak-anak di bawah. Beralah bukan bererti kita kalah, diam bukan bererti kita dendam. Jika kita berada di pihak yang benar, satu masa nanti kemenangan itu akan datang dengan sendirinya dengan cara terhomat.
Berdiamlah Seperti Cara Nabi:
  • Diamnya Nabi SAW sebagai tanda penghormatan kepada orang yang sedang bercakap. Baginda memberi sepenuh perhatiannya kepada orang yang bercakap dengannya melalui pandangan dan pendengarannya sehingga orang itu selesai bercakap.
  • Diamnya Nabi SAW kerana bertafakur menghayati keagungan Allah SWT. Baginda sentiasa bertafakkur dengan apa yang berlaku di sekelilingnya dan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku untuk manfaat dunia dan akhirat.
  • Diamnya Nabi SAW kerana berhati-hati. Setiap tutur katanya diuangkapkan dengan berhati-hati agar mendatangkan manfaat kepada umat Islam.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024